Patutla! Ramon Marcote Beri 6 Faktor Kedah Lemas Dalam Separuh Masa Kedua Final Piala FA 2017

0
COM

 

Ramon Marcote melalui laman sosial Instagram, memberikan pandangan beliau mengenai permainan pasukan Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA 2017 semalam.
Walaupun Kedah berjaya muncul juara Marcote mahukan barisan kejurulatihan Kedah membuat analisis perlawanan semalam, kerana terdapat banyak kelemahan dikesan walaupun bermain dengan 11 orang berbanding pasukan Pahang.
1) Kedah hilang ‘possesion’ dan juga tidak dapat mengawal permainan berbanding dalam separuh masa pertama.
2) Beraksi dengan 11 pemain berbanding Pahang dalam 60 minit, Kedah gagal menggunakan kelebihan ini untuk menjarakkan kedudukan lebih selesa.
3) Gagal untuk menjadikan permainan dengan lebih wide, untuk mengambil peluang dengan kelebihan seorang pemain, serta tidak mencipta situasi yang memenatkan pemain Pahang. Sebaliknya pemain Kedah kelihatan lebih penat sebenarnya.
4) Hantaran bola pemain-pemain Kedah perlahan, ia sepatutnya lebih laju dan pantas.
5) Terdapat banyak ruang dan gap diantara pemain-pemain Kedah yang membenarkan pemain-pemain Pahang membuat mengambil kesempatan untuk mencipta peluang menjaringkan gol.
6) Pada separuh masa kedua, pasukan Kedah kurang intensiti permainan berbanding pasukan Pahang.
Bagaimanapun, menurut Ramon Marcote, beliau mengucapkan tahniah kepada Kedah kerana berjaya menjuarai Piala FA 2017 seterusnya memiliki slot Piala AFC 2018.

Masih Ingat Dengan Maisara Pelakon Diari Ramadan Rafique? Inilah Wajah Terkini (2017) Beliau Yang Sangat Cantik Mengalahkan Neelofa

0
COM


Maisara kini sudah berusia 18 tahun


Rasa PELIK Seorang Wanita Sedang Mendukung Anak Dan Suami Menolak Motor Jam 4 PAGI Rupa-Rupanya Ini Yang BERLAKU !!!

0
COM
Rasa PELIK Seorang Wanita Sedang Mendukung Anak Dan Suami Menolak Motor Jam 4 PAGI Rupa-Rupanya Ini Yang BERLAKU !!!| Pernah sekali saya pulang lewat malam, jam 4 pagi. Di tepi jalan, ada seorang wanita berjalan sambil mendukung anaknya dan suaminya berada tidak jauh di depan menolak motosikal.
'Kami Seganlah Encik, Itu Kereta BMW, Kereta Mewah'
“Ini mesti kes kehabisan minyak,”.
Kebetulan tidak beberapa jauh di depan ada stesen Shell, lalu saya berpatah balik dan menegur wanita itu.
“Kak, balik mana? Nak tumpang ke?”
“Tak apalah, abang ada di depan tu,” jawabnya yang kelihatan penat mendukung anak yang sedang tidur lena.
Terus saya memecut ke depan sambil melihat suaminya, lalu saya menegur suaminya.
“Ini apa kes bang? Habis minyak? Ada Shell di depan tu. Kasihan tengok akak. Apa kata saya tumpangkan akak sampai di Shell supaya mereka boleh tunggu di sana sambil itu saya belikan minyak untuk abang. Abang tunggu sajalah di sini, penat jalan kan?” saya cadang pada dia.
“Minyak ada sikit lagi, cukup untuk perjalanan balik. Tapi tayar pancit,” katanya.
Sekali tengok kat tayar, “Alamak!? Tengah malam buta begini, mana ada workshop buka bang,”
“Tak apalah, pelahan-lahan kami jalan sampailah di rumah nanti,” katanya menolak pelawaan aku sekali lagi.
“Beginilah bang, abang tolak motor ini sampai di Shell. Saya dengan kakak sama anak abang tunggu di sana. Nanti saya sembang dengan tauke Shell itu, motosikal abang simpan di sana. Esok pagi abang datang ambil semula motosikal dengan bawa pomen sekali. Sekarang, saya hantar abang dan akak pulang dulu. Malam-malam begini, itulah cara yang terbaik bang,” kata saya yang cuba menyakinkan dia.
“Tetapi, kami seganlah encik. Itu kereta BMW, kereta mewah. Kami orang susah, kutip kotak cardboard saja,” katanya.
“Apalah abang ni, time ni tak kiralah semua itu, yang penting akak sama anak dah penat, kita settlekan dulu ye,” balas saya.
Sekali saya hantar mereka pulang, punyalah jauh abang ni dari Persiaran Raja Muda Musa sampai ke Pulau Indah. Kalau jalan kaki, memang sampai matahari terbit barulah tiba di rumah. Jadi, nak cerita bab KFC lah, kami lalu KFC Port Klang, anak dia tiba-tiba teriak.
“Abah! Adik nak KFC!”
Lantas si ibu lekas-lekas menutup mulut anaknya.
“Abang dah makan ke belum?”
“Tak apa encik, kami tak lapar,” jawabnya dalam nada segan.
Hati jadi sebak, saya terus buang U-Turn dan berhenti di KFC. Bawa si kecil masuk dan memesan makanan. Manakala ibu bapanya tunggu di dalam kereta.
“Adik nak makan apa?”
“Abang kita suka ayam,” katanya
Aduhai, rupa-rupanya ada abang seorang lagi di rumah pun belum makan. Jadi saya pesan satu tong besar ayam goreng, kentang, roti dan Pepsi sebotol besar. Bila masuk balik kereta, ibu bapanya terharu sungguh melihat tangan kami penuh dengan plastik KFC.
Sampai di rumah, saya hulurkan wang RM300 pada lelaki itu, buat ganti tayar dan isi minyak motosikal. Selebihnya buat duit dapur bagi isterinya.
Saya juga memberikan alamat kedai saya agar dia boleh datang ke sana untuk mengambil kotak cardboard yang bertimbun-timbun tingginya hingga ke siling. Kalau dijual di kedai, boleh dapat RM1,500. Wang itu saya bagi saya taklah seberapa tetapi pada mereka, ianya besar dan memang rezeki mereka. Saya beritahu mereka, saya halalkan saja.
Sesungguhnya kami orang Cina Malaysia tidak benci pada orang Melayu. Saya sayang pada orang Melayu, rindu dengan kawan-kawan Melayu. Tetapi kita semua dipolitikkan untuk membenci antara satu sama lain demi kepentingan politik mereka.
Yang paling saya benci, kaki rasis yang suka menghasut orang. Kami Cina bukan benci Islam, Islam itu indah kata Cikgu Nik Aziz, cuma secara kebetulan kerajaan kita itu Melayu dan kami hanyalah menentang korupsi, penyelewengan, penindasan dan penipuan. Kalau kerajaan kita itu Cina, kami tetap lawan menentang! Cina haprak kami bantai, MCA Gerakan pun kami hentam ye tak? Jadi, mana ada cerita Cina lawan Melayu? Itu semua poyo.
Ini pesan bagi orang yang benci Cina, korang belum lagi kenal saya, belum jodoh kita bertemu. Jauh perjalanan, luas pengalaman, jangan dek ego kaum, musnah harapan bangsa Malaysia.


Salam dari Australia. – Wayne Phang.

Punca Sebenar Pemain Import Selangor Forkey Doe Ditahan Polis

0
COM


PEMAIN IMPORT DITAHAN MEMILIKI BMW KLON
Pemain import pasukan Liga Super ditahan awal pagi tadi kerana memiliki BMW klon.
"BMW 325i yang dipandu didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu. Semakan nombor casis didapati tiada rekod dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.
*Mungkin Forkey Doe ditipu oleh penjual kereta tersebut

4 Sebab Kenapa JDT Main Di AFC Nampak Power Berbanding Di Liga Malaysia

0
COM


1. Semua kelab yang masuk AFC merupakan kelab terbaik negara masing-masing. Jarang ketika bermain di AFC mereka bermain tektikal parking bus, tetapi lebih kepada open game. Kekuatan JDT lebih menyerlah jika lawan mereka main open game.

2. Sebab utama ialah kebanyakan kelab bola Malaysia bila lawan JDT kalau akan bagi tenaga 200%. Sbb itu, JDT 

terpaksa bermati-matian melawan. Dari situ skill di LM membantu JDT main dengan baik di peringkat antarabangsa.

3. Pengalaman berterusan bermain di AFC juga mampu meningkatkan lagi kemahiran para pemain JDT. Saya lihat JDT semakin hari semakin mudah mengatasi kelab luar kerana peningkatan skill ini.


4. Pemain muda banyak diberikan pendedahan di AFC berbanding di Liga Malaysia. Pemain muda lebih lincah serta pantas dan membantu meningkatkan permainan di AFC dan liga Malaysia.


Kredit : Eddy Nur Kasih 

Lelaki Ini Berhajat Nak Belanja Pakcik Ni Di Sebuah Restoran. Apa Yg Pengurus Restoran Lakukan Buat Dia TERKEJUT !!!

0
COM

 

Lelaki Ini Berhajat Nak Belanja Pakcik Ni Di Sebuah Restoran. Apa Yg Pengurus Restoran Lakukan Buat Dia TERKEJUT !!! | Ramai yang menganggap perlakuan murni sangat jarang dilihat hari ini, tetapi kisah pemuda ini memancarkan sinar harapan
Jayaselvaganapathy a/l Manimekala baru-baru ini berkongsi sebuah kisah tentang bagaimana pertemuannya dengan seorang lelaki warga emas awal tahun ini telah mengubah persepsi negatifnya terhadap masyarakat.
Kisah ini menceritakan tentang bagaimana orang yang tidak dikenali sanggup menghulurkan bantuan memberi makanan kepada insan yang sedang lapar.
”21 Januari 2017 merupakan hari yang tidak dapat saya lupakan kerana buat kali pertamanya tanggapan negatif saya terhadap masyarakat berubah.
“Saya tidak menceritakan kisah ini untuk mengejar populariti tetapi saya mahu anda semua merasai apa yang saya rasai. Membantu orang lain, terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan, ialah satu amal yang wajar dilakukan kerana kepuasannya sangat berharga dan tidak dapat digambarkan,” jelas Jaya dalam satu temu ramah eksklusif dengan SAYS.
Kisah ini bermula apabila Jaya menyapa seorang lelaki warga emas di sebuah pusat beli-belah di Skudai, Johor, beberapa minggu yang lalu
“Pak cik ini agak dikenali ramai kerana dia sangat peramah dan baik terhadap orang lain. Kebiasaannya, adik saya akan melawatnya jika ada kelapangan waktu. Saya juga melihat insan berhati mulia yang lain turut melawatnya,” kata Jaya.
Tambahnya, adiknya sering berbual dengan lelaki warga emas tersebut dan membelikannya makanan tengah hari atau sarapan pagi bila mereka bertemu. Jaya berkata dia akan melakukan perkara yang sama sekiranya adiknya sibuk atau tiada di sini.
Pada tarikh 21 Januari tersebut, Jaya bertembung dengan lelaki warga emas itu lagi.
“Pada pagi hari tersebut, saya berkunjung ke AEON lebih kurang pada pukul 10.30 pagi. Saya nampak pak cik itu duduk di hadapan restoran McDonald’s. Kemudian saya menghampirinya dan bertanya, ‘Hai Pak Cik! Nak makan apa hari ni?’ Dia minta burger Filet-o-Fish dari McDonald’s,” jelas pelajar universiti berusia 21 tahun itu.
Tanpa berfikir panjang, Jaya maju ke kaunter untuk memesan makanan. Namun, dia terlupa bertanyakan air minuman apa yang diingini Pak Cik tadi
Jadi Jaya berpatah balik mencari pak cik itu yang telah berpindah ke ruang makan restoran dan bertanyakan air minuman yang diingininya. “Secawan Milo panas,” jawab pak cik tersebut.
Jaya kembali ke kaunter untuk membuat pesanan.
“Pada waktu ini, juruwang menyedari apa yang sedang berlaku dan berhenti mengambil pesanan. Dia kemudiannya bertanya kepada saya, ‘Ada apa-apa lagi untuk diri encik sendiri?’ ‘Tidak ada, terima kasih,’ saya menjawab,” tambah Jaya.
Tidak lama selepas itu juruwang itu masuk ke ruang dapur tetapi apabila dia kembali ke kaunter, dia tidak berkeseorangan – dia ditemani pengurusnya.
“Pengurus itu keluar dan terlihat Pak Cik itu dan dia menganggukkan kepalanya sambil melihat ke arah juruwang tersebut. Ketika itu saya masih tidak faham apa yang sedang berlaku,” kata Jaya.
“Apabila hidangan telah tersedia, juruwang itu terus menghantarkannya kepada pak cik itu. Saya berasa bingung, tetapi saya masih bertanyakan kepada juruwang itu berapa harganya,” tambah Jaya.
“Kemudian ianya berlaku, saat yang paling tidak dapat saya lupakan dalam hidup saya.”
“Juruwang itu memberitahu saya, ‘Kami tidak mengenakan bayaran terhadap sifat perikemanusiaan, encik.’”
Jaya terkelu seketika. Dia terkejut dengan kemurahan hati pengurus dan juruwang tersebut. “Saya terdiam seketika sebelum mengucapkan terima kasih banyak-banyak,” katanya.
“Alangkah baiknya untuk mengetahui di zaman ini di mana setiap insan sibuk mengejar cita-cita materialistik, sifat perikemanusiaan masih wujud melalui golongan yang berhati mulia di luar sana,” kata Jaya.
Insiden tersebut meninggalkan kesan yang mendalam buat Jaya, ia memberikan insipirasi kepadanya untuk terus membantu insan yang memerlukan selagi dia terdaya.
Sewaktu dia sedang membesar, anak kelahiran Johor Bahru ini menyaksikan sendiri bagaimana ibunya bertungkus lumus seorang diri tanpa dibantu orang lain membesarkan anak-anaknya.
Jaya dan empat orang adik beradiknya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, Manimekalai, yang bekerja keras mencari nafkhah setelah ditinggalkan suaminya ketika Jaya hanya berusia 3 tahun.
“Dia berusaha keras bekerja siang dan malam demi kebahagiaan kami. Dia tidak pernah berputus asa, walaupun tiada orang yang tampil membantunya.
“Nilai murni yang ada pada saya hari ini adalah daripada ibu saya kerana dia besarkan kami untuk berbuat baik kepada semua orang. Dia mengetahui betapa peritnya berjuang seorang diri setelah ditinggalkan insan yang dicintai begitu sahaja,” kata Jaya.
Ibunya mengajarnya untuk hidup berdikari dan kini, Jaya ingin mengikut jejak langkah adiknya untuk membantu insan lain yang memerlukan.
“Saya akan terus melakukannya demi adik saya. Dia memberikan inspirasi saya untuk melakukan amal kebajikan.
“Saya pernah terbaca banyak rencana dan berita tentang kegiatan amal yang dilakukan McDonald’s di luar negara, tetapi inilah kali pertama saya melihatnya sendiri. Terima kasih sekali lagi McDonald’s dan pengurus dan juruwang yang baik hati,” tambah Jaya.
Sumber: Says.com & Era Baru

Aku Tinggal Di Perlis.Peristiwa Ini Terjadi 5 Tahun Yg Lepas.Tapi Yg Memeranjatkan Satu Lg Peristiwa Mlm Itu Menjadi Pelik GILA !!!

0
COM

 

Aku Tinggal Di Perlis.Peristiwa Ini Terjadi 5 Tahun Yg Lepas.Tapi Yg Memeranjatkan Satu Lg Peristiwa Mlm Itu Menjadi Pelik GILA !!! | Assalamualaikum. Hai. Nama aku Mia. Umur aku sekarang dah 21 (2016). Cerita yang aku nak kongsi dengan hampa semua ni cerita masa aku sekolah menengah. Masa aku form 4 dulu.
Kisah ni jadi dekat rumah aku sendiri. Dekat sebuah taman perumahan di kawasan Beseri, Perlis. Okay. Aku mula.
Rumah aku ada tiga bilik. Rumah asal dua bilik ja, tapi mak ayah aku besaqkan rumah ni tambah lagi satu bilik. Satu bilik dekat ruang tamu (master bedroom) – ni bilik mak aku. Bilik kedua dengan ketiga sebelah2 ja. Aku duduk bilik ketiga. Belakang sekali. Dekat dengan dapoq. Ada tingkap menghala belah dapoq. Aku tidoq dalam kelambu sebab nyamuk banyak.
Satu malam tu, macam biasa, aku tidoq lambat. Aku jenis tak leh tidoq awal. Tak tau pasai apa. Dalam pukul 1, Aku dengaq ada benda dok bergolek atas bumbung. Banyak kali. Berulang ulang. Kejap ke atas kejap ke bawah. Aku tak layan. Buat tak tau saja. Malas layan. Lepas lima minit macam tu, tiba2 benda tu diam. Sebelum tidoq, aku baca dulu doa apa patut. Pastu terlelap. Sebelum terlelap tu ada jugak dok dengaq benda golek2 tu. Tapi aku pejam jugak mata aku. Tak mau layan. Pastu terus terlena.
Esok tu aku diam. Tak cerita dekat siapa pun. Dekat mak pun tak. Aku pi sekolah macam biasa. Balik rumah, aku terlena. Letih kan. Sekolah pulak jauh. Dekat Kangaq sana. Pi balik naik bas. Tunggu bas berjam jam. Letih sungguh. Malam tu aku tidoq lewat lagi. Ya lah, siang tadi dah puas lena. Aku doa siap2 takut ada bergolek lagi malam ni. Dah siap2 nak lena, tiba2 aku dengar tapak kaki berjalan dalam rumah.
Tap tap tap. Aku diam. Em ayah kot. Dengaq tiga tapak ja, pastu krik2. Berulang ulang. Tiga tapak, kemudian diam. Aduh. Lepas beberapa kali aku dengaq tapak kaki berjalan tu, aku perasan ada orang depan pintu bilik. Aku tidoq tak tutup pintu. Bagi angin masuk. Pelan2 aku celik mata luas2 nak tengok apa benda dok berdiri depan pintu tu.
Terkejut aku. Ya Allah. Baju putih koyak2, rambut panjang sampai ke pinggang, rambut tutup muka. Aku tak nampak muka dia. Aku diam lagi. Lepastu dia hilang. Ah aku tak mau layan. Aku pejam mata jugak sampai terlena.
Esoknya aku cerita dekat mak aku. Mak aku percaya. Ayah aku pulak diam ja. Dia minum kopi relaks ja. Aku tau, ayah tau benda tu ada. Tapi dia tak mau kami semua takut. So, dia tak buka mulut.
Malam ketiga, aku tidoq awal. Atas katil aku ada teddy bear. Ex bagi. Hahaha. Aku tak peluk, aku tak sentuh. Aku biaq ja dia duduk hujung katil. Malam tu aku mimpi. Teddy bear aku jadi besaq sebesaq rumah aku. Em macam pelik kan. Nama pun mimpi. Aku tengok dia membesaq. Mak ai! Dalam mimpi tu aku jerit panggil adik aku. “Angahh!!”
Tetiba aku terbangun. Ingatkan dah siang, rupanya baru pukul 3 pagi. Then aku dengaq ada budak menangis panggil mak. Sayup jaa. Mula2 kuat, pastu makin pelan. Mak mak mak. Tiga kali. Bunyi tu mai dari hujung katil. Aku pusing tengok hujung katil atas kepala aku. Teddy bear tu macam senyum tak senyum ja kat aku. Aku pegang benda tu, aku lempaq bawah katil. Then aku pejam mata. Tulah cara aku kalau tak mau layan benda macam tu. Hahaha.
Hah esok tu terus cerita kat mak aku. Rupa nya adik aku pun dapat mimpi yang sama. Sebijik macam aku. Cuma dia punya mimpi lagi tragis sebab teddy bear tu tulis something kat dinding pakai darah. Ergh. Mak aku terus buang teddy bear tu kat belakang rumah. Tempat yang tak sepatutnya di buang.
Malam ke empat. Aku dapat mimpi lagi. Kalini mimpi mayat kena potong. Dalam mimpi tu, aku jenguk bawah katil, aku nampak kepala manusia. Kaki dekat sebelah kepala, tangan dekat hujung katil. Ya Allah. Terkejut. Aku terbangun. Nasib baik dah pagi. Fuh. Tak berani lagi nak buka cerita kat mak aku. Aku bangun, terus pi mandi. Dok nampak2 ja mayat potong2 tu. Darah penuh lagi. Eee. Lepas mandi, aku masuk dalam bilik adik aku kat sebelah. Nak bersiap.
Dah siap, baru aku keluar bilik. Tiba2 mak aku tegoq aku. Aku bersiap kat bilik mana? Aku cakap kat bilik angah. Mak aku cakap, “tadi mak panggil awat tak menyahut”. Aik tak dengaq apa2 pun. Pastu mak cakap, “tadi mak nampak hang berjalan ulang alik keluaq masuk bilik hang. Dengan rambut tak ikat. Mak panggil tak pusing pun”. Ayok, aku mana lepas rambut. Selalu ikat ja lepas keringkan. Rambut aku panjang sampai pinggang. Em. Aku dah syak. Bukan aku tu. Benda tu lah tu. Aku tak cakap apa2 pun kat mak aku. Aku diam kan ja.
Petang aku sampai rumah, duduk tengok tv. Dekat maghrib baru nak pi mandi. Pemalas. Hahaha. Macam biasa, tukaq pakai tuala dengan kain batik. Time tu dah pukul 8. Dekat rumah aku ada dua tv. Satu kat ruang tamu depan, satu lagi dekat depan pintu bilik aku. Mak ayah aku layan berita tv1 dekat tv depan bilik aku. Aku nak pi mandi, terberhenti depan tv. Tetiba, ada benda dekat skrin tv.
Baju putih, rambut panjang tutup muka. Okay dia datang lagi. Aku tunjuk dekat mak ayah aku, kot2 depa nampak. Masa aku tunjuk tu, benda tu ada ja kat skrin. “mak tengok lani. Tak kan tak nampak kot” mak kata tak nampak. Tetiba benda tu hilang. Em k. Aku terus pi mandi. Tak cakap banyak. Tapi nak tergelak. Tak dak tempat lain ka hang nak pi. Tv jugak. Nak popular ka? Hahaha.
Hari berganti hari. Asyik benda yang sama kacau aku. Sampai aku dah lali. Sampaikan aku boleh borak suruh benda tu pi tempat lain. Jangan kacau aku. Bergolek atas bumbung tu pun dah jadi benda biasa. Hampir tiap2 hari. Haih. Makin lama, benda jadi makin teruk sebab bukan aku ja kena kacau, sekali dengan adik2 aku, mak aku sekali.
Ayah aku, aku tak tau sebab dia tak kan buka cerita. Benda yang sama ja kacau kami. Perempuan rambut panjang baju putih. Kadang2 aku tidoq dengan adik aku. Temankan dia. Kat sekolah, kawan2 aku ajaq aku macam mana nak pagaq bilik, pagaq katil. Aku cuma berani pagaq katil saja. Kalau bilik tu, kena ada bantuan. Tak boleh sorang.
Lepas sebulan dua macam tu, benda tu tak berhenti juga. Nak juga sesatkan kami. Nak juga kacau. Then, ayah aku panggil ustaz mai rumah. Mai tengok keadaan rumah. Maka bermula lah sesi buang benda tu.
Ustaz tu mai, dia suruh tutup tv. Bagi sunyi. Dia bentang tikaq, letak barang2 dia kat ruang tamu. Aku duduk tepi mak dengan adik2 aku. Ayah aku duduk depan ustaz. Ustaz mula baca apa patut. Ustaz cakap, “pernah nampak dak benda tu? Tau dak jenis apa?”. Aku pun bagitau lah. Rambut panjang, baju putih, tapi tak tayang muka. Malu kot. Ustaz sambung, “saya nampak ni jenis langsiaq (langsuir) ni”.
Terkejut kami semua. Selama ni langsuir yang dok kacau kami. Tiba2 pulak adik aku, angah, teriak. Dia habaq kat aku, “akak, dia dok teriak tepi telinga cik ni. Kuat pulak tu”. Ustaz tu senyum, “dia sedih la tu malam ni dia nak pi tempat lain dah”. Hish ustaz ni. Sempat lagi.
Then, ustaz suruh tutup semua lampu. Suruh kami tunggu kat luaq. Ayah tutup semua lampu. Aku nak ikut masuk dalam rumah, tapi ayah tak bagi. Ustaz siap suruh bawak kamera. Haha apada ustaz ni. Ustaz terus buat kerja dia. Baca apa patut, lepastu pagaq rumah guna beras, lada hitam and garam kalau tak silap aku. Kejap ja semua siap.
Lepas hari tu, semua reda. Tak ada apa dah. Alhamdulillah. Tapi, seminggu kemudian, aku dapat mimpi. Benda tu datang. Duduk belakang rumah aku. Panggil2 nama aku sambil dok lambai. Em sedih la tu kena pegi tempat lain. Alhamdulillah dah tak ada apa lepas tu.
Itulah pengalaman aku kena kacau dengan langsuir. Pengajaran nya, jangan pernah mengalah dengan benda tu dan jangan tunjuk berani sangat. Okay, byebyee!
Sumber : Mia