Akhirnya Bapa Kepada Remaja 18 Tahun Ini Dedahkan Kisah Sebenar Tentang Perkahwinan Anaknya Yang Tengah Viral Sekarang Ini
Gambar yang diviralkan dalam laman sosial kelihatan Mohd Sufie Matalin, 18, menyarungkan cincin ke jari manis Dayang Sopiah Gusti, 42, selepas selesai majlis akad nikah mereka di Masjid Daerah Beaufort, Selasa lalu. KUALA PENYU: "Sudah suka sama suka, biarkanlah...doakan mereka bahagia," kata Matalin Utam, 52, bapa remaja lelaki yang berkahwin dengan ibu tunggal anak lima berusia 42 tahun, Selasa lalu.
Pernikahan pasangan itu menjadi viral di laman sosial berikutan remaja lelaki berkenaan, Mohd Sufie, baru berusia 18 tahun manakala isterinya, Dayang Sopiah Gusti, 24 tahun lebih tua. Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kekapor di sini, sebentar tadi, Matalin berkata Mohd Sufie, anak keempat daripada tujuh beradik, menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal berkenaan beberapa hari sebelum hari pernikahan mereka. Walaupun mengakui mulanya terkejut sebaik mendengar hasrat Mohd Sufie, pengawal keselamatan itu berkata dia dan isteri, Janawiyah Ocat, 46, akur dengan pilihan anak lelakinya yang bekerja sebagai pembantu jualan di Labuan. Alin @ Matalin Utam bersama isterinya Janawiyah Ocat ketika ditemui dikediaman mereka di Kampung Kekapor, Kuala Penyu.
"Pada mulanya saya terkejut sebab dia pilih wanita lebih berusia, tapi bila fikir balik saya dan isteri tiada masalah. Kami gembira dan merestui perkahwinan mereka, asalkan tidak buat apa-apa perkara yang tak betul.
"Pagi tadi Sufie datang ke rumah, saya pesan kepadanya sekarang dia bukan lagi bujang, tetapi sudah ada tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada lima anak tiri, kena layan anak-anak itu seperti anak sendiri. "Saya cakap jangan peduli cakap orang, asalkan tak kacau isteri orang sudahlah," katanya sambil meminta orang luar tidak 'membawa mulut' mengenai perkahwinan anaknya, sebaliknya mendoakan kebahagiaan mereka.
Dayang Sopiah yang juga suri rumah memiliki lima anak berusia lima hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini. Pasangan itu dikatakan sedang bercuti di Kota Kinabalu. Sementara itu, Janawiyah berkata ketika pagi sebelum bernikah di Majid Daerah Beaufort, Selasa lalu, dia bertanya kepada Mohd Sufie adakah dia benar-benar mahu memperisterikan Dayang Sopiah. "Dia kata pilihannya muktamad...saya tanya juga anak-anak Sufie sama ada boleh terima dia sebagai bapa, mereka kata tiada masalah. "Jadi menerima keputusannya dan berharap mereka berbahagia," katanya mengakui mengenali Dayang Sopiah sudah lama kerana menantunya itu biasa bermain bola tampar di kampungnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment