Video Ini Jawab 2 Gol JDT Yang Tak Disahkan Ketika Menentang Felda United

2
COM

Akhirnya Bapa Kepada Remaja 18 Tahun Ini Dedahkan Kisah Sebenar Tentang Perkahwinan Anaknya Yang Tengah Viral Sekarang Ini

0
COM


Gambar yang diviralkan dalam laman sosial kelihatan Mohd Sufie Matalin, 18, menyarungkan cincin ke jari manis Dayang Sopiah Gusti, 42, selepas selesai majlis akad nikah mereka di Masjid Daerah Beaufort, Selasa lalu. KUALA PENYU: "Sudah suka sama suka, biarkanlah...doakan mereka bahagia," kata Matalin Utam, 52, bapa remaja lelaki yang berkahwin dengan ibu tunggal anak lima berusia 42 tahun, Selasa lalu. 

Pernikahan pasangan itu menjadi viral di laman sosial berikutan remaja lelaki berkenaan, Mohd Sufie, baru berusia 18 tahun manakala isterinya, Dayang Sopiah Gusti, 24 tahun lebih tua. Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kekapor di sini, sebentar tadi, Matalin berkata Mohd Sufie, anak keempat daripada tujuh beradik, menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal berkenaan beberapa hari sebelum hari pernikahan mereka. Walaupun mengakui mulanya terkejut sebaik mendengar hasrat Mohd Sufie, pengawal keselamatan itu berkata dia dan isteri, Janawiyah Ocat, 46, akur dengan pilihan anak lelakinya yang bekerja sebagai pembantu jualan di Labuan. Alin @ Matalin Utam bersama isterinya Janawiyah Ocat ketika ditemui dikediaman mereka di Kampung Kekapor, Kuala Penyu.

 "Pada mulanya saya terkejut sebab dia pilih wanita lebih berusia, tapi bila fikir balik saya dan isteri tiada masalah. Kami gembira dan merestui perkahwinan mereka, asalkan tidak buat apa-apa perkara yang tak betul. 

"Pagi tadi Sufie datang ke rumah, saya pesan kepadanya sekarang dia bukan lagi bujang, tetapi sudah ada tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada lima anak tiri, kena layan anak-anak itu seperti anak sendiri. "Saya cakap jangan peduli cakap orang, asalkan tak kacau isteri orang sudahlah," katanya sambil meminta orang luar tidak 'membawa mulut' mengenai perkahwinan anaknya, sebaliknya mendoakan kebahagiaan mereka.

 Dayang Sopiah yang juga suri rumah memiliki lima anak berusia lima hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini. Pasangan itu dikatakan sedang bercuti di Kota Kinabalu. Sementara itu, Janawiyah berkata ketika pagi sebelum bernikah di Majid Daerah Beaufort, Selasa lalu, dia bertanya kepada Mohd Sufie adakah dia benar-benar mahu memperisterikan Dayang Sopiah. "Dia kata pilihannya muktamad...saya tanya juga anak-anak Sufie sama ada boleh terima dia sebagai bapa, mereka kata tiada masalah. "Jadi menerima keputusannya dan berharap mereka berbahagia," katanya mengakui mengenali Dayang Sopiah sudah lama kerana menantunya itu biasa bermain bola tampar di kampungnya.

Kisah Mat Rempit Yang Mati Hidup Semula Selepas 3 Hari Dikuburkan , Apa Yang Terjadi Selepas Itu Harus Menjadi IKHTIBAR .

0
COM


Nota penulis : .Marilah bermuhasabah diri dan semak semula amalan kita untuk dibawa menghadap pada Allah ketika nyawa dicabut nanti….Allah tak pilih kita untuk merasai pengalaman yang dirasai Arwah Dawawi, tapi Allah pilih kita untuk tahu dan mengambil iktibar tentang Kisah Arwah Dawawi….Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua serta dapat bertemu dengan Allah di Akhirat nanti dengan amal yang berkualiti….In Shaa Allah…Kisah ini diceritakan semula bagi memberikan pengajaran buat kita semua . Insan terpilih untuk merasa mati sekejap ialah Dawawi dari Perak


Dawawi telah ditakdirkan Allah dengan pengesahan Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab merempit.Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap malam dalam 3 hari itu….Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan merayu kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya….Mungkin malam yang pertama bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur….

Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya menangis dan berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah daripada Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu….Setelah segala urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh orang kampung bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur “Arwah Dawawi”….

Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur yang hendak digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya….

Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi sedikit….Dengan penuh mencemaskan….Masya-Allah….Astaghfirullah!…Sesungguhnya apa yang dijanji oleh Allah adalah benar….!

Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut jenazah telah koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi kesan luka torehan…Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang amat tajam dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak berdarah….

Dalam keadaan yang amat cemas tu….ada suara yang mengatakan Dawawi masih hidup lagi!….Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di tepian kubur bagi menanti sebarang kemungkinan…..

Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi koma…Sebaik sedar, air matanya terus berjuraian….Matanya sentiasa berkaca……Rakan baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang “Hidup Semula” bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri selepas kejadian tersebut…..Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia banyak termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk belajar agama…(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat sudah bertukar menjadi baik….

Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita tentang segala apa yang telah berlaku ke atas dirinya….Mus adalah antara salah seorang yang mendengar cerita Dawawi…

“Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu ‘di sana’ dulu, sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam hidup!”….Dawawi memulakan ceritanya….

Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan semua telah beredar meninggalkan kubur….Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua yang meninggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali bagaikan halilintar yang membelah bumi….Waktu tu Dawawi menutup kedua-dua belah telinganya….

Setelah bunyi tersebut menyepi…Bunyi Sretttttttttt!……..Sretttttttttt!…Seakan rantai besi yang diseret di atas lantai bergema…Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu….Tiba-tiba dari hadapannya, 2 orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih, dengan membawa rantai besi sebesar lengan, besi itu sangat panjang sehinggakan penghujungnya tidak kelihatan…! Subhanallah….(Sayu hati saya membaca kisahnya)….

Dengan semua soalan yang telah “Bocor” sewaktu hidup di dunia ditanya kepada Dawawi, “MA RABBUKA!”, “MA NABIYYUKA!”, “MA DINNIKA”, “MA KIBLATUKA!”, “MA IMMAMUKA!”, “MA IKHWANUKA!”….Dawawi mengatakan tiada 1 pun soalan yang boleh dijawab olehnya….Beliau faham dengan soalan tersebut walaupun beliau tidak pernah tahu bahasa arab!…..

Dawawi dilibas dengan rantai besi tersebut sehinggalah apabila libasan berlaku, rantai besi tersebut terus melilit seluruh anggotanya…Subhanallah..!

Beliau menjerit dan berkata : “Tolong aku Ya Allah, Aku bertaubat! Ampunkanlah dosa aku!…. Hanya itu sahaja ratapannya waktu tu….Sehabis sahaja soalan tu, beliau tersedar bahawa beliau telah hanyut di dalam sungai…Dalam keadaan tidak bermaya, sekali lagi beliau mendengar bunyi seretan rantai besi sebesar lengan yang telah melibasnya sebentar tadi….

Hamba Allah yang berjubah tadi….Bertanya lagi : “MA RABBUKA!”….Masih tidak boleh dijawap oleh Dawawi, maka dilibasnya lagi besi tersebut ke tubuh Dawawi…Setelah libasan tersebut, pandangannya gelap gelita, apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa beliau telah terlantar di wad Hospital…..Subhanallah…!

Mus dan rakannya yang mendengar segala kisah Dawawi turut sama menangis bersama Dawawi….
Allah memberi peluang untuk Dawawi “Hidup Semula” sebagai peringatan dan tanda kesayangan Allah kepada Dawawi dan keseluruh Hamba-hambaNya termasuk lah kita….

Dawawi hanya “Hidup Semula” selama 3 Tahun, dalam waktu tu beliau tidak pernah mensia-siakan atau membiarkan harinya terbuang tanpa diisi dengan amal ibadah…..Katanya : “Aku takut jika aku mati lagi, amal ibadahku tidak cukup untuk membantu aku di sana….” Subhanallah!

Dawawi “Kembali Semula” pada Allah dalam tidur selepas menunaikan solat malam ketika menunggu tiba waktu Subuh…Umurnya ketika “Meninggal Dunia” kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya “Meninggal Dunia” 3 Tahun selepas itu….

Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana mengenangkan umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa digunakan untuk menuju ke jalan Allah….Lepas solat akan terngiang-ngiangla cerita seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya…..

Siapa Sangka Ibu Lebih Cantik Daripada Anak? Inilah wajah Ibu Mira Filzah yang pasti memeranjatkan anda..

0
COM

Siapa Sangka Ibu Lebih Cantik Daripada Anak? Inilah wajah Ibu Mira Filzah yang pasti memeranjatkan anda..

Ramai Tak Tahu! Rupanya Ini Pekerjaan DLCW Selain Dari Bermain Badminton! Patutlah KAYA GILA!

0
COM
Untitled-2Dato’ Lee Chong Wei nama yang tidak asing lagi dalam dunia badminton. Bukan sahaja di kenali di Malaysia, malah di persada dunia.
Di dalam gelanggang, beliau tidak mengenal erti kekalahan dan memenangi pelbagai kejuaraan untuk Malaysia. Apa yang pasti, hasil dari titik peluhnya, hadiah wang lumayan menjadi miliknya.
Manakala di luar gelanggang, beliau diminati oleh syarikat-syarikat korporat, nama dan wajahnya juga bernilai untuk dikomersialkan bagi tujuan melariskan produk mereka.

Memiliki syarikat pemaju perumahan Chong Wei Binajaya

1
Mungkin tidak ramai tahu, Chong Wei memiliki sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur, iaitu Chong Wei Binajaya.
2
Selain itu, beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Sehingga kini asetnya mencecah RM300 juta

3
Menurut sebuah portal, thecelebritiesnetworth.com, kekayaan Chong Wei kini telah mencecah AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.

Aset pada tahun 2011, RM1.7 juta meningkat kepada RM237 juta

100314_AFP_leechongwei
Manakala menurut portal Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia), aset Chong Weipada 2011 ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.

Miliki 6 kereta mewah & pelbagai jenama jam tangan

02-Lee_Chong_Wei_Super_Cars_Pleasure_News_03
Chong Wei sukakan kereta mewah dan sehingga kini, beliau memiliki Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe, Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1.
Selain itu, Chong Wei sukakan jam tangan. Difahamkan, terdapat pelbagai jenama jam tangan yang dibelinya dan disimpan dalam tiga kotak besar.
Akhbar Dongguan Shibao dari China melaporan, jenis kediaman yang diduduki oleh Chong Wei tidak jauh bezanya dengan kebanyakan orang, namun pasti ramai yang akan terkejut melihat koleksi kereta yang disimpannya.

Selain pemain badminton, duta produk sumber pendapatan utama

Image-2
Pelantikan Chong Wei sebagai duta produk merupakan satu lagi sumber pendapatan utamanya. Bagi setiap produk, bayaran yang diterima dipercayai mencecah sehingga jutaan ringgit.
Antara syarikat-syarikat yang melantik Chong Wei sebagai dutany ialah Yonex, Samsung, KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut, resort dan banyak lagi.

Anak Anda Mempunyai Pusar Dua? Ramai Yang Tidak Tahu Rahsia anak yang mempunyai Dua Pusar Di Kepala..

0
COM


#~Perasan tak ada individu yang mempunyai satu pusar pada rambut. Ada yang mempunyai dua pusar pada rambut.

#Anak yang mempunyai dua pusar dikatakan agak nakal sikit, susah nak diuruskan, sukar untuk difahami, dan agak degil sekali. Anak saya yang sulung mempunyai dua pusar di kepalanya.

#Memang sebegitulah sifat semulajadinya, tambahan lagi sangat petah bercakap, banyak bertanya yang perlu kita jawab, adakalanya atuk, nenek dan pakcik dan makcik sangat pening melayannya. Namun begitu sangat mudah diuruskan jika kena dengan gaya dan perlu banyak memuji nak memujuk anak.

#Menurut Dato' Fadzilah Kamsah lagi, sifat Individu yang mempunyai dua pusar sebenarnya samgat banyak akal, banyak idea, dan sangat bijak.

#Anda mempunyai anak yang dua pusar di rambut?

Luahan Suami, " Aku Sikit Main Susah Kumpul Duit Nak Kahwin, Korang Free Showkan Bini Aku.." VIRALKAN

0
COM


Mohon kawan-kawan atau sesiapa yang baca artikel ini untuk kongsi dan sebarkan demi maruah seoarng suami yang hampir tergadai.
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mendakwa isterinya dipaksa bertelanjang ketika bersalin di sebuah hospital yang tidak didedahkan di Sarawak. 
Gambar yang dimuat naik oleh Bintu Martin itu menimbulkan pelbagai persoalan, apakah benar dakwaan lelaki tidak didedahkan nama itu.
Menurut lelaki berkenaan, dia pernah mendengar cerita makcik-makcik yang bersalin zaman 80an dan 90an, namun tidak menyangka bersalin dalam keadaan bertelanjang itu masih berlaku di Sarawak. Difahamkan, isterinya bekerja sebagai guru dan telah dua kali bersalin di Sarawak.
"Tak ada pilihan di sana, takkan tak nak beranak? Isteri saya minta kain untuk menutup payudaranya tetapi dimarahi oleh jururawat dengan alasan bukan isteri saya seorang saja yang tidak berpakaian. Suami pula tidak dibenarkan masuk ke dalam, hanya perlu menunggu di luar sahaja. Tetapi doktor lelaki dan doktor pelatih lelaki bebas keluar masuk. 
"Ketika dalam Labour Room, ada 8-9 ibu-ibu yang menunggu masa untuk bersalin termasuklah isteri saya. Mereka semua tidak berpakaian dan diarahkan kangkang oleh jururawat. Payudara tidak boleh ditutup langsung. Saya bayar hantaran mahal, tetapi doktor tengok secara free saja. Hanya ada seorang doktor perempuan sahaja pada ketika itu. 
"Bila isteri saya bersalin kali kedua lagi teruk, jururawat pelatih lelaki pun ada. Anak pertama dilahirkan 2010, anak kedua 2013. Selepas keluar dari Labour Room, baru dapat kain untuk menutup badan," katanya.
Menurut lelaki itu, dia mendapat tahu perkara itu yang dimaklumkan oleh ibu mertuanya yang masuk ke dalam Labour Room seketika bila isterinya melahirkan anak pertama. 
Selain itu, dia pernah cuba meminta kebenaran jururawat untuk masuk menemani isterinya bersalin namun dihalang. 
"Tak boleh sebab dalam itu semua perempuan tidak berpakaian," kata jururawat terbabit. 
Dedah lelaki itu lagi, bila isterinya bersalin anak yang kedua, jururawat pelatih lelaki turut ada dalam Labour Room. 
"Isteri saya malu dan terpaksa buat tayangan percuma. Saya rasa malu, geram dan dayus berbanding kali pertama sebab 3-4 jururawat lelaki yang keluar dari Labour Room itu ketawa kecil sesama mereka dan terdengar percakapan mereka,
 "Susu (payudara) Puan Syam itu besar betul," 
"Saya tahu mereka maksudkan isteri saya kerana payudaranya memang besar. Bayangkan betapa malunya isteri saya dua kali bersalin tanpa berpakaian, diseluk dan dilihat oleh doktor pelatih lelaki dan jururawat pelatih lelaki. 
"Seperkara lagi, semasa isteri bersalin anak kedua, dia terpaksa berjalan ke tandas dalam Labour Room untuk buang air kecil. Masa jalan balik itulah jururawat pelatih lelaki masuk. Punggung dia pun terdedah habis, tangan satu memegang drip, satu lagi jururawat perempuan pegangkan. Bayangkan isteri saya kata yang jururawat lelak itu terkejut melihat dia berjalan tanpa seurat benang. Isteri saya bertudung bagai, dapat pada mereka habis free show!" luahnya kesal. 
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mempunyai pengalaman bersalin di Sarawak menafikan perkara itu berlaku.
"Saya bersalin di Hospital Umum Sarawak, siap dalam bilik berasingan atau bilik khas, pakaian khas untuk bersalin seperti hospital yang lain. Doktor perempuan dan suami dibenarkan masuk tanpa perlu diminta. Doktor yang panggil sendiri," kata Hizh Qatrunnada. 
"Tak tahulah, mak saya melahirkan saya pada tahun 1986 di hospital di Kuching tetapi tak ada pula menghadapi insiden seperti itu. Cuma mak cakap ayah tak dibenarkan masuk. Tak ada bogel-bogel," kata Kate Catherine. 
"Saya tawaquf dengan cerita ini sebab isteri saya beranak empat kali dah di Hospital Umum Kuching. Tetapi okay saja, malah banyak perkara yang boleh dipuji dari segi layanan dan cara doktor serta jururawat di Sarawak melayani pesakit. Malah masa melahirkan anak kedua, saya ada bersama isteri untuk beri semangat," kata Gnostic Son.

Sementara itu, Bintu menegaskan dia enggan mendedahkan nama hospital tersebut kerana tindakan itu akan mengaibkan hospital berkenaan.
Pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan lelaki ini kerana dakwaan itu seperti ini boleh mencemarkan nama baik pihak hospital di negeri Sarawak. - PIXEL MEDIA