Pemain Melaka United Kini Kritikal Selepas Dipanah Petir Siang Tadi

Melaka: Pemain naturalisasi yang juga penjaga gol simpanan Melaka United Marco Stefan Petrovski, 18, tidak sedarkan diri selepas dipanah petir ketika menjalani latihan skuad Piala Presiden di Padang Sepuluh, Krubong, di sini, 5 petang tadi.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika 28 pemain menjalani latihan di padang terbabit bermula 4 petang.
Pengurus skuad Piala Presiden Melaka Khairi Anuar Ahmad berkata, seorang lagi pemain pertahanan Melaka United yang berada dalam skuad Piala Presiden Muhammad Afiq Azuan, 21, turut terkena panahan petir itu.
"Buat masa ini, Marco belum sedarkan diri dan dipantau di unit rawatan rapi (ICU).
“Muhammad Afiq dalam keadaan sedar dan dipantau di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka," katanya ketika ditemui.
Beliau berkata, jurulatih G Torairaju dan fisioterapi Ahmad Faisal Miswan turut merasai kesan panahan petir itu, namun tidak cedera.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 8:39 PM
Pengurusan pasukan Melaka United menunggu di luar Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka. FOTO Zuhairi Zuber
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128122#sthash.8WTVzJKI.dpuf

No comments:

Post a Comment