Suami Baru Meninggal Dunia. Apa Aku Temui Di Laci Ofisnya Buat Aku Terus REBAH !!!

0
COM

 


Suami Baru Meninggal Dunia. Apa Aku Temui Di Laci Ofisnya Buat Aku Terus REBAH !!! | Terima kasih admin sbb approve kisah aku ni. Nama aku Farhana. Suamiku kini telah tiada tetapi penyesalanku akan terus mengharu jiwaku, Ini adalah kisah benar di dalam hidupku. Seorang suami yang kucintai, kini telah tiada. Begitu besar pengorbanan suamiku pada keluargaku. Begitu tulus kasih sayangnya untukku dan anak-anakku. Suam#iku adalah seorang yang bekerja keras. Dia bersungguh-sung#guh berusaha membina kehidupan yang sebaiknya untuk kami sekeluarga. Kehidupan yang kami tempuh akhirnya adalah suatu yang lebih baik dari kebanyakan orang lain. Ianya adalah suatu yang kami rasa sudah leb#ih dari cukup.

Sekadar Gambar Hiasan.
Hari ini, setelah suamiku tiada, aku kembali mengingatinya. Aku malah tidak dapat melupakannya. Aku merasa sangat berdosa ketika teringatkan bagaimana satu hari, suamiku pulang dari tempat kerjanya dan aku men#yambutnya dengan keadaan yang amat marah. Ianya suatu yang tidak sepatutnya. Mengenangkannya aku jadi m#alu sendiri. Aku tidak dapat maafkan diriku yang berkelakuan begitu terhadap seorang suami yang sangat baik. Bukan sekali dua sebaliknya itulah watakku terhadap suamiku. Panas baran, mengherdik, meleter dan memarahi suami adalah kebiasaaanku.
Aku masih ingat betapa aku memarahi suami malah menengkingnya hanya kerana dia lambat pulang untuk membawaku ke rumah ibuku yang mahu berangkat ke tanah suci. Aku sedar, suam#iku pada hari itu – seperti kebiasaaannya lambat pulang kerana urusan kerja. Dan aku pun tidak perlu tergesa-gesa sebab ibuku hanya akan ke tanah suci 5 hari lagi.
Tetapi itulah watak diriku. Aku selalu menempelak suamiku bahawa dia lebih mementingkan kerjanya berbanding diriku sedangkan aku sangat yakin suamiku tidak melakukan apa pun melainkn demi untuk membahagiakan kami sekeluarga. Sepatutnya aku boleh bertolak ansur walaupun aku sudah berjanji dengan ibuku. Inikan suami ku. Dia lebih patut dan wajib aku utamakan dari ibuku!!
Apapun aku sebenarnya dilanda cemburu. Aku bimbang suamiku dipikat oleh wanita lain di tempat kerjanya atau oleh kenalannya atau oleh siapa saja. Ianya berasas kerana sua#miku kacak dan menarik sedangkan aku sendiri terasa sudah mula berusia dan semakin tidak menarik. Wajahku pun bukanlah cantik.
Hakikatnya aku tidak rela dimadukan. Aku tidak sanggup berdepan dengan situasi suamiku berkahwin lain. Aku lebih rela diceraikan daripada berkongsi suami dengan orang lain. Itulah akibatnya bila aku didorong nafs#u untuk bertindak sebegitu terhadap suamiku.
Tapi kini aku tahu. Semua ucapan dan tindakanku selama ini salah dan hanya menjadi penyesalanku karena suamiku telah tiada. Setelah 2 hari kematiannya, seorang rakan kerjanya mengatakan padaku bahawa rupanya suamiku selalu membanggakan aku – isterinya dan anak-anaknya di depan rakan-rakan sekerjanya. Tidak ada yang negatif tentang diriku dan anak-anak melainkan semuanya hal-hal yang baik dan yang sangat dihargainya terhadap keluarganya.
En Ramli, rakan sekerja suamiku itu berkata, “Abang Ha***** sangat positif orangnya. Beliau selalu menyebut bahawa keluarganya adalah suatu yang amat bermakna di dalam hidupnya. Sebab itu kami tengok dia sanggup bersusah payah demi kebahagiaan keluarganya”.
Aku sedar, itulah diri suamiku. Aku memang mengenalinya begitu tetapi aku tidak mampu bermujahadah melawan nafsu. Akibatnya aku selalu menyakitkan hatinya. Ada saja yang aku bebelkan di depannya. Kada#ng-kadang ketika bersama jiran atau di depan keluarga pun, aku masih sanggup mengeluarkan kata-kata yang mengguris hatinya. Teruknya aku!!
Kata En Ramli lagi’ “Abang Ha**** bukan jenis orang biasa. Jiwanya sangat kuat dengan Tuhan. Ibadahnya sangat dijaga. Dia merupakan seorang pemimpin di tempat kerja yang berwibawa. Kata-katan#ya dituruti, pandangannya dan buah fikirannya selalunya tepat dan dapat memberi penyelesaian atas apa saja masalah syarikat. Begitu juga, kami selalu mendapatkan nasihatnya kalau kami menghadapi masalah peribadi atau keluarga”.
Aku pun tertegun, memang aku sepatutnya menghargai suamiku sepenuh hati melebihi orang lain. Tetapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Dia sudah pergi buat selama-lamanya. Aku menahan air mataku kare#na aku tidak ingin menangis di hadapan En Ramli. Aku sedih kerana penyesalanku sudah tidak bermakna.
Jenis isteri apakah aku ini sebenarnya?
Aku sesungguhnya hairan dengan sikap penyabar suamiku. Sabarnya luar biasa. Apa yang aku pasti, suamiku banyak menghabiskan malamnya dengan solat dan menangis. Cuma hatiku yang masih keras. Aku tidak berubah dari terus membentak dan memarahinya. Mungkin jiwaku yang sangat sensitif menjadikan aku tidak berupaya menahan rasa marah kalau hajatku tidak dilayan oleh suami. Pernah den#gan kasar aku menyuruh suamiku membancuh air minumnya sendiri. Aku malas, itulah alasanku.
Sekarang, aku teringat betapa hancurnya perasaan suamiku ketika itu. Tapi dia memang manusia luar biasa. Dia hanya diam saja. Malah sambil tersenyum dia pergi ke dapur me#mbuat teh atau kopi yang dihajatkannya sendiri. Sedangkan aku sendiri sedar, sebagai ketua keluarga, aku tidak sepatutnya melayan suamiku sedemikian.
Aku teringat kerapnya aku memarahi suamiku, dengan hamburan kata-kata bahawa dia selalu menyibukkan diri dengan pekerjaannya – sehingga tidak peduli dengan anak-anak. Namun itu semu#a salah. Ianya hanya sangkaan jahat dari seorang isteri yang jahat sepertiku. Mengejutkan bila En Ramli meninggalkanku dengan beberapa dokumen peribadi suamiku yang ada di dalam laci meja kerjanya. Ketika membacanya, aku tidak dapat menahan tangis.
“Ke hadapan isteriku yang tersayang!
abang telah disahkan mengidap sakit darah tinggi.
Itulah penyebab abang selalu pening dan rasa hendak pitam.
Abang bimbang dengan keadaan abang sebegini…..
apapun kepada Tuhan abang berserah..
Abang akan berusaha menjaga kesihatan.
Apa yang abang ingin sampaikan di dalam catatan ini ialah
abang sangat mencintai sayang. Abang doakan sayang berubah
menjadi isteri yang lebih baik dan solehah.
Perjalanan kita masih panjang dalam mendapatkan kasih sayang Tuhan.
Kita begitu memerlukan Tuhan. Keluh kesah, merungut dan mengeluh
adalah tanda hati kita masih jauh dengan Tuhan.
Sepatutnya sebagai hamba Allah, kita sangat merendah diri
dan tahu untuk bersyukur atas segala nikmat Tuhan kepada kita.
Bersikap redhalah dengan apa jua ketentuanNya.
Itulah kebahagiaan kita yang hakiki.
Sukalah abang nyatakan di sini:
Apapun yang sayang lakukan terhadap abang,
abang telah maafkan. Kalaupun abang tidak dapat berikan semua hajat
dan hasrat yang diminta oleh sayang selama ini, tetapi abang hadiahkan
keampunan dan keredaan dunia akhirat dari abang terhadap sayang.
Jika abang pergi terlebih dahulu, sayang pasti tahu, tidak mudah bertemu
dengan orang seperti abang di dunia ini!
Mohon ampunkan abang dan redhalah dengan apa jua
kelemahan serta kekurangan abang!! – suamimu Abdul **** Bin Haji Abdul *****.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!! Aku hanya mampu membiarkan air mataku mengalir semahu-mahunya. Aku menyesal tapi apakah lagi yang mampu aku berbuat melainkan sebanyak-banyaknya meminta ampun dengan Allah swt. Tidak ada lagi kebahagiaan atau keceriaan di dalam hidup#ku kini dan selamanya. Moga Tuhan ampunkan aku dan moga benar-benarlah aku berpeluang mendapat redha suamiku.
Akhirnya aku berpesan kepada anda semua para isteri dan para suami;
Untuk para suami, Jadilah seperti suamiku! Teruslah bersabar dengan karenah isteri. Kami memang dilahirkan tidak sempurna. Watak kami lemah dan mudah tunduk dengan godaan nafs#u dan syaitan. Jiwa kami mudah mengalah dengan kesempitan dan kesulitan walaupun ramai wanita pilihan yang berjaya menjadi wanita solehah atau wanita contoh. Kami hanya orang biasa. Sukarnya kami untuk merendah diri.
Ampunkanlah kami dan teruslah pimpin kami. Didiklah kami dengan iman dan Islam. Bantulah kami untuk merasai kebesaran Allah swt. Kami perlukan suami yang tidak mudah putus asa dalam mendidik kami. Kami akan sanggup bersusah payah untuk membahagiakan suami jika nafsu kami berjaya dijinakkan oleh suami. Jadilah mod#el seperti suamiku di dalam rumah tangga kami (walaup#un aku sendiri tidak menghargainya sepanjang hidupnya) dan….. memang benar kata-kata suamiku, aku memang sukar mencari seorang lelaki sehebatnya di dunia ini!!
Untuk para isteri, berubahlah apabila anda membaca kisah sedih aku ini. Kita para isteri yang kurang ajar dan menderhakai suami kita memang patut menerima keperitan dan kesakitan. Tuhan pasti aka#n menghukum kita dengan berbagai cara. Yang pastinya ianya perit untuk kita tanggung jika kita belum mampu mendidik nafsu kita.
Bayangkan hukuman Tuhan di dalam kubur dan di akhirat!! Bagi yang masih ada suami, jadikanlah suami anda benar-benar sebagai pemimpin anda. Jadik#an beliau tempat anda merujuk dan bertanyakan panduan serta meminta pimpinan. Buanglah ego sejauh-jauhnya untuk tunduk berkhidmat setulus hati terhadap suami a#nda. Banggalah dengan suami anda kerana itulah jodoh yang telah disusun Tuhan untuk anda. Terimalah suami seadanya. Mungkin dia ada kelemahan tetapi kelemahan kita sebagai isteri berganda-ganda lagi banyaknya.
Jadikanlah suami sebagai jambatan mendapatkan Tuhan menuju keselamatan dunia dan akhirat. Aku sebenarnya malu menyampaikan nasihat ini tetapi ak#u rasa didorong-dorong untuk menulis#kan sebagai tatapan orang lain. Semoga penyesalanku menjadi iktibar untuk orang lain. Tuhan ampunkanlah aku!!!!
– Isteri yang berdosa. via Admin

Bekas Mufti Johor NAMPAK Muka Allahyarham Mohamad Thaqif Ada…. Subhanallah !!!

0
COM

Bekas Mufti Johor NAMPAK Muka Allahyarham Mohamad Thaqif Ada…. Subhanallah !!!| Datuk Nooh Gadut, bekas mufti johor yang melihat wajah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi sebagai bercahaya, tersenyum, berseri serta luar biasa. Beliau melawat jenazah Thaqif bersama beberapa pegawai Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Hospital Sultan Ismail memuji kebesaran Allah serta fadhilat membaca Al-Quran yang diamalkan oleh pelajar tahfiz tersebut seperti yang dilaporkan oleh Mstar Online.

“Saya lihat wajah Allahyarham memang luar biasa. Betullah seperti yang diperkatakan bahawa Al-Quran adalah cahaya. Cahaya bukan sahaja dalam tetapi terserlah di wajah Allahyarham. “Saya melihat dengan sahabat-sahabat yang lain wajahnya tersenyum, berseri dan macam orang hidup lagi. Itulah kelebihan (orang yang membaca Al-Quran),”

Saya berharap kisah ini ada hikmah, ada rahsia yang akan dijadikan kesedaran semua pihak, pihak sekolah dan lain-lainnya,” Datuk Nooh Gadut juga kagum apabila diberitahu hasrat Allahyarham yang ingin menghafal 30 juzuk Al-Quran. Beliau juga turut terharu melihat ketabahan ibu bapa Mohamad Thaqif yang menerima ujian tersebut sebagai qada dan qadar.
Sumber:KakiShare

[Video] Gol Ajaib Dari Baddrol Bakhtiar Ketika Menentang Perak Sebentar Tadi

0
COM





Baddrol sebelum ini turut menjaringkan gol cantik ketika menentang JDT


KISAH SAYU Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak… Sangat Menginsafkan!

0
COM

KISAH SAYU: Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak… Sangat Menginsafkan!

KISAH SAYU: Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak… Sangat Menginsafkan!
Dalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan..masa Tuh Memang Betul2 Aku saspen..Aku pun benti le…tetiba bro,saya nak mintak maaf sesangat dengan bro. Apsal?Rupanya??Mengalir Air mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Isterinya yang kereta rosak
KISAH SAYU: Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak… Sangat Menginsafkan!
Kisah%2BSuami%2BBerbohong%2BKereta%2BRos
– Gambar sekadar hiasan –
Harus diingatkan dalam kita yang serba serbi hidup dalam kemewahan, masih ramai lagi insan di luar sana yang hidupnya kurang bernasib baik seperti kita. Kisah ini benar-benar membuat diri menginsafi.Kisah ini telah dikongsikan menerusi sebuah laman Facebook Wong Bo Sie menceritakan seorang lelaki yang dalam perjalanan menjemput anaknya namun sepanjang perjalanan terjadi sesuatu yang tidak diduga.
Ikuti kisah selanjutnya:-
Maafkan saya bro
Petang tadi masa aku gi jemput anak, sampai satu tempat tu tenampak le satu kereta berhenti kat tepi jalan. Bonet depan terbukak. Keta rosak le ni (hati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sorang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam kereta aku perasan ada gak penumpangnya. Memandangkan tempat tu ok, aku berenti le
Masa jalan ke kereta tu, aku nampak dalam kereta tu ada dua pompuan dewasa, seorang budak kecik dan seorang budak lelaki. Mungkin sekeluaga le ni
Asalamualaikum bro. Pehal ni? Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik, tetiba mati katanya sambil pegang spana hidup. boleh saya tengok? Aku tanya dia. Bro pomen ke? Dia tanya aku balik.tak ahhtapi saya penah kena cani dulu aku bagitau dia. Takpe la bro,gase saya boleh setel ni. Oook la kalu cantu kata aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku dengar suara pompuanmasuk ni dah 2-3 orang nak nolong, awak tanak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni !.
Aku pun pusing balik kat dia. Aku soh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump. Memang takde minyak. Aku mintak spana idup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok jeDalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering cani. Setau aku, kalau pun oil pump gosak minyak mesti akan meleleh sesikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump.
Aku mintak masuk keta dia, on kunci dan tengok meter minyak tak naik langsung!! Meter tu rosak katanya.
Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cite aku klua dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tanak. Tapi lepas bini dia membebel keta buruk la, tak beguna la, apa la dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.
Masa dalam keta tu,aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus. Dia diam jesampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap. Aku lak terus masuk dalam,beli air soya dua kotak besar,2 bantal roti bun (ntah kenapa aku boleh tepikey nak belikan) dan bayar temasuk minyak.
Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentase ade dalam keta aku. Dia nak bayar,tapi aku cakap kang la, macam la begatus
Mungkin tegase nyusahkan aku,dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat keta dia balik. Aku ok je ladalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal? Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudahaku punye la saspen mase tu tuhan je yang tau.
Aku pun benti letetibabro,saya nak mintak maaf sesangat dengan bro. Apsal? Aku tanya. Kelopak matanya bekaca digenangi air.
Sebenarnya saya bohong. Keta saya tak rosak pun bro. Keta saya tu memang habis minyak. Aku tak dapat cakap apa dahSaya memang tade duit nak isi minyak. Saya ingat minyak keta sampai la ke gumah,tapii Aku masih diamduit bro ni kang pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro Aku bagitau dia,pasal duit tu. Takpeaku halalkan.
Dia sambung lagi. Percaya tak kalu saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah brodekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang benti. Tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diowang cuma tanya,tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. AlhamdulillahAllah hantar bro untuk saya.
Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aihh Dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong leTapi dia tetap begiye ucap tima kasih kat aku. Lantak le hei
Lepas tu dia pandang anaknya.
Abang,maafkan babah ye. Babah belom dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi? Anaknya angguk kepala.
Lagi satu,abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal keta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu taknak anak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang gase malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu,malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentase beusaha untuk senangkan ibu ngan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye. Katanya lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beganak tu bepelukan sambil menangis. Aku klua ketaSumpahDemi Allah,aku pun nanges sama
Sambil lap lap air mata,aku masuk keta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup,aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku. Jangan bro,saya dah banyak menyusahkan. Maafkan sayasaya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi saya ni. Dia mintak nombo tipun aku.Ndak tak ndak aku bagi
Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku pelukaku pesan sikit kat dia. Nak,belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadatBesok kalu dah bejaya, jaga babah ngan ibu macam babah jaga nenek sekang. Doa bebanyak supaya babah tu sentase sehat dan tabah. Sambil aku selitkan duit yang babahnya tanak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.
Allahu Akbarsepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku
Ya Allah. Dalam aku sentase mengeluh dan mengenang kesusahan,Kau sedarkan aku yang selama ni sentase lupa bahawa ada owang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.
Bukan niat aku untuk betakbur riak,sekadar buat renungan dan peringatan betapa besyukurnya hidup kita.
#PeringatanDiaUntukAkuYangKaliKeberapaNtah
Sumber: bro1despatch

“IA NAMPAK SEPERTI KESAN GIGITAN NYAMUK BIASA SAJA..DAN BAYI SAYA TAK BERASA GATAL..KAMI FIKIR KALAU IA GIGITAN PEPIJAT, NANTI PASTI IA AKAN SEMBUH SENDIRI…TAPI SELEPAS 2 MINGGU..” SEPASANG KELUARGA KONGSIKAN DETIK HITAM SEHINGGA ANAK MEREKA TERPAKSA DI BEDAH..JOM BACA DAN SHARE UNTUK LANGKAH BERJAGA JAGA

0
COM
“Ia nampak seperti kesan gigitan nyamuk biasa saja..Dan bayi saya tak berasa gatal..Kami fikir kalau ia gigitan pepijat, nanti pasti ia akan sembuh sendiri..Tapi, selepas 2 minggu pun masih belum sembuh. Kami lihat ia seperti melecur. Tapi tanpa nanah..tolong ibu bapa..bukan semua pepijat biasa-biasa, pepijat ini sgt2 bahaya..jgn sampai anak anda terjadi seperti anak kami…tolong sebarkan secepat mungkin..”
“Ia nampak seperti kesan gigitan nyamuk biasa saja. Dan bayi saya tak berasa gatal”, ulas Joey mengenang kembali tentang bengkak pada kaki anak lelakinya. Bayi tersebut berusia 8 bulan ketika itu.
“Kami fikir kalau ia gigitan pepijat, nanti pasti ia akan sembuh sendiri”, Joey meneruskan bicara.
“Tapi, selepas 2 minggu pun masih belum sembuh. Kami lihat ia seperti melecur. Tapi tanpa nanah.
Jadi kami fikir mungkin kesan lecur ini akan kering dengan sendiri dalam tempoh 2 hari akan datang.”
Kesan gigitan pepijat masih belum sembuh
“Bila tiada tanda-tanda kesan gigitan itu akan sembuh, kami terus berjumpa dengan doktor. Doktor memberikan krim topikal yang mengandungi steroid. Selepas seminggu memakai krim itu, kesan gigitan masih belum sembuh.
“Maka kami pergi ke pakar kanak-kanak di Raffles Medical untuk bantuan pula. Masa itu, kesan gigitan tersebut kelihatan seperti kulat atau pertumbuhan bakteria. Lalu doktor beri krim antiseptik dan suruh kami berjumpa pakar kulit jika ia masih belum sembuh.”
“Seminggu berlalu dan masih tiada perubahan. Oleh itu, kami terus ke pakar kulit di Raffles Medical. Pakar kulit memberikan pelbagai krim berbeza dengan steroid yang lebih kuat, beserta dengan dos antibiotik. Tapi semua gagal.”
Satu-satunya pilihan: Pembedahan?
“Kami kemudiannya dirujukkan kepada pakar bedah kanak-kanak di hospital yang sama untuk pemeriksaan, sebab kesan gigitan tersebut telah membengkak.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat jangkitan bakteria di sesuatu tempat dan badan bayi saya telah terlebih bertindak balas ke atasnya.
Doktor juga mengatakan ia seolah-olah parut tisu. Maka beliau memberikan krim Dermatix untuk merawat parut. Tapi semuanya tidak berjaya menyembuhkan kesan ini. Malah ia semakin membesar!
Pemeriksaan kali ke-3 mendapati bahawa kesan ini adalah Juvenile Xanthogranuloma.”

Apakah Juvenile Xanthogranuloma
Menurut Wikipedia, Juvenile Xanthogranuloma (JXG) adalah sejenis penyakit dermatologi yang jarang berlaku tetapi lebih banyak memberi kesan kepada bayi yang berusia satu tahun ke bawah. Namun penyakit ini juga boleh dijumpai pada kanak-kanak yang semakin membesar dan orang dewasa.
Doktor mencadangkan pembedahan bagi memotong kesan gigitan ini. Joey ketika disoal mengimbas, “Anak kami masih belum mencapai usia satu tahun. Jadi kami memilih untuk tidak menjalani pembedahan lagi.
Kerana pembedahan ini perlu ubat pelali. Ubat pelali tidak disyorkan buat bayi kerana bimbang ia akan menghalang tumbesaran otak mereka. Lagipun, kesan gigitan ini tidak membahayakan nyawa, jadi kami boleh menunggu sehingga si manja kami lebih besar.”
“Kami akhirnya mengeluarkan kesan gigtan tersebut melalui pembedahan bulan ini. Nasib baiklah semuanya berjalan lancar.”
Yikes! Ini bukan pepijat biasa! Ini pepijat ‘bug bite’ yang gigit hingga bengkak!
Dua hari pertama selepas pembedahan, bayi saya tidak banyak bergerak. Tapi masuk hari ketiga, dia sudah boleh berjalan. Ia kelihatan seperti satu potongan besar dengan 7 jahitan. Mungkin ada parut nanti. Tapi kami akan beri krim parut.

Ambil langkah berjaga-jaga
“Kami masih berjumpa dengan pakar bedah kanak-kanak itu. Kami juga mengamalkan langkah berjaga-jaga. Jika si manja saya digigit serangga, kami akan guna krim gigitan biasa seperti Lucas Paw Paw. Kalau masuk hari ke-2 kesan gigitan masih tidak sembuh, kami akan terus pakai krim yang diberi doktor.”
Pengalaman ini dikongsikan oleh Joey, seorang ibu daripada Singapura. Beliau dan suaminya, Eric bekerja dalam industri pelancongan. Si manja mereka kini berusia 15 bulan dan telah sembuh.

Sumber: gengviral/viralicious

Punca Sebenar Pemain Import Pahang Sumareh Didenda Oleh FAM Ketika Menentang JDT

0
COM



Penjaring gol yang membawa Pahang ke saingan separuh akhir di Larkin tempoh hari, Mohamadou Sumareh bakal terlepas aksi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA ahad ini di Darul Makmur. Sumareh bakal di gantung satu perlawanan dan di denda RM3,000 di atas kesalahan menerjah pemain lawan ketika aksi Suku Akhir kedua Piala FA menentang JDT tempoh hari.
Berikut adalah kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu yang disiarkan menerusi facebook Football Association of Malaysia (Official)
KEPUTUSAN PENGGANTUNGAN PERLAWANAN KE ATAS PEMAIN-PEMAIN YANG DISABIT KESALAHAN KERANA MENERJAH DAN AMARAN KERAS KEPADA PEMAIN TIDAK BERDISIPLIN
Jawatankuasa Tatatertib, di bawah Artikel 81, Kod Tatatertib FAM telah memutuskan untuk menggantung pemain-pemain berikut satu perlawanan dan denda Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) kerana menerjah di dalam perlawanan masing-masing.
1. Pemain JDT Afiq Fazail (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)
Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, perlawanan 74 Liga Super 2017, Melaka melawan JDT. Ini adalah kerana Pasukan JDT tidak layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala FA 2017.
2. Pemain Kedah Mohd Rizal Ghazali (T Team vs Kedah. Liga Super)
(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 09.05.2017, perlawanan 73 Liga Super 2017, PKNS FC melawan Kedah.
(b) Penggantungan automatik kerana menerima kad merah semasa perlawanan 61 Liga Super, T-Team vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan 49 Liga Super 2017, Perak melawan Kedah.
3. Pemain T-Team Fakhrurazi Musa (T-Team FC vs Kedah. Liga Super)
(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, perlawanan 76 Liga Super 2017, T-Team FC melawan Perak.
(b) Penggantungan automatik kerana menerima kad kuning ketiga semasa perlawanan 61 Liga Super, T-Team FC vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan 50 Liga Super 2017, T-Team FC melawan Selangor.
4. Pemain Pahang Mohamadou Sumareh (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)
Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 30.04.2017, perlawanan 36 (SF1) Piala FA 2017, Pahang melawan Negeri Sembilan.
5. Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor juga telah diberikan amaran keras disebabkan tingkahlaku beliau yang tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan pemain Pahang sebaik tamat perlawanan pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2017 yang lepas.
Selain Sumareh, Afiq Fazail (JDT), Fakhrurazi Musa (T-Team) dan Mohd Rizal Ghazali (Kedah) turut menerima hukuman yang sama manakala Nazmi Faiz Mansor (JDT)  diberikan amaran keras atas tingkahlakunya yang tidak profesional.

“Aku nak cerai! hiduplah kau dengan kawan-kawan kau sampai mampus”

0
COM

“Aku nak cerai! hiduplah kau dengan kawan-kawan kau sampai mampus”

Gambar Hiasan
Kisah seorang isteri muda yang diabaikan oleh suami ketika sebelum bersalin lagi sehinggalah berpantang menyebabkan beliau mengalami sakit “meroyan”. Baca lagi luahan beliau yang dipetik dari laman Kisah Rumah Tangga (KRT):

Salam admin dan warga krt sekalian. di sini saya nak cerita sikit pasal meroyan berkait dengan kes yang tengah viral sekarang sampai ada yang mengutuk si ibu takde iman. Yang belom pernah melalui proses mengandung, melahirkan serta berpantang serta para suami yang anggap beranak tu macam kene gigit semut siap nak minta main lagi masa dalam pantang silalah gantung diri kat pohon rambutan sana.psikologi setiap manusia adalah berbeza ada yang boleh mengatasi meroyan tapi ada yang makin teruk. Cerita aku macam ni..
Aku dimasukkan wad lebih awal sebab mengalami contraction yang teruk tapi laluan masih tak terbuka. 3 hari ada di wad barulah doc decide tuk deliver secara paksa iatu pecahkan air ketuban. selama 3 hari aku dekat wad menahan contraction aku sensorang. Setiap kali waktu melawat katil orang lain penuh dengan orang aku krik2 sensorang.
Terjenguk-jenguk aku suami bila nak datang kol tak angkat mesej tak reply. Setengah jam sebelom waktu melawat habis suami aku datang bawa nasi dan terus balik. Allahu tersentak emosi aku ketika tu, sudahlah menahan sakit yang amat, salah ke dia datang awal datang berborak dengan isteri ni dan betol tak isteri-isteri sekalian dalam krt jika aku cakap macam mana pun kita sakit, sedih tapi bila nampak suami kita akan jadi happy dan bersemangat. betol tak??
Untuk pengetahuan krt.. suami ketika itu baru habis contract kerja jadi takde alasan untuk dia pergi kerja tak.. so mana dia pergi? Yup dia pegi cc main dota dengan kawan-kawan. luluh hati aku admin. tapi aku tolak tepi.. aku tak nak fikir sangat nanti aku jadi makin sedih. sudahlah sakit yang amat takde langsung concern dari suami.That’s why mengapa suami merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi psikologi seorang isteri. Lepas aku dimasukkan ubat 7 jam dalam labour room sakit macam nak hilang nyawa. Lagi pula ini anak sulung dan aku baru berusia 23 tahun.Keesokannya aku dah boleh discharge… doc cakap 12.30 discharge, aku inform suami itupun 5-6 kali kol baru angkat sebab dia tido.Dari 12.30, 3 pm baru suami datang. Time tu memang emosi aku sudah tidak stabil. aku yang tak selesa di hospital tambah pulak dengan nurse yang asyik tanya mana suami dengan anak merengek susu bengkak. Menitis air mata aku time tu. Nasib baik akak sebelah aku nasihat. Banyak bersabar dia cakap anak sulung memang macamtu kita rasa perit sangat. Memang memang perit… sebab tu support dari suami amat perlu.
Bila dia sampai aku tanya kenapa dia lambat. dia cakap g makan ngan member datang dari kampung. ermm… korang rasa ape aku rasa time tu? aku tengok suami orang lain da bole discharge on time bole datang kenapa tak suami aku? aku malas nak fikir lagi..so aku pendam dan diam. masa tu aku da rasa menyampah dalam hati aku cakap macam-macam da.
Dan bila dekat rumah dia jarang ada siang dan bila malam memang tiap-tiap malam dia kuar pukul 5, 6 pagi baru balik. korang bayangkan aku berpantang sensorang. malam-malam dengan kesan luka jahit aku tukar lampin baby susu baby setiap setengah jam. emosi aku terganggu. sudahlah masih sakit. ditambah pula mengurus anak sensorang aku penat yang amat.Pernah anak aku menangis aku cubit-cubit satu badan dia. aku pernah tampar anak aku smpai menangis tak keluar suara aku sumpah seranah suami aku depan anak aku. Emosi aku tak stabil.. tapi lepas tu rasa menyesal yang amat. Masa aku pukul anak aku… memang nampak dia buruk sangat… aku tak nampk pun seorang bayi yang comel… bila dia sampai menangis tak keluar suara aku tersedar..aku menangis ape salah anak aku.. cubalah fikir… emosi siapa yang tak terganggu, luka jahitan masih sakit… nak pegi toilet bangun jalan sendiri.aku nak air aku bangun buat dan amik sendiri. Memang 2 minggu pertama pantang aku sangat tak stabil… baby memang jadi mangsa cubit. pernah dia buat perangai aku jadi marah aku tak susukan dia aku bancuh susu pekat f&n tu bagi dia minum botol. aku sumbat-sumbat smpai dia menangis lebam mata.Suami aku? Keluar balik rumah tido.aku dan anak terbiar. 2 minggu aku pernah main pisau dekat kepala anak aku,aku cakap “ko tak diam aku potong lidah ko nanti”. Mungkin Allah swt nak bagi aku kesedaran anak aku mula tak merengek.dia diam sahaja. cuma menangis sikit bila nak susu. lepas 2 minggu aku recover balik. aku banyak baca pasal pantang dekat internet .aku mula susukan anak aku betul-betul .aku mula manjakan dia betol-betul. dan baby aku mula senyum dekat aku.. Allahu ape aku dah buat dekat anak aku selama ni.
Lama-lama aku da jadi ok. walaupun sampai habis pantang suami aku kuar melepak aku tak fikir. dalam hati aku aku fikir suami aku da mati . aku jaga dan tatang anak aku betul-betul. memang rasa marah dan benci tu ada dekat suami aku sebab lupa tangunggjawab dia..tapi setiap kali aku tengok anak aku layan elok-elok. aku buang semua perasaan lain.lama-lama aku da oke .aku dah tak kisah dengan suami aku. Now kitorang tengah tunggu tuk kes mahkamah tuk bercerai. Bagi aku dari aku memberontak dan berbuat dosa sakit hati nak hidup perangai suami yang lebih pentingkan kawan-kawan dari tangungjawab di rumah aku lepaskan. Hiduplah dia ngan kawan-kawan dia sampai mampus… Yang lelaki yang rasa tak boleh nak move on lagi ngan kawan-kawan mohon tak payah gatal-gatal nak ada isteri… kerana isteri itu amanat anak itu amanat… yang perlu ko jaga emosi adalah isteri dan anak-anak mu bukanlah kawan-kawan. jangan buat isteri macam hamba. Kalau tak mampu dari awal lagi fikir… jangan dera emosi orang lain dengan perangai-perangai lahanat suami.
sumber asal : KRT
Sumber : thealternatif