Bagaimana Bekas Jurulatih Akademi Bayern Munich Menyelamatkan Bola Sepak Malaysia

Bagaimana Bekas Jurulatih Akademi Bayern Munich Menyelamatkan Bola Sepak Malaysia

Apabila bekas jurulatih skuad bawah 18 Bayern Munich dipanggil balik pada 2013 untuk menyelamatkan masa depan bola sepak Malaysia melalui projek Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim mengenakan satu syarat dalam kontrak 5 tahunnya – iaitu kerajaan Malaysia mesti mengikut rentak yang ditentukannya. Bukan sebaliknya.
(Sumber: The Star)
(Sumber: The Star)
Ini bermakna Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran mesti menyediakan wang ringgit untuk membina infrastruktur yang diminta beliau. Dan yang paling menarik, FAM perlu patuh kepada corak kejurulatihan yang diputuskan oleh Lim Teong Kim.
Dari segi falsafah bolasepak, inilah falsafah yang bakal diterapkan kepada pemain muda Malaysia di bawah projek NFDP. Kami akan ulas lebih lanjut tentang falsafah baru bolasepak Malaysia dalam artikel khas, esok.
Sumber: Pelan Pembangunan BolaSepak Negara
Sumber: Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara
Dari segi formasi asas yang bakal diajar kepada pemain di bawah NFDP, Lim Teong Kim memilih formasi 4-4-2 Diamond (Liverpool era Suarez , Sterling dan Sturridge) dan formasi 4-5-1 ketika bertahan. Dalam artikel esok, kami akan bincang lebih lanjut mengapa kami merasakan Lim Teong Kim bijak memilih formasi ini untuk melatih pemain muda.
Sumber: NFDP
Sumber: NFDP
Lebih menarik lagi, Lim Teong Kim menyenaraikan kriteria-kriteria pemain yang dicari bagi setiap posisi dengan spesifik – sesuatu yang lumrah bagi peminat tegar permainan Football Manager. Esok kami akan beritahu pemain seperti siapa yang Lim Teong Kim cari di Malaysia.
Sumber: NFDP
Sumber: NFDP
Lim Teong Kim tidak berhenti setakat itu. Beliau turut menyenaraikan bagaimana taktik pasukan yang beliau mahu amalkan – lengkap dalam situasi ketika memegang bola dan situasi ketika kehilangan bola. Juga akan kami beritahu dalam artikel akan datang, contoh-contoh rancangan taktikal Lim Teong Kim diterjemahkan dalam dunia realiti.
Sumber: NFDP
Sumber: NFDP
Cuma kami perasan dalam projek NFDP ini, mereka tertinggal satu aspek yang penting – aspek athleticism pemain.
Maksud kami adalah – NFDP tidak menjelaskan  bagaimana mereka akan membangunkan pemain yang berstamina tinggi, yang tidak selalu cedera, yang mempunyai kesimbangan badan yang tinggi, yang boleh melompat tinggi dan yang boleh bermain lama sehingga lewat 30-an. Pemain-pemain yang mempunyai athletism tinggi penting jika NFDP mahu menerapkan permainan berintensiti tinggi dalam falsafah bola sepaknya.
Bolehkah NFDP menghasilkan pemain yang berstamina tinggi dan berskil? (Sumber: Goal.com)
Bolehkah NFDP menghasilkan pemain yang berstamina tinggi dan berskil? (Sumber: Goal.com)
NFDP juga tidak menjelaskan apakah pendekatan sains sukan bakal dilaksanakan secara intensif dalam bola sepak.
  • Apakah diet pemain kita bakal diawasi oleh nutritionist dan dietician?
  • Apakah kadar elektrolit, asid laktik dan paras natrium otot mereka bakal diawasi oleh pasukan fisioterapi?
  • Apakah latihan gim bagi pemain yang mempunyai banyak fast twitch muscle fibres berbeza dari pemain yang lain?
Apa yang pasti, kita tidak boleh mengharapkan pulangan yang cepat dari projek NFDP ini. Kita tidak boleh mengharapkan bintang dan bulan daripada pemain lepasan NFDP yang bakal bersaing untuk layak ke Piala Duni Bawah 17 Tahun (yang sedang dibida oleh Singapura).
Ini kerana NFDP bukan skim cepat kaya. Pulangannya mungkin mengambil masa berpuluh-puluh tahun. Kita mungkin sudah berusia 50-an sebelum kita dapat melihat hasil tuaian NFDP yang betul-betul berkualiti.
(Artikel ditulis penulis baru kami, Beck. Say hi to him!)

No comments:

Post a Comment