Masih Ingat Dengan Malique Tho Phat? Inilah Wajah Terkini Di Tahun 2017 Yang Membuat Ramai Terlopong

4
COM


Album Baru Malique Pula Dituduh Agungkan Illuminati
Selepas album terbaru bekas anggota Too Phat, Malique berjudul Malique TKO: Pejamkan Mata dilaporkan laris, timbul pula isu apabila keyboard warrior menuduh penyanyi tersebut mengagungkan illuminati.

Semuanya gara-gara foto wajah manusia bermata satu yang digunakan untuk album ketiga yang dilancarkan pada 23 Disember lalu itu.

Agak menyedihkan apabila keyboard warrior turut menuduh Malique sengaja mengagungkan illuminati serta dajjal menerusi poster album tersebut.

Malah, ada juga menyatakan rasa kecewa dan terkilan kerana tidak bersetuju dengan konsep album baru itu, apatah lagi mereka telah menunggu produk terbaru daripada Malique sejak sekian lama.

Bagaimanapun, berlaku perbalahan di ruangan komen laman sosial Facebook Harian Metro apabila ramai juga yang tidak bersetuju dengan tuduhan dilemparkan kepada Malique.

Menurut mereka, keyboard warrior sepatutnya berfikiran lebih terbuka dan tidak wajar mengaitkan illuminati dan dajjal dengan album terbaru penyanyi rap terkenal itu.

Ini kerana kata mereka, tuduhan yang dilemparkan tidak masuk akal kerana jika diteliti semula banyak maksud tersirat lain yang boleh dikaitkan dengan foto tersebut.


Sebelum ini, kulit album terbaru penyanyi Faizal Tahir, Anatomi turut terpalit kontroversi sama .

Malique TKO : Pejamkan Mata terjual lebih 2,000 unit dalam tempoh kurang tiga minggu dilancarkan di laman web rasmi Qarma Music.

Poster album itu turut menjadi tular di laman sosial sebaik sahaja ia dilancarkan.

Album yang mengandungi 11 lagu ini hanya dijual secara online sehingga Mac 2016, dengan harga RM32.

11 buah lagu yang terdapat dalam album kompilasi ini ialah:

1. Warkah Dari Perbatasan (Intro)
2. Salut featuring Ariz
3. Perang Dah Tamat featuring Rabbani
4. 2010 Masih Hip Hop featuring Joe Flizzow
5. Muzik Buatku High
6. Senyum featuring Najwa
7. Cuba Lagi featuring Lah Ahmad
8. Bukan Mudah with Nukilan
9. Aku Maafkan Kamu featuring Jamal Abdillah
10. Teman Pengganti with Black
11. Pejamkan Mata featuring Dayang Nurfaizah


Cerita Sebenar Malique, Sahabat Baik Kepada Joe Flizzow. Patutlah Dah Lama Diam. Betul ke ni punca sebenar dia ? Macam tak percaya je.

1
COM
Cerita Sebenar Malique, Sahabat Baik Kepada Joe Flizzow. Patutlah Dah Lama Diam. Betul ke ni punca sebenar  dia ? Macam tak percaya je.





Sekarang ini di Twitter & Blackberry Messenger (BBM) sedang kecoh dengan khabar angin pemergian Malique Too Phat.

Tiada pihak yang berjaya mengesahkan khabar angin tersebut ketika ini dan ada kebarangkalian ini hanya rekaan peminat yang ingin Malique Too Phat untuk muncul.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan penulis dan juga penyanyi Teman Pengganti ini menghidap kanser otak yang serius dan tiada sebarang respons daripada pihak beliau.

UPDATE-1: Zuan Azmi daripada program Melodi mengesahkan yang berita kematian Malique Too Phat adalah palsu.

UPDATE-2: Malique khabarnya mengeluarkan satu kenyataan di laman Youtube video muzik Teman Pengganti & menegaskan yang lagu tersebut hanyalah hiburan semata mata — dan beliau tiada kanser otak seperti yang di’dakwa sesetengah pihak.

25 september 2012 – thank you for your prayers but there is a slight problem. nobody is sick, nobody is dead. no cancer, no coffin. this is a fictional song written for black and monkey bone records. everyone involved in the production of this song is pretty much healthy and living happily. stop being over emotional and stop the negative rumors, this is just a song. just enjoy it. cheers, qarma musiq.


Respon TMJ Setelah Pengadil Tidak Menghadiahkan Sepakan Penalti Kepada JDT

2
COM


Ini yang dikatakan bukan penalti? Selepas insiden ini, masih ada lagi ke orang mengatakan saya mengawal pengadil dan mengatakan pengadil berada didalam poket saya?
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
---
This is not a penalty? After this incident, are there still people saying I control the referees and also have the referees in my pocket?
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Pukul 12 Malam Tgh Layan Movie Tiba2 Dgr Housemate Masak. Bila Ke Dapur Alangkah Terkejutnya

0
COM
Pukul 12 Malam Tgh Layan Movie Tiba2 Dgr Housemate Masak. Bila Ke Dapur Alangkah Terkejutnya | Kat GH ada byk quaters. Ada quaters perempuan sahaja, lelaki sahaja dan campur. Yg campur quaters lelaki dan married. Even staff tu married, dorg x boleh bwk anak tinggal sama. Sekali sekala je itupun time cuti sekolah.

Sekadar Gambar Hiasan.
Quaters aku namanya RSC5. Tingkat 16. Ada dua wings. Satu bilik share 3 org dan toilet share ngan bilik sbelah. Pantry ada dua. Di hujung kiri kanan wings. Bilik aku ni yg plg ujung skali sbelah pantry. Aku dok 2 org je dan toilet x share ngan jiran sbelah. Sbb sbelah lagi yg sepatutnya bilik dah dijadikan pantry.
Aku bekerja sebagai secretary. Sama jugak ngan housemate aku. So kitaorg berdua kerja 9am 5pm including weekends. Mostly kat floor aku tu rata2 kerja shift.
Since bilik aku yg ujung, mmg la sepi. Beberapa kali aku ngan housemate aku dgr ada org masak kat pantry dlm 2am ke 3am. Mula2 kami igt bdk2 yg shift mlm kot blk lapar dan masak. Lama2 makin kerap. Kami ni mmg x jejak pantry tu sbb dua2 pun bukan kaki masak.
Satu malam tu tgh kami layan dvd dgr lagi bunyi org masak. Peliknya, kami x dgr plak bunyi tapak kaki berjalan. Btw, tv kami letak dekat ngan pintu. Suara org pun tak de. Dgr la bunyi senduk berlaga.
Tak lama tu kwn aku bukak mulut. Sbb dia musykil. Dia ajak la aku berborak. Tgh2 borak, bunyi senduk tu senyap. Kami pun pasang telinga. Nak dgr at least suara org or tapak kaki ke. Haram. Senyap mcm tu je. Masing2 dah diam. Sambung tgk dvd blk. Dlm 10mins, bunyi blk. Aku apa lagi, bg signal kat kwn aku ajak tidur. Mlm tu sepanjang mlm bunyi senduk. Mcm masak yg tak henti2.
Esoknya masa nak pegi keje, kwn aku ajak aku tgk pantry. Itu first time kami jejak pantry tu selama dok kat bilik tu. Clean and clear. Dapur gas tak de. Apatah kuali atau senduk. Sinki pun kering je mcm lama x digunakan.
Tengah hari tu, singgah welfare. Cari bilik kosong. Apply nak pindah bilik. Bila warden tanya kenapa, kami pun explain la. Penyudahnya dua2 kena marah dan x dpt tukar bilik. Aku dok la bilik tu sampai la aku berhenti.
/>Sumber: jommelancong

Komen Mengejutkan Jurulatih JDT Benjamin Mora Setelah Skuadnya Tersungkur Di Suku Akhir Piala FA 2017

0
COM


Sepatutnya JDT dianugerahkan 2 penalti, apa yg saya nampak pengadil merompak kejayaan kami. - Benjamin Mora


SAYA BERTANGGUNGJAWAB DAN PARA PEMAIN TELAH BERUSAHA 100% PADA PERLAWANAN INI
Kita semua maklum bahawa sepatutnya terdapat tiga jaringan gol dan perlawanan ini mungkin berakhir dengan keputusan 3-0 dan amat jelas ia sepatutnya beroleh penalti namun tidak diberikan oleh pengadil. Pada saya ia adalah satu keputusan yang teruk dan ia mempengaruhi permainan. Ia disebabkan oleh dua sebab, pertama kerana kami tewas 1-3 sewaktu bermain di Pahang, di mana kami tidak bermain dengan baik dan jelas kami bermula semula dengan dua gol serta masih mencari gol namun setelah tidak mendapat penalti, ia telah mengganggu permainan. Walaubagaimanapun, saya mengambil tanggungjawab ini dan saya rasa pemain telah memberikan 100% komitmen tetapi ia kesilapan kami kerana sewaktu bermain di tempat lawan, kami tidak menggunakan sepenuh kesempatan pada masa itu. Dan kesudahannya, ia adalah salah kami.
Benjamin Mora, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim
-----
I TAKE THIS RESPONSIBILITY AND ALL PLAYERS GAVE 100% FOR THIS GAME
The game we all know should be 3 goals. If the game would have been 3-0 it's game over and it was a clear penalty that the referee didn't give. To me it was a poor decision and it cost a game. It cost a game because of two facts, one because we lost when we played in Pahang 1-3, we didn't start well and obviously also starting with two goals and we're still looking for goals but after not getting a penalty but it supposed to give a penalty cost a game. Whatever it is, I'm responsible and i think the players gave 100% but it's our fault because when we went for the away game we didn't take full advantage for that. And at the end of the day its our fault.
Benjamin Mora, Johor Darul Ta'zim FC Head Coach

CUMA KERJA 5 HARI KERJA, PEKERJA INI DIBAYAR RM 83K- RM 333K..GAJI TERTINGGI DI DUNIA DGN PEKERJA TERENDAH DI BUMI

0
COM
Ada yg menganggur ? Nak kerja 2-3 hari tapi gaji nak mcm PILOT ? Eh adaaaa…sapa ckp tak adaa…cuma nak pesan siap-siap, utk perkerjaan gaji paling masyuk di DUNIA nie, korang WAJIB bergambar kenangan sebelum gerak…bukan apa, takut pemergian kali pertama jadi pemergian kali terkahir utk hidup…selamat BEKERJA dan selamat MENINGGAL DUNIA…
Ketam merupakan salah satu jenis seafood yang popular, apalagi ketam besar Alaska ini, seekor je boleh dijual dengan harga hampir RM 666.00
Tapi memang ada alasannya kenapa disebalik harganya yang begitu mahal, kerana setiap ekor ketam Alaska yang ditangkap adalah sangat sukar dan berbahaya. Disebabkan penangkapannya yang sangat sukar dan berbahaya, maka untuk membayar orang yang sanggup menangkapnya juga sangatlah tinggi!
Pekerjaan ini merupakan salah satu pekerjaan paling berbahaya di dunia, kemungkinan untuk tercedera adalah 50 kali lebih besar daripada pekerjaan lainnya. Walaupun setiap tahunnya cuma ada 2 bulan untuk menangkap ketam ini, tapi setiap pekerja yang bekerja 5 hari saja sudah boleh mendapatkan RM 83k sampai RM 333k. Walaupun pekerjaan ini memberikan pulangan  gaji sedemikian tinggi, orang yang rela melakukannya sangatlah sedikit.
Untuk menangkap ketam ini sangatlah berbahaya, di tengah laut mereka harus selalu memperhatikan apa yang terjadi di sekitar mereka, apalagi waktu menangkap ketam, mereka sangat mudah terkena serangan dari sepit ketam yang boleh menyebabkan mereka tercedera.
Apalagi, suhu di atas laut itu dibawah 0 darjah celsius, sedangkan semua pekerja harus bekerja di keadaan yang seperti itu sepanjang 20 jam setiap harinya. Pekerjaan yang begitu sukar dan berbahaya, setiap pekerja biasanya selalu pulang dengan banyak luka di seluruh tubuhnya, tetapi berbaloilah dengan gaji tinggi yang mereka perolehi.

Sebelum mereka turun kelaut, mereka akan makan bersama di sebuah restoran untuk berhibur, sama seperti menyambut hari perpisahan, kerana kepergian mereka kali ini tidak tahu apakah mereka akan pulang dengan selamat atau tidak. Seorang wartawan yang pergi menemuramah mereka mengungkapkan, ini sama seperti mimpi buruk dan kamu mungkin tidak ingin melihat ketam lagi. Bahkan dia mengatakan, semua pekerja ini menggadaikan nyawanya untuk bekerja, semoga  mereka akan pulang dengan selamat !
Korang ada berani ke nak buat kerja macamni? Silakan share …

Sumber : brodespatch

Tak Masuk Akal! Inilah Gaji Yang Diminta Mario Gomez Untuk Mengendali Skuad Harimau Malaya

0
COM


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membayangkan tidak akan menggunakan khidmat bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez, untuk membimbing skuad kebangsaan.

Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata FAM akan mencari individu lain yang benar-benar berminat selepas Gomez meminta gaji lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan badan induk itu. 

"Saya dimaklumkan bahawa Mario Gomez menafikan bahawa beliau meminta gaji yang tinggi. Kami menawarkan USD25,000 (RM110,900) kepada beliau tetapi beliau meminta USD40,000 (RM177,500)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FAM, hari ini.

"Adakah itu bukan beliau meminta lebih daripada apa yang kami tawarkan? Tidak mengapalah. Kami akan cari individu lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih Malaysia."

Tambahnya lagi, beliau sudah menetapkan satu polisi di mana setiap jurulatih luar negara perlu dibantu oleh jurulatih anak tempatan. 

"Bukankah Tan Cheng Hoe sekarang adalah jurulatih anak tempatan yang bagus? Saya sedang melakukan kerjasama yang terbaik untuk skuad kebangsaan tetapi penyokong semua bising kata 'jangan ambil dialah', 'pilih orang lainlah'. 

"Kami telah memulakan projek ini dan meminta beberapa nama untuk dipilih, dan nama Cheng Hoe tersenarai dan dilihat sebagai jurulatih yang terbaik buat masa sekarang. 

"Bukankah untuk memilih yang terbaik bagi membimbing pasukan kebangsaan adalah keutamaan kita? Betulkah anda semua sayangkan pasukan kebangsaan? Dan betulkah anda semua inginkan perubahan? Apa yang anda semua nak sebenarnya?"

Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata pada masa ini penyokong dan pihak media telah diberikan keistimewaan untuk bertanya dan meminta sendiri kepada presiden mengenai apa sahaja yang ingin diketahui dan pada bila-bila masa sahaja. 

"Malah, tahap ketelusan dan maklumat yang telah saya kongsikan dalam masa 11 hari saya menjadi presiden adalah lebih banyak daripada apa yang anda dapat sejak 30 tahun dan anda semua masih lagi 'complain'. Inilah dia pemikiran bola sepak Malaysia," katanya lagi.

Sumber : http://www.stadiumastro.com