KISAH SAYU Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak… Sangat Menginsafkan!
KISAH SAYU: Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak… Sangat Menginsafkan!
KISAH SAYU: Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak… Sangat Menginsafkan!
Dalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan..masa Tuh Memang Betul2 Aku saspen..Aku pun benti le…tetiba bro,saya nak mintak maaf sesangat dengan bro. Apsal?Rupanya??Mengalir Air mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Isterinya yang kereta rosak
KISAH SAYU: Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak… Sangat Menginsafkan!
– Gambar sekadar hiasan –
Harus diingatkan dalam kita yang serba serbi hidup dalam kemewahan, masih ramai lagi insan di luar sana yang hidupnya kurang bernasib baik seperti kita. Kisah ini benar-benar membuat diri menginsafi.Kisah ini telah dikongsikan menerusi sebuah laman Facebook Wong Bo Sie menceritakan seorang lelaki yang dalam perjalanan menjemput anaknya namun sepanjang perjalanan terjadi sesuatu yang tidak diduga.
Ikuti kisah selanjutnya:-
Ikuti kisah selanjutnya:-
Maafkan saya bro
Petang tadi masa aku gi jemput anak, sampai satu tempat tu tenampak le satu kereta berhenti kat tepi jalan. Bonet depan terbukak. Keta rosak le ni (hati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sorang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam kereta aku perasan ada gak penumpangnya. Memandangkan tempat tu ok, aku berenti le
Masa jalan ke kereta tu, aku nampak dalam kereta tu ada dua pompuan dewasa, seorang budak kecik dan seorang budak lelaki. Mungkin sekeluaga le ni
Asalamualaikum bro. Pehal ni? Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik, tetiba mati katanya sambil pegang spana hidup. boleh saya tengok? Aku tanya dia. Bro pomen ke? Dia tanya aku balik.tak ahhtapi saya penah kena cani dulu aku bagitau dia. Takpe la bro,gase saya boleh setel ni. Oook la kalu cantu kata aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku dengar suara pompuanmasuk ni dah 2-3 orang nak nolong, awak tanak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni !.
Aku pun pusing balik kat dia. Aku soh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump. Memang takde minyak. Aku mintak spana idup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok jeDalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering cani. Setau aku, kalau pun oil pump gosak minyak mesti akan meleleh sesikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump.
Aku mintak masuk keta dia, on kunci dan tengok meter minyak tak naik langsung!! Meter tu rosak katanya.
Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cite aku klua dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tanak. Tapi lepas bini dia membebel keta buruk la, tak beguna la, apa la dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.
Masa dalam keta tu,aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus. Dia diam jesampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap. Aku lak terus masuk dalam,beli air soya dua kotak besar,2 bantal roti bun (ntah kenapa aku boleh tepikey nak belikan) dan bayar temasuk minyak.
Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentase ade dalam keta aku. Dia nak bayar,tapi aku cakap kang la, macam la begatus
Mungkin tegase nyusahkan aku,dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat keta dia balik. Aku ok je ladalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal? Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudahaku punye la saspen mase tu tuhan je yang tau.
Aku pun benti letetibabro,saya nak mintak maaf sesangat dengan bro. Apsal? Aku tanya. Kelopak matanya bekaca digenangi air.
Sebenarnya saya bohong. Keta saya tak rosak pun bro. Keta saya tu memang habis minyak. Aku tak dapat cakap apa dahSaya memang tade duit nak isi minyak. Saya ingat minyak keta sampai la ke gumah,tapii Aku masih diamduit bro ni kang pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro Aku bagitau dia,pasal duit tu. Takpeaku halalkan.
Dia sambung lagi. Percaya tak kalu saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah brodekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang benti. Tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diowang cuma tanya,tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. AlhamdulillahAllah hantar bro untuk saya.
Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aihh Dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong leTapi dia tetap begiye ucap tima kasih kat aku. Lantak le hei
Lepas tu dia pandang anaknya.
Abang,maafkan babah ye. Babah belom dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi? Anaknya angguk kepala.
Lagi satu,abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal keta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu taknak anak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang gase malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu,malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentase beusaha untuk senangkan ibu ngan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye. Katanya lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beganak tu bepelukan sambil menangis. Aku klua ketaSumpahDemi Allah,aku pun nanges sama
Sambil lap lap air mata,aku masuk keta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup,aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku. Jangan bro,saya dah banyak menyusahkan. Maafkan sayasaya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi saya ni. Dia mintak nombo tipun aku.Ndak tak ndak aku bagi
Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku pelukaku pesan sikit kat dia. Nak,belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadatBesok kalu dah bejaya, jaga babah ngan ibu macam babah jaga nenek sekang. Doa bebanyak supaya babah tu sentase sehat dan tabah. Sambil aku selitkan duit yang babahnya tanak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.
Allahu Akbarsepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku
Ya Allah. Dalam aku sentase mengeluh dan mengenang kesusahan,Kau sedarkan aku yang selama ni sentase lupa bahawa ada owang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.
Bukan niat aku untuk betakbur riak,sekadar buat renungan dan peringatan betapa besyukurnya hidup kita.
#PeringatanDiaUntukAkuYangKaliKeberapaNtah
Sumber: bro1despatch
Sumber: bro1despatch
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment