Mesej Menyengat Dari Jurulatih Palestin Kepada FAM
Selepas anak buahnya mengganyang Malaysia 6-0 dalam pelawanan kelayakan Piala Dunia 2018 malam tadi, jurulatih pasukan dari bumi yang dilanda perang, Palestin, Abdel Nasser Barakat memberi suatu nasihat yang sungguh menyengat kepada Persatuan Bolasepak (FAM).
Pasukan kebangsaan Malaysia perlu dirombak!
Bekas jurulatih pasukan Bawah 23 Tahun Palestin itu, yang amat terkejut dengan persembahan hambar Malaysia, menasihati Malaysia supaya mencontohi cara Palestin membentuk pasukan yang kuat untuk masa akan datang dengan menggunakan tenaga pemain muda berbakat besar.
"Saya berpendapat mereka (FAM) patut melakukan seperti yang dilakukan pasukan kebangsaan Palestin...kami tukar kebanyakan pemain.
"Saya tahu ada begitu banyak pemain muda yang hebat, tetapi Malaysia juga perlu mengambil langkah serupa.
"Kami membuang begitu banyak pemain dan menggantikan mereka dengan pemain muda. Bagaimanapun, saya mendoakan mereka berjaya pada masa akan datang.
"Memanglah kami ingin menang perlawanan ini, tetapi kami terkejut kerana kemenangan yang dicapai begitu besar dan kami tidak menjangka mereka (Malaysia) akan berputus asa serta tidak berusaha untuk bermain dengan lebih bersemangat," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Palestin, yang menduduki ranking ke-118 dunia, berpesta gol di halaman Malaysia (yang menduduki ranking ke-162) dalam perlawanan kelayakan bagi Piala Dunia Rusia 2018 dan Piala Asia UAE 2019 itu.
Barakat, 43, yang dilantik sebagai jurulatih pasukan itu oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) Mac lepas, membuat 15 pertukaran terhadap barisan pemainnya, yang berusia antara 22 dan 24 tahun setelah pasukan itu tersingkir di peringkat kumpulan pada kejohanan Piala Asia 2015 di Australia Januari lepas.
Bagaimanapun, Palestin mengejutkan peminat bola sepak di seluruh dunia pada perlawanan pembukaan Kumpulan A menentang Arab Saudi dengan menjaringkan satu gol pada waktu kecederaan untuk mencatat kemenangan 3-2 di Stadium Putera Mohammed Bin Fahad Bin Abdul Aziz, Dammam, Khamis lepas.
Palestin, yang berkongsi tiga mata dengan Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam Kumpulan A, bagaimanapun menduduki tangga teratas kumpulan itu apabila memperoleh jumlah gol yang begitu besar malam tadi.
Sementara itu, Malaysia, yang memulakan kempennya dengan begitu lemah dan sekadar seri 1-1 dengan pasukan kerdil, Timor Leste, kini menduduki tangga paling bawah, berkongsi satu mata dengan pasukan itu.
Usaha Barakat untuk melahirkan pasukan kebangsaan Palestin yang lebih kuat pada masa akan datang mula menampakkan hasilnya melalui kemenangan mudah mereka malam tadi, waluapun tidak mempunyai dana lumayan untuk mengendalikan pasukan itu, berbanding pasukan Malaysia.
"Kami menyertai pusingan kelayakan ini untuk menambah pengalaman, meraih keputusan baik dan memberi keyakinan kepada pemain. Bagaimanapun, kemenangan 6-0 itu sudah tentu memberi semangat besar kepada pasukan kami. Kami tidak mempunyai bajet besar kerana seperti yang anda tahu, rakyat Palestin sedang dilanda krisis...tetapi kami mempunyai kem di Tunisia.
"Ia kem yang angat baik, kami mengadakan tiga perlawanan menentang pasukan kuat (dan) tidak kiralah apa pun keputusannya, kami cuba membetulkan kesilapan, manakala para pemain pula memanfaatkan pengalaman itu apabila bermain pada pusingan kelayakan ini," katanya.
Palestin akan menentang UAE pada 8 Sept, selepas Malaysia bertemu UAE pada 3 Sept dalam perlawanan ketiganya.
-Bernama
SENARAI 10 INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA, JANGAN TERKEJUT TENGOK NO 1
10) Datuk Mokhzani Mahathir
-Naib Pengerusi Eksekutif Sapura Kenchana Petroleum, memiliki kekayaan RM4.22b
9) Puan Seri Lee Kim Hua
-Kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM7.47b
8) Tan Sri Lim Kok Thay
-Kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM9.43b
7) Tan Sri Syed Mokhtar
-Memiliki Yayasan Bukhary, memiliki kekayaan RM11.07b
6) Tan Sri Lee Shin Cheng
-101 groups, memiliki kekayaan RM13.12b
5) Tan Sri Quek Leng Chan
-Hong Leong Group, memiliki kekayaan RM14.11b
4) Tan Sri Teh Hong Piow
-tokoh perbankan Public Bank, memiliki kekayaan RM18.07b
3) T Ananda Krishnan
-ahli perniagaan, memiliki kekayaan RM33.19b
2) Tan Sri Robert Kuok
-hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong,memiliki kekayaan RM54.48b
1) Org yg solat subuh berjemaah dan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh. Memiliki kekayaan yg melebihi dunia dan segala isinya
Dari Aisyah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dua rakaat shalat sunnah fajar, lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim, Tirmidzi, Nasa'i & Ahmad)......
Jangan lupa share yer kawan-kawan... semoga mendapat pahala!!
Memeranjatkan Inilah Pesanan TMJ Kepada Pengurus Pasukan Kebangsaan Setelah Dibelasah Palestin
JANGAN GUNA PEMAIN JOHOR DARUL TA'ZIM
Ada beberapa pihak telah menyalahkan para pemain Johor Darul Ta'zim setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk. Nasihat saya kepada pengurusan pasukan kebangsaan, jangan gunakan lagi pemain pasukan JDT untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang, sebaliknya gunalah pemain yang lebih handal dari pasukan-pasukan lain.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
-----------
LEAVE US OUT!
The blame game played by the Football fraternity has now targeted the National players from Johor Darul Ta'zim. My advice, don't pick my players!
HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
Sumber : JOHOR Southern Tigers
Komen Pedas Dollah Salleh Kepada Pemain Harimau Malaya Setelah Diaib Oleh Palestin
Kuala Lumpur: Pengendali negara Dollah Salleh tidak akan meletak jawatan walaupun anak buahnya dibelasah 0-6 ditangan Palestin malam tadi.
Bekas pemain kebangsaan itu menegaskan beliau bukan pengecut.
"Saya bukan pengecut. Saya tidak faham kenapa pemain berputus asa selepas kena tiga gol pada babak pertama.
"Apa yang diperkatakan selepas itu, seolah-olah tidak memberikan kesan dari penjaga gol sehingga penyerang," katanya selepas perlawanan.
Dollah turut menolak andaian keputusan perlawanan berkenaan diatur.
"Kita sudah kalah, saya tidak mahu cakap pasal atur perlawanan atau sebagainya. Saya tidak mahu menuduh sesiapa.
"Saya tidak panik dengan keadaan sekarang. Namun kecewa dengan apa yang ditunjukkan," tambahnya.
Pelawat mendahului tiga gol pada babak pertama dan terus gagal mengekang asakan pelawat yang meledak tiga lagi gol.
Ia adalah kekalahan pertama skuad negara dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 selepas terikat 1-1 menentang Timor Leste.
Setelah Dibelasah Palestin Jom Kita Lihat Apa Ultras Lakukan
#bolatime AKSI Ultras Malaya menyanyikan lagu "Dollah Salleh apa yang kau dah buat" ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Video oleh Azlan Muhammad Zain.
#bolatime AKSI Ultras Malaya menyanyikan lagu "Dollah Salleh apa yang kau dah buat" ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Video oleh Azlan Muhammad Zain.Babak kedua sudah bermula.
Posted by Harian Metro * myMetro on 16hb Jun 2015
Memeranjatkan Inilah Wajah Sebenar Ibu Nelydia & Uqasha Senrose
Ternyata ibunya lebih cantik dari anak-anak hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)







