Masih Ingat Dengan Siti Musliha Ini? Wajah Terbaru Ini Betul-Betul Memeranjatkan Kami
Kehidupan TERKINI Siti Musliha Penyanyi Lagu HUJAN AIR MATA Yang VIRAL 20 Tahun Dahulu
Masih ingatkah dengan Siti Musliha yang pernah popular sekitar tahun 90-an dulu? Aku membesar dengan melihat beliau yang sering muncul di kaca TV3 dalam rancangan MHI kendalian Aziz Desa ketika itu. Namun, selepas kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga 1996, Siti Musliha tiba-tiba hilang tanpa sebarang khabar berita.
Tiba-tiba, tadi aku terpandang satu post di facebook yang memaparkan gambar terbaru Siti Musliha. Lantas, tergerak hati aku untuk berkongsi dengan kalian semua mengenai beliau bagi membangkitkan nostalgia mereka yang pernah mengenali beliau selama ini. Juga untuk tatapan anda yang masih belum lahir ketika itu yang tidak tahu menahu mengenai kisah Siti Musliha.
Latar Belakang Hidup
Nama penuh beliau adalah Siti Musliha Mohd Mustafa. Dilahirkan pada 10 Januari 1983. Anak sulung kepada pasangan Mohd Mustafa Manap dan Rohani Atan ini dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Beliau mengalami kecacatan seluruh anggota badan. Dilaporkan bahawa semasa lahir, beliau tidak mempunyai batang hidung, dan salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening. Kedudukan mata beliau juga tidak normal.
Setelah 11 tahun mengharungi hidup yang perit, Siti Musliha mendapat perhatian dari Datin Seri Dr. Wan Azizah yang pada ketika itu menghadiri program sekolah penyayang di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara. Bermula saat itulah beliau mendapat perhatian dari seluruh masyarakat dan mula muncul di televisyen pada 1994.
Siti Musliha telah menjalani pembedahan re-construction pada kali pertama pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia. Pembedahan kali pertama ini telah memakan masa selama 10 jam. Pembedahan dilakukan untuk membentuk wajah Siti Musliha. Selain itu, doktor juga telah menjalankan pembedahan untuk memisahkan jari beliau yang bercantum.
Pada tahun 1988, Siti Musliha telah menjalani satu lagi pembedahan untuk membetulkan kedudukan mata beliau. Manakala pembedahan ketiga telah dijalankan pada awal Ogos 1994 untuk membetulkan kedudukan hidung beliau yang sebelum ini dibentuk pada pembedahan pertama. Kesemua pembedahan ini memakan belanja hampir 1 juta. Kos pembedahan tersebut adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin pada masa itu untuk membantu Siti Musliha.
Bidang Seni
Banjir air mata. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan kesedihan sesiapa saja yang menyaksikan kanak-kanak istimewa, Siti Musliha muncul di televisyen menyanyikan lagu Hujan Air Mata pada 1995. Sekuat mana pun cuba menahan perasaan, hampir setiap orang menangis atau sekurang-kurangnya sebak dan tersentap perasaan saat mendengar kanak-kanak istimewa berwajah cacat itu menyanyikan lagu kisah dirinya itu.
Setiap kali klip video Siti Musliha menyanyikan lagu itu disiarkan di televisyen atau radio, ramai yang bersedia dengan sapu tangan buat pengesat air mata. Ia lagu daripada album Siti Musliha yang diterbitkan komposer Adnan Abu Hassan untuk mengutip dana bagi membiayai kos pembedahan muka kanak-kanak tersebut. Lagu itu juga layak hingga ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 1995. Selain pernah berlakon dalam sebuah drama yang dibintangi Zaidi Omar sebagai seorang ayah yang tidak dapat menerima anaknya yang cacat.
Kehidupan sekarang
Kini, usianya sudah mencecah 29 tahun. Siti Musliha masih seperti dulu, tetap petah, bercakap lemah-lembut dan tersusun kata-katanya. Ungkapannya sentiasa merendahkan diri. Siti Musliha juga sekarang ini terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan tumbesaran yang dialaminya.
Ketika ditemuramah oleh akhbar Utusan pada tahun lepas, Siti Musliha baru saja pulang daripada menunaikan umrah. Menurutnya, beliau bukan menghilangkan diri. Tapi mendekati Ilahi. Menariknya, beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian. Tetapi juga berkebolehan menghabiskan 30 juzuk ayat suci Al-Quran.
Doa Siti Musliha di hadapan Kaabah :
Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon kepada-Mu, pulihkan pancainderaku agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di alam ini. Ya tuhanku, pelihara juga kesihatanku agar dapat aku terus beribadat kepada-Mu tanpa perasaan jemu. KREDIT UTUSAN ONLINE.
Sumber: merahnetwork
Pelakon Utama Fast & Furious 7 Sudah Memeluk Islam Hari Ini
Tyrese Gibson merupakan salah seorang pelakon di dalam francais filem Fast & Furios. Pelakon hebat ini dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014. Dia mengambil keputusan itu selepas berkunjung ke Dubai. Difahamkan Tyrese ke sana untuk menghiburkan dirinya selepas kematian Paul Walker. Di Dubai, Tyrese sempat bergambar dengan mengenakan serban lengkap jubah berwarna putih. Setelah memeluk Islam, Gibson merasa dirinya seperti manusia yang baru lahir.
Malah Tyrese Gibson menerusi laman Instagramnya juga telah memuatnaik gambar mengucapkan selamat menyambut Ramadhan buat para pengikutnya. Ternyata ucapan tersebut telah membuatkan para peminatnya teruja dan memberikan respon yang amat baik. Tulis Tyrese:-
Ramadan al-Mubarak untuk semua umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu
Berikut ialah video di mana Tyrese Gibson dilihat berpakaian jubah lengkap berserban dan turut memberikan salam kepada mereka di dalam video itu.
Selamat datang diucapkan kepada Tyrese Gibson jika berita ini adalah benar. Semoga dilimpahi rahmat dan dipermudahkan segala urusan.
Sumber : /http://beautifulnara.com/
Apabila Rosyam Noor 'dibelasah' Ustaz Zawawi
Antara Halal dan Haram tak akan pernah bercampur Umpama air dan minyak ! Minggu lepas, ..kebetulan takde kt channel tv1, ustaz zawawi jadi ahli panel...termasuk fauziah nawi & nazrey raihan...tajuknya Hiburan...Jalan ke....? spt biasa, di hoskan oleh rosyam nor Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan...contohnya , si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive...tambahan pulak, memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas..tidak melalaikan.. Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua...rosyam tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak, fauziah jadi ibu..sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu.. fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu & anak...beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik...nak tunjukkan kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya... Then, ustaz zawawi balas balik...niat tidak menghalalkan cara...walau sebaik mane niat kita itu, tapi caranya bertentangan dgn syariah, maka akan jadi haram ler...walaupun sekadar lakonan..tapi kedua-dua pelakon tersebut bukanlah muhram, yakni halal berkahwin... maka mereka sememangnya tidak boleh sedemikian. Byk cara lagi yg boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu & anak... di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga tidak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi filem yg berjaya & merangkul anugerah. kedua, ustaz zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup aurat...jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu... ketiga, rezeki yg diperolehi hasil hiburan yang tidak mengikut syariah adalah haram...maka melentinglah sekajap si fauziah nawi tu...dia kata, hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia, tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dsb.... Ustaz zawawi balas, yg dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape, bukannya dia belanjakan kearah mane...jika rezeki itu hasil lakonan yg ade sentuhan laki & pompuan yg bukan muhram, buka aurat dsbnya...maka akan jadi haram ler... kemudian, fauziah nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh berlakon lagi lah...sebab dah jadi haram..mcm mane dia nak sara keluarga dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan...lagipun dia hanya menggunakan bakat yg dikurniakan oleh Allah utk berlakon...bukan semua org ade bakat utk berlakon... maka jawab ustaz zawawi...beliau masih boleh berlakon...spt mane ustaz zawawi sebut sbl ni, ade hiburan yg halal..maka carilah hiburan yg halal tu... Sebut ustaz zawawi lagi...kita perlukan perubahan minda dikalangan semua penggiat seni...baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip, pelakon, penyanyi, penganjur dsb...mestilah mencari jalan bagaimana untuk menghasilkan hiburan yang halal & diberkati oleh-Nya...memang ade caranya...kenalah berusaha.. Itulah serba sedikit rumusan drp forum tersebut...ape2 hal pun, aku ucapkan tahniah buat ustaz zawawi & nazrey raihan kerana mempertahankan haram tetap haram...halal tetap halal... Maka ape lagi wahai artis-artis malaysia? Sudah terang lagi bersuluh...carilah hiburan yg halal...tinggallah hiburan yg haram...kerana rezeki yg diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya... Bukan ke malaysiaskrg ni diisytihar negara islam hadhari? jadi carilah jalan bagaimana nak jadi artis islam hadhari..bukannya had-hari...hanya islam masa bulan puase shj...bulan yg lain..???? Mencari yang halal itu fardhu...... jangan berputus asa dengan rahmat Allah kerana rahmat tuhan itu terlalu luas...Allah berfirman .."berdoalah .nescaya Aku akan makbulkan".. ... PS ---> info tambahan dr kawan aku yg tgk program tu, Ustad Zawawi ada kata "Waktu saya blaja kt Mesir dulu, tuan guru saya ada sebut .. duit orang yg berlakon tu, TAK SAH dia buat utk mengerjakan Haji .. " Maka terdiamlah si Rosyam & Fauziah .. wallahua'alam ..
Sumber : http://abusyahirah.blogspot.com/
KORANG TAKKAN PERCAYA 5 GAMBAR PERUBAHAN BADAN NABIL SELEPAS HANYA SEBULAN MASUK GYM
Korang ingat lagi tak Nabil Ahmad bila mula-mula masuk Raja Lawak 2 pada tahun 2008? Keding macam papan je kita tengok kan? Haa, sekarang ni badan Nabil bukan main lagi daripada kurus sampai lah ada shape. Ni kalau perempuan tengok mesti cair habis!
From kurus to abam sador
Gambar Nabil di gym tu diambil dari Instagram rakan Nabil, Cash Razak yang juga seorang bina badan dan trainer Nabil di gym. Nampak kan perubahan Nabil? Tak lama lagi badan Nabil saing-saing Norman Hakim dengan Zul Ariffin la ni. Hehe, KREDIT OHBULAN.
Sumber: biskutmanis
Rupa-rupanya Dato Siti Nurhaliza Mempunyai Kembar Seiras
Ingatkan dato siti nurhaliza tadi.., sejibik !
Posted by Malaysia! Networks on 3hb Jun 2015
Pemain Kelantan Menyatakan 4 Perkara Yang Tidak Kena Ketika David Oniya Bermain.
Pandangan Jonathan McKain mengenai tragedi yang berlaku
Jonathan McKain, pemain Kelantan yang berada di atas padang semasa tragedi itu berlaku, telah menyuarakan pandangannya kepada PFAM berkenaan hal ini.
Beliau yang merupakan bekas Eksekutif Persatuan Pemain Bolasepak Australia, berkongsi EMPAT MASALAH yang timbul ketika tragedi David Oniya ini berlaku:
1) Tiada pegawai perubatan yang bertugas semasa perlawanan berlangsung.
2) Bagaimana mendiang boleh dibenarkan bermain dengan keadaan beliau yang baru sahaja terlibat dengan kecederaan yang serius dibahagian kepala.
3) Masalah dari segi kelewatan tindakan serta merta oleh pasukan perubatan ke dalam padang akibat daripada pemandu ambulan yang duduk di kawasan penonton untuk menonton perlawanan.
4) Para pemain di atas padang tidak mempunyai sebarang pengetahuan sekiranya berhadapan dengan situasi kecemasan seperti dalam kes ini.
McKain menegaskan keempat-empat masalah ini perlu diperbetulkan supaya kita dapat menangani perkara ini dengan tepat jika perkara ini berulang semula.
Sumber : http://semuanyabola.com/
Masih Ingat Dengan Drama Diari Ramadhan Rafique Ini? Wajah Terbaru Rafique Ini Betul-Betul Memeranjatkan Kami
Drama yang pernah popular sekitar tahun 2007 mesti ramai yang masih mengingati drama ini lagi inilah wajah terbaru pelakon utama Rafique sekarang
Anda Tidak Akan Lagi Membuang Biji Kurma Setelah Baca Artikel Ini
Hari ini 19 June 2015 bersamaan 2 Ramadan 1436 H merupakan hari kedua umat Islam menunaikan ibadah puasa di mana kita masih ada lagi 28 hari untuk mencapai hari kemenangan melawan godaan nafsu dan syaitan.
Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan di mana bulan suci ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang hebat kepada hambaNya jika melakukan ibadat dan berbuat kebaikan.
Ramadan pasti secara ironinya kita umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan tamar atau pun kurma. Buah kegemaran Rasulullah ini pasti terjual di mana-mana sahaja pada bulan Ramadan terutamanya pasaraya dan bazar Ramadan.
Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.
Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.
Bagaimana hendak memakan biji kurma ini untuk mendapatkan khasiatnya?
Pasti anda pernah dengar kopi biji kurma? tidak susah kerana kopi biji kurma ini ada boleh lakukan sendiri di rumah kerana prosesnya begitu mudah. ikuti cara-cara ini:
1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.
2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.
3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.
4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.
Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:
1. Memberi tenaga segera
2. Memulihkan tenaga Syahwat
3. Menyembuhkan kencing manis
4. memberi tenaga kepada lelaki dan wanita
5. Menghilangkan letih dan lesu
6. Menghangatkan badan
7. Mengendorkan saraf yang tegang
8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin
9. Menyembuhkan sakit perut
10. menyegarkan badan/tidak mengantuk
11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt
12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain
13. Melancarkan peredaran darah
Berikut adalah komposisi kimia dan nutrisi dalam biji kurma:
Kelembaban
7.17 – 9 %
Protein
1.82 – 5.2 %
Lemak
6.8 – 9.32 %
Karbohdrat
65.5%
Serat
6.4 – 13.6 %
Abu, Sterol & Estrone
0.89 -1.57 %
Polisakarida Larut Alkali
0.89 – 1.57 %
Minyak Kuning-hijau
6 – 8%
Kandungan Asid Lemak Minyak Kuning-hijau
Lauric, 8%; myrictic, 4%; palmitic, 25%;
Stearic, 10%;oleic, 45%;
Linoleic, 10%; juga terdapat kandungan asid kaprilik & kaprik.
Asid Oksalat
Julat sehingga 56%
Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.
Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah hasil yang menakjubkan akan anda perolehi.
Nampaknya begitu banyak khasiat biji kurma ini. SK sendiri pun selama ini tidak tahu akan kehebatan biji kurma ini.
Jadi Sahabat-sahabat Sk semua bolehlah cuba membuat kopi ini sendiri kerana tidak rugi malahan berbaloi dengan khasiat yang bakal kita perolehi. - Siakapkeli.my
Sumber : http://www.siakapkeli.my/
Pasukan Yang Mempunyai Peminat Paling Ramai Di Media Sosial
1.) Johor Darul Takzim
2.) Kelantan FA
3.) Perak FA
4.) Kedah FA
"SAYA TAK AKAN MAAFKAN ISTERI DUNIA AKHIRAT RUPANYA ISTERI PELACUR KELAS ATASAN" - SUAMI
#SAYA sering membaca kisah-kisah yg dipaparkan dalam ruangan ini yg banyak mengisahkan kecurangansuami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yg sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.....
>“Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yg merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yg tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yg tahu....
>“Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri.” Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.
Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya....
Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya....
>“Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejut kan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yg berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yg mempunyai pengalaman pahit seperti yg saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yg sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa....
>“Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yg kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yg saya lalui.....
>“Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat saygkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yg saya idam-idamkan selama ini......
>“Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yg baik juga.....
>“Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yg baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yg saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.....
>“Kerana terlalu saygkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.....
>“Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yg dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis....
>“Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.....
>“Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yg boleh dikatakan cantik juga.....
>“Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan......
>“Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.....
>“Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yg sama antara negara tersebut....
>“Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayg-menyaygi.....
>“Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.....
>“Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.....
>“Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.....
>“Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.
“Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yg pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yg sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.....
“Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yg pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yg sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.....
>“Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.....
>“Apa yg menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyg, puasa, termasuk yg sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yg dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yg dilakukan di luar.....
>“Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yg melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan......
>“Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.....
>“Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yg lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine......
>“Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali....
>“Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.....
>“Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.....
>“yg penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yg tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.
“Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih saygkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.....
“Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih saygkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.....
>“Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi....
>“Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menygka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yg saya curahkan kepada dia disia-siakan.....
>“Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya,” demikian cerita Zain.....
>Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yg terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yg curang seperti ini?.......
Kelab Ternama Dunia Berminat Untuk Dapatkan Nurshahrul Idlan Talaha
Kelab Divisyen 1 Korea, Incheon United FC berminat untuk dapatkan khidmat Nurshahrul
Memeranjat Inilah Wajah Terkini Hero Hati Perempuan
Syarul kini sedang menunaikan Umrah semoga SR sentiasa dirahmati Allah
Undian Suku Akhir Piala AFC 2015 : JDT Bertemu Lawan Mudah Manakala Pahang Bertemu Wakil Arab
Wakil Malaysia, JDT diundi bertemu South China dari Hong Kong pada suku akhir #AFCCup2015 26 Ogos di Larkin & 16 Sept di tempat lwn manakala Pahang diundi bertemu Istiklol dari Tajikistan pada suku akhir #AFCCup2015 26 Ogos di tpt lwn & 16 Sept di Kuantan
Skuad Spain U-15 Dijinakkan Oleh Skuad Lim Teong Kim 6-3
Pasukan dibawah bimbingan LTK melalui program NFDP u-13 selection berjaya menewaskan pasukan u-15 Spain Selection dengan skor 6-3...FAKTA : Kemenangan demi kemenangan yang dicatat oleh pasukan bawah kendalian LTK dengan skor yang juga amat membanggakan sepanjang jelajah mereka di benua eropah.LTK juga berkata, dia berpuas hati dengan keputusan-keputusan yang dicatat oleh anak bimbingan nya itu, namun jika ditanya berkenaan dengan corak permainan LTK belum cukup berpuas hati dengan apa yang dipraktikan oleh anak bimbingannya itu, Namun begitu LTK juga cukup yakin, jika anakbuah nya terus mempamerkan kesungguhan seperti mana yang ditunjukkan sekarang, LTK yakin bahawa skuad ini mampu untuk bersaind di Piala Dunia u-17 dimasa akan datang.* Sama-Sama kita doakan semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan , Pasukan ini juga memparktikan short pass yang menarik dan berseni. Inshaallah kita akan capai impian tidak lama lagi, selagi mereka masih ada hati untuk bermain bola, selagi itu kita masih ada harapan.* Liga sudah mau diswastakan, Gaji pemain juga bakal melambung tinggi, inshallah, profesi sebagai pemain bola sepak akan menjadi 1 kerjaya yang mereka tidak akan sia-sia kan.NO MORE LONG BALL BODOH - KJ |-PriVacY-|
Posted by MALAYSIA FOOTBALL TEAM on 17hb Jun 2015
Apa Kata Keisuke Honda Selepas Seri Dengan Singapura
Macam mana kami nak bersaing di Piala Dunia jika permainan macam ini - Keisuke Honda
Bagaimana Bekas Jurulatih Akademi Bayern Munich Menyelamatkan Bola Sepak Malaysia
Bagaimana Bekas Jurulatih Akademi Bayern Munich Menyelamatkan Bola Sepak Malaysia
Apabila bekas jurulatih skuad bawah 18 Bayern Munich dipanggil balik pada 2013 untuk menyelamatkan masa depan bola sepak Malaysia melalui projek Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim mengenakan satu syarat dalam kontrak 5 tahunnya – iaitu kerajaan Malaysia mesti mengikut rentak yang ditentukannya. Bukan sebaliknya.
Ini bermakna Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran mesti menyediakan wang ringgit untuk membina infrastruktur yang diminta beliau. Dan yang paling menarik, FAM perlu patuh kepada corak kejurulatihan yang diputuskan oleh Lim Teong Kim.
Dari segi falsafah bolasepak, inilah falsafah yang bakal diterapkan kepada pemain muda Malaysia di bawah projek NFDP. Kami akan ulas lebih lanjut tentang falsafah baru bolasepak Malaysia dalam artikel khas, esok.
Dari segi formasi asas yang bakal diajar kepada pemain di bawah NFDP, Lim Teong Kim memilih formasi 4-4-2 Diamond (Liverpool era Suarez , Sterling dan Sturridge) dan formasi 4-5-1 ketika bertahan. Dalam artikel esok, kami akan bincang lebih lanjut mengapa kami merasakan Lim Teong Kim bijak memilih formasi ini untuk melatih pemain muda.
Lebih menarik lagi, Lim Teong Kim menyenaraikan kriteria-kriteria pemain yang dicari bagi setiap posisi dengan spesifik – sesuatu yang lumrah bagi peminat tegar permainan Football Manager. Esok kami akan beritahu pemain seperti siapa yang Lim Teong Kim cari di Malaysia.
Lim Teong Kim tidak berhenti setakat itu. Beliau turut menyenaraikan bagaimana taktik pasukan yang beliau mahu amalkan – lengkap dalam situasi ketika memegang bola dan situasi ketika kehilangan bola. Juga akan kami beritahu dalam artikel akan datang, contoh-contoh rancangan taktikal Lim Teong Kim diterjemahkan dalam dunia realiti.
Cuma kami perasan dalam projek NFDP ini, mereka tertinggal satu aspek yang penting – aspek athleticism pemain.
Maksud kami adalah – NFDP tidak menjelaskan bagaimana mereka akan membangunkan pemain yang berstamina tinggi, yang tidak selalu cedera, yang mempunyai kesimbangan badan yang tinggi, yang boleh melompat tinggi dan yang boleh bermain lama sehingga lewat 30-an. Pemain-pemain yang mempunyai athletism tinggi penting jika NFDP mahu menerapkan permainan berintensiti tinggi dalam falsafah bola sepaknya.
NFDP juga tidak menjelaskan apakah pendekatan sains sukan bakal dilaksanakan secara intensif dalam bola sepak.
- Apakah diet pemain kita bakal diawasi oleh nutritionist dan dietician?
- Apakah kadar elektrolit, asid laktik dan paras natrium otot mereka bakal diawasi oleh pasukan fisioterapi?
- Apakah latihan gim bagi pemain yang mempunyai banyak fast twitch muscle fibres berbeza dari pemain yang lain?
Apa yang pasti, kita tidak boleh mengharapkan pulangan yang cepat dari projek NFDP ini. Kita tidak boleh mengharapkan bintang dan bulan daripada pemain lepasan NFDP yang bakal bersaing untuk layak ke Piala Duni Bawah 17 Tahun (yang sedang dibida oleh Singapura).
Ini kerana NFDP bukan skim cepat kaya. Pulangannya mungkin mengambil masa berpuluh-puluh tahun. Kita mungkin sudah berusia 50-an sebelum kita dapat melihat hasil tuaian NFDP yang betul-betul berkualiti.
(Artikel ditulis penulis baru kami, Beck. Say hi to him!)
Sumber : http://semuanyabola.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)