Tak Cukup Duit Nk Bayar Tol. Siapa Yg Allah Hantar Untuk Tolong Amat MENGEJUTKAN !!!

0
COM

 


Tak Cukup Duit Nk Bayar Tol. Siapa Yg Allah Hantar Untuk Tolong Amat MENGEJUTKAN !!! | Pagi itu saya memasuki tol Sungai Petani Selatan untuk cepat sampai ke hospital dekat tol Sungai Petani utara. Bila menghampiri tol Sungai Petani utara, saya menyeluk pok#et mencari duit RM1.60 bayaran tol. Baru sedar tak baw#a wallet. Menyelongkar dalam dashb#oard kereta jumpa, duit syiling RM1.40 sen. Tak cukup 20 sen lagi. Saya memberhenti kereta agak jauh dari tol. Kepala ligat memikir mana nak cari duit 20 sen lagi. Selak pelapik kaki, buka bonet bel#akang, namun duit 20 sen tak ditemui.

Sekadar Gambar Hiasan.
Nak telefon anak sur#uh hantar, tentu kena pusing jauh. Dalam hati mengingat Alah moga dipermudahk#an. Nak masuk tol dan minta belas ihsan juru tol, rasa malu.
Semasa berdiri luar ker#eta memikir jalan, seorang penunggang motosikal OKU memberhenti motosikal roda empatnya menegur saya, bertanya adakah kereta saya rosak. Saya cepat mengatakan tidak. Masa itu saya hilang rasa malu meminta kepadanya 20 sen untuk mencukup#kan bayaran untuk keluar tol. Dia gelak kecil dan mengeluarkan duit seringgit, dan me#nyuruh saya menerimanya. Dia berlalu dengan ucapan salam setelah saya menyatakan penghargaan kpdnya.
Mungkin kejadian ini Allah memperingatkan saya bahawa sekaya mana kita, sebanyak mana harta kita, setinggi mana kedudukan kita, sebaik mana kenderaan ki#ta, itu bukan bermakna kita sudah tidak perlu orang lain dalam hidup. Jang#anlah memandang rendah kpd mereka yg kurang berada, kerana suatu hari mungkin kita meme#rlukan mereka. Tuhan boleh takdirkan apa juga. Mungkin kerana kereta kita besar, hebat, kita memicit hon kpd kancil dan viva kerana lambat untuk memotong, picit hon kp#d kapcai yg masuk ke lorong kereta atau tak mau mengelak bila berselisih dg motor dlm kampung.
Mungkin juga Allah mahu membiarkan saya merasai untuk seketika betapa resahnya mereka yg ti#dak berada, tidak mampu..Sedangkan orang lain tidak kecukupan sepanjang hidup. Mungkin juga Allah mahu mengingatkan saya bahawa setiap siling adalah rezeki dari Allah, besar nilainya. Ada ketika siling yg jatuh dibiar tidak dikutip, tetapi bila terjadi peristiwa ini mengajar betapa setiap silin#g besar nilainya disisi tuhan. Siling 20 sen yg saya cari wak#tu itu utk mencukupka#n bayaran tol tidak ternilai harganya.
Bila kita ditimpa kesusahan, bila kita dlm keadaan meminta dan mengharap, kerapkali yg datang menolong adalah mereka yg kurang berada. Berapa banyak ker#eta yg berlalu begitu sahaja, tetapi OKU yg bermotor inilah yg sanggup berhenti bertanya masalah dg hasrat utk menolong.
Allah se#lalu menegur kita, cuma kita yg tidak terasa teguran itu kerana kita mahu memikirkan setiap peristiwa yg berlaku kpd kita, yg dinampakkan kpd kita. Kita melalui semua adegan hidup bagai menaiki keretapi ekspress. Berhentilah sejenak untuk memikir kerana di dal#am Quran, Allah ada menyebutkan ‘sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir’. Ambillah#lah langkah untuk mula memikirkan… KREDIT FB Ustaz Ghani.

Lelaki Yang Mempunyai Pekerjaan Yang Paling TERUK Di Dunia. Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Buat Ramai TERPANA !!!

0
COM

 

Lelaki Yang Mempunyai Pekerjaan Yang Paling TERUK Di Dunia. Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Buat Ramai TERPANA !!! | Menyelam ke dalam lubang lumpur dengan tangan kosong, Itulah yang perlu dihadapi oleh seorang pembersih pembentung di Bangladesh yang bekerja dalam bidang yang paling tidak disukai di dunia.

Lelaki itu yang merupakan pekerja Dhaka City Corporation, perlu mencuci setiap pembentung pembetung di bandar ini tanpa kelengkapan keselamatan.
Dia terpaksa menggali di bawah tanah dengan berbekalkan sebatang kayu panjang untuk membantu beliau dan tanpa sebarang topeng untuk melindungi beliau daripada wap beracun yang dikeluarkan oleh loji kumbahan.
Selain menyungkit keluar najis dengan tangan kosong, pekerja ini juga mempunyai tugas lain iaitu membuat sampah yang tersekat di lubang.

Dhaka mempunyai penduduk melebihi 14 juta dan baru-baru ini telah dilanda banjir besar disebabkan oleh hujan lebat dan sistem saliran ribut yang tidak mencukupi.
Walaupun terdapat peningkatan membimbangkan dalam jumlah kematian pekerja manhole, pembersih masih lagi tidak dibekalkan dengan peralatan yang mencukupi dan selalu terpaksa memasuki lubang pembentung tanpa perlindungan.
Sumber:- DailyMail

Mak Nk Beli Minyak Angin Di Farmasi. Apa Yg ANAK LELAKI Buat Kat Dia Sgt MENGEJUTKAN !!!

0
COM

 


Mak Nk Beli Minyak Angin Di Farmasi. Apa Yg ANAK LELAKI Buat Kat Dia Sgt MENGEJUTKAN !!! | Today a young gentleman and his son brings his slow pace mom to my shop. Ting tong rings the bell. He stands at the door.

Sekadar Gambar Hiasan.
“Masuklah mak!” He shouted.
The mum walks slowly and into the unknown area.
“Jalan terus kat depan belah kanan. Ubat sapu mak kat situ. (Then he said to his son) ko tolong nenek ko tu gih!”
The old lady walks till she reached my counter. I smiled at her. Her eyes glistening. “Makcik tak berapa nampak ye?” She nodded.
The son I think was already lost his patience. He came on and look for the item. “Aik, takde dah?” My staff ask him what is he looking for and said its at a different shelf and she will get it for him. Now its him, the mother and me. The young boy was roaming around.
He asks me “Abang, betul ke yuran budak tingkatan 1 sampai RM100? Belum buku baju lagi. Pengetua sekolah kata memang yuran mahal. Baik tak payah sekolah kalau dah bodoh.”
“Sorry bang, saya belum ada anak tingkatan 1.” Flat out.
So my staff brought over the item. Its a balm with a free gift sticks on to it (minyak angin). The son ask me how much and what is the free gift. I explain nicely the usage. He explain it to his mother. She just nodded. She ask how much. I turn to the son and told him the price.
“Mak bayar.”
I don’t mind the tone, but while he was saying that he tore the free gift and put it in his pocket. “Mak, barang free ni along amik, Mak tak pakai” and walk away to the door. Mother look startled. She didnt say anything but was trying to find her purse.
The mother was still trying to find her cash. “Kejap ye nak..”
Out near the door, “Cepatlah Mak!”
I said to her, “Takpe makcik, takde apa nak gesa.” She smiles back at me.
When transaction made, I walk towards her asking if she needs a hand. She says she is ok, walked slowly.
As she reached to the door, the son just swing the door inward. Glass door can be heavy, so when it swings back it nearly hit the lady has that not been for my staff who quickly holding the door. (translate BM: anak dia bila keluar main lepas je pintu dan hampir2 terkena mak dia, mujur ada staff yg sempat capai pintu tu)
Please Allah, this lady, a mother, deserve a break. Maybe the son is financially stress, but its not a way to treat a lady… a mother.
i am so sorry to share this. Its just me. I miss home.
Credit: Syed Azmi

AKU KAHWIN DGN ORANG SARAWAK.2 MINGGU LEPAS IBU DTG LAWAT KAMI.SATU KEJADIAN KEJAM YG BUAT RAMAI TERPANA !!!!!

0
COM
Aku ketika itu berumur 24 tahun dan sedang bekerja di suatu syarikat konsultansi alam sekitar beribu pejabat di Kuala Lumpur. Aku masih bujang waktu ini dan masih belum menemui cinta hati. Tugas aku yang selalu berurusan dengan ‘Client’ menyebabkan aku selalu travel ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sejujurnya aku tak kisah kerja seperti ini bahkan aku suka kerana aku masih belum berkeluarga dan aku sangat suka tengok tempat dan budaya masyarakat tempat lain.
Dipendekkan cerita, suatu hari aku ditugaskan untuk ‘out-station’ ke Sarawak oleh Manager aku. Kali ini aku keseorangan tidak seperti biasa yang selalu aku dapat partner untuk ke luar semenanjung.
Mungkin Abu (partner) aku ada ‘job’ di tempat lain, jadi aku tak kisah sangat nak ke sana seorang diri kerana aku sukakan cabaran. Tiga minggu aku harus ‘stay’ kat sana untuk selesaikan projek ‘Environmental Impact Assessment’ di sebuah projek perumahan baru di Kuching.
Aku tanpa berlengah book flight Air Asia dan check website untuk book hotel penginapan yang terdekat dengan tempat projek aku dan book kereta sewa. Sesampainya aku di Kuching International Aiport, aku mengambil teksi untuk ke Hotel penginapan aku di Bandar Raya Kuching. Hotel yang aku book ni hotel bajet sahaja. Tak ada bintang-bintang pun tapi agak selesa lah kerana dikelilingi dengan kedai makan, dan hiruk-pikuk bandar Kuching.
Aku teruskan kerja aku disana seperti biasa, pagi keluar ke ‘site’ dan petangnya aku pulang ke hotel untuk berehat. Malamnya pula aku akan keluar melepak seorang diri di medan selera berdekatan. Dua-tiga hari aku disana keadaan masih okay, tiada gangguan, tapi aku merasakan kesunyian sedikit melanda. Tiada teman berborak di malam hari. Ikut hati nak saja aku cari kawan baru dekat Sarawak ni. Boleh ajak melepak di mamak ke malam-malam. Tapi entah, aku tak tahu nak mulakan macam mana.haha
Tiba malam sabtu suatu hari tu aku tak kerja, jam 8.00 malam aku lepak dekat medan selera malam tu sambil layan movie dekat screen kedai tu. Aku disapa oleh seorang gadis yang mempelawa aku membeli kek batik Sarawak yang diusungnya dalam beg plastic. Awalnya aku mahu sahaja menolak kerana aku tak minat sangat makan kek. Tapi aku mendongak ke arah mukanya untuk menolak dengan cara baik. Saat itu mata aku terpana, sebab aku lihat gadis tu sangat cantik ,comel. Entah macam mana aku nak describe.
Muka seakan-akan Chinese mix Melayu. Tak jadi aku menolak, terus aku tanya harga Kek Batik tersebut dan berbual-bual dengan dia.
Daripada perbualan itu, aku dapat tahu yang dia berbangsa Iban, nama Irene bukan Muslim dan berumur awal 20-an. Aku jadi ceria selepas berbual dengan wanita tersebut, aku tanpa sedar menghulurkan wang untuk membeli tiga kek batik Sarawak daripadanya. Dia kemudian beredar dari tempat duduk aku dan hilang dari pandangan. Aku melirik dari jauh. Senyuman di bibir aku belum lekang ibarat kerang busuk kata orang. Hilang rasa sunyi dalam hati aku.
Hari itu aku balik ke hotel, tak tidur lena aku mengingatkan wajah gadis tersebut. Lama aku tak rasa perasaan macam ni sejak dari zaman Universiti last aku bercinta yang tak kekal lama. Keesokan harinya pagi-pagi lagi aku bersiap sehensem yang boleh keluar ke medan selera itu untuk bersarapan sambal menunggu gadis itu datang kembali. Tapi hampa, aku tak nampak batang hidung pun. Aku pulang ke hotel kerana aku fikir dia akan menjual waktu malam sahaja. Jadi malam ni aku harus ke medan selera itu lagi.
Malam pun tiba, sangkaanku tepat, aku berjumpa dengan dia. Dia tersenyum melihat aku dan memulakan bicara:
Irene: Hai abang Daus.
Aku: Tak payah nak abang-abang la. Panggil je Daus. Eh kamu memang menjual malam-malam saja ke?
Irene: Ye abang..eh Daus.. siang saya tolong mak saya buat kek untuk tempahan.Malam je saya sempat keluar jual sikit-sikit cari duit poket. (Sambil menarik kerusi dan duduk di depan aku)
Aku: Eh awak tinggal kat mana? (Muka dah start blushing)
Irene: Saya duduk kat belakang sana. Apartment situ (Sambil menunjuk kearah belakang). Abang baru pindah sini ke? Anak isteri mana?
Aku: Saya datang sekejap saja sini ada kerja. Tinggal kat KL. Saya belum kahwin la.hahahah (Ketawa bahagia)
Selepas perbualan itu aku meminta nombor telefon Irene dengan alasan aku nak promote kek batik dia kat kawan-kawan aku kerana aku memuji kek dia sedap (Padahal belum rasa lagi). Begitulah rutin kami, hampir setiap malam kami duduk berbual di medan selera itu. Aku juga ada menghantar mesej kat Irene, tetapi jarang dia reply, mungkin kuat bekerja cari duit.
Selepas hampir tiga minggu aku di Sarawak, ya aku sudah ada kawan. Tapi aku rasa Irene ni bukan setakat kawan, aku rasa dia jodoh aku. Entah kenapa, atau aku syoq sendiri waktu tu. Hari-hari aku membayangkan kehidupan yang bahagia dengan dia.
Biasalah lelaki, mesti gatal! Hehe. Tiba hari terakhir aku kat Kuching, esok pagi aku dah nak bertolak ke Kuala Lumpur. Malam tu aku minta nak jumpa Irene kat tempat biasa:
Aku: Sampai juga kamu.. Dah lama saya tunggu ni.hehe
Irene: Sorry abang Daus, mak saya tak ada, saya kena jaga adik-adik kejap tadi.
Aku: Ayah awak taka da ka? (Dengan niat mengorek perihal keluarga)
Irene: Ayah saya dah bercerai dengan mak. Ayah masuk Islam dan kahwin dengan perempuan Melayu.
Aku: Ooo.. jadinya awak duduk dengan mak awak la ni?
Irene: Ye.. tapi kadang-kadang saya pergi juga rumah ayah saya. Sebab saya suka dengar ayah saya mengaji.. Abang Daus pandai mengaji?
Aku: Err..Boleh la juga, tapi tak tahu la sedap ke tak..nak dengar ke? hehe. Awak tak berminat dengan Islam ke?
Irene: Saya ada jugak belajar, tapi masih belum masuk. Nantilah tunggu bersedia, mungkin saya nak kahwin lelaki Islam kot. (Bagi hint la tu)
Aku: Ye ke? Saya kan ada.haha. bergurau..Esok saya dah nak balik KL.. Awak sedih tak?
Irene: Nak sedih kenapa? Balik elok-elok ye. Ada masa mesej la saya. Tapi sorry ya saya kadang-kadang sibuk buat kek. Pukul 12 call lah ye..
Belum sempat aku berkata apa-apa Irene bangun dari kerusi kemudian senyum kecil dan berlalu meninggalkan aku. Aku membalas senyuman dan berharap dia toleh kebelakang melihat aku buat kali terakhir. Dalam hati aku, aku ‘bet’ sendirian, kalau dia berpaling, maka dia jodoh aku. Tak sampai 5 saat, Irene berpaling dan melihat aku. Aku melambai-lambai tangan kegirangan. Yes, aku dah dapat jawapan!
Keeseokannya aku pulang ke Kuala Lumpur dengan hati yang berduka. Nak saja aku kelentong boss cakap kerja belum siap. Tapi apakan daya. Aku ada tugas lain di ofis dengan ‘deadline’ yang dah makin hampir. Tapi aku ingat pesan Irene yang pukul 12 aku boleh call dia.
Tiap-tiap malam aku tak akan putus untuk berborak dengan Irene melalui telefon hingga ke lewat pagi sampai mata aku eyebag besar lintah gunung tak cukup tidur ke ofis. Dipendekkan cerita, Irene pun meluahkan perasaan rindu dan cintanya pada aku melalui telefon. Itulah perempuan, depan mata taknak cakap! At least bagi lah hint ke apa.haha
Dipendekkan cerita aku berniat untuk memperisterikan Irene setelah lebih kurang setahun aku mengenalinya . Dan aku menceritakan segala perihal Irene dan niat aku kat mak aku. Untuk pengetahuan korang mak aku ni jenis yang garang, dan selalu kami anak beranak nak kena ikut cakap dia.
Jadinya, mak aku marah aku dan menolak menempis niat aku dengan alasan, Irene bukan Islam, dan dia bukan Melayu dan orang Sarawak tak boleh percaya. Hari itu perasaan aku sangat marah kerana Mak aku bersikap racist
dan tak open minded. Taknak kah dia menambah umat Nabi Muhammad?Mak aku nekad untuk tidak membenarkan perkahwinan aku dengan dia. Tapi ayah aku ok saja. Ada juga ayah aku menegur sikap mak aku.Tapi dia tidak mempedulikannya kerana prinsip dia ‘No is No!’.
Aku pun nekad hendak memberontak walaupun aku tahu berdosa melawan cakap ibu bapa. Tapi niat aku baik, aku nak membina masjid dan aku cintakan Irene. Kebetulan pula ketika itu Boss aku arahkan aku ke Sarawak lagi untuk menyelesaikan projek-projek lain yang belum siap. Aku dengan gembiranya menerima tugasan tersebut.
Sebelum aku ke sana, aku dah cakap kat Irene siap-siap. Aku tipu dia cakap yang mak aku setuju, tapi dia tak boleh datang Sarawak kerana tak sihat. Jadi aku minta Irene belajar mengucap dua kalimah Syahadah, dan memberitahu orang tuanya yang kami akan berkahwin tapi secara ‘simple-simple’ sahaja dan majlisnya kemudian hari. Aku nekad. Aku membeli cincin untuk prepare sebagai mas kahwin sebelum aku berangkat ke sana.
Tibanya di airport Kuching, alangkah terkejutnya aku bila aku ternampak kelibat orang yang aku kenal. Berpakaian cantik, ayu bertudung, tak selekeh seperti selalu. Ya ini Irene! Dia tersenyum dan melambai-lambai kepada aku. Aku bergegas ke arahnya. Senyuman terukir dibibir aku, terasa seperti mahu memeluk dia yang berada didepan mata aku ini kerana selalu hanya dapat mendengar suara melalui telefon. Dia menghulur tangan untuk bersalam.
Aku: Tak boleh Irene…haram.hehe
Irene: Oh ya lupa.maaf abang. Rindunya (Sambil menatap wajah aku)
Aku: Saya pun rindu awak juga. (Blushing)
Kami duduk di sebuah kerusi didalam airport sambil berbual-bual melepaskan rindu..:
Aku: Cantik awak bertudung harini? Bila start pakai?
Irene: Baru cuba pakai ni. Ayah yang belikan. Abang saya nak cakap sesuatu la. Tapi jangan marah ok.
Aku: Apa yang awak nak cakap?
Irene: Mak saya tak suka la saya kahwin lelaki Islam.. Tapi ayah saya ok. Dia setuju sangat. Saya dah cerita semua
pasal awal kat ayah saya. Ayah saya suka awak. Dia suruh datang jumpa dia.
Aku: Hmm dah mak awak tak suka saya, nak buat macam mana. Saya nekad nak memperisterikan awak. Nanti kita jumpa ayah awak ok. Lagi satu saya pun nak minta maaf, sebenarnya mak saya pun tak setuju saya nak kahwin ni. Maaf saya tipu
Irene: Takapala saya faham. Siapalah saya. Saya bukan Islam
Aku: Bukan macam tu..hmmm..tak ada apalah.. Ni tengok ni (Aku hulurkan cincin yang aku beli)Aku lihat senyuman di bibirnya terukir, matanya menitiskan air yang jernih. Mungkin tidak dapat menahan rasa seronok dan bahagia. Keesokan harinya aku dan Irene pergi melawat ayahnya yang tinggal tidak jauh dari Kuching. Kami menerangkan niat kami kepada ayahnya dan ayahnya tanpa membantah setuju. Selepas itu aku bercadang untuk berjumpa dengan ibu Irene pula. Tiba di rumah ibu Irene, aku tidak dilayan oleh ibunya yang sibuk membakar kek.
Irene memberi isyarat untuk aku pulang sahaja ke Hotel.Keesokan harinya Irene mahu berjumpa aku, aku nampak matanya lebam seperti ditumbuk. Selepas disoal berkali-kali baru dia bercerita yang mak dia menumbuk mukanya dan menghalau dia keluar selepas dia berkali-kali memujuk mak dia untuk membenarkan dia berkahwin dengan aku. Aku jadi marah mendengar ceritanya dan ambik keputusan untuk berkahwin secepat yang mungkin. Kemudian aku menghantar Irene ke rumah ayahnya untuk dia tinggal disana.
Beberapa hari selepas itu, mujur ayahnya ada kenalan di Pejabat Agama, mungkin kerana kerap kali kesana sepanjang proses menukar agama, ayahnya menguruskan untuk Irene memeluk Islam. Alhamdulillah Irene kini sah beragama Allah. Sebelum tu dia tak ada agama. So minta semua pembaca jangan marah ya. Irene bukan convert. Dia memilih Islam. Sejurus selepas tu juga ayahnya sudah menguruskan urusan pernikahan kami dihadapan seorang kadhi di pejabat agama. Sebelum menikah aku menelefon mak dan ayah aku untuk memberitahu mereka. Ayahku
sangat menyokong anaknya berkahwin manakala mak aku diam tanpa bicara. Aku redha.Hari itu merupakan hari yang paling bahagia dalam hidupku. Sempat juga kami ber’honeymoon’ di hotel bajet yang aku sewa atas urusan kerja aku itu. Jangan risau aku dah inform boss aku. Walaupun diperli oleh boss dan rakan kerja, tapi akhirnya boss memberi aku masa bercuti seminggu lagi tambahan untuk aku honeymoon di Sarawak. Semuanya ditanggung Syarikat. Alhamdulilah. Allah murahkan rezki boss.hehe
Setelah selesai semua urusan kerja. Irene ikut aku pulang ke Kuala Lumpur. Di sana, memang aku dah ada sewa rumah apartment sendirian dan tinggal lah kami disana berdua memulakan hidup baru. Irene seorang Muallaf, dan akulah orang yang mengajarnya bersolat, baca Al-Quran walaupun tergagap-gagap. Tapi keletahnya buat aku rasa bahagia walaupun seperti mengajar kanak-kanak baca Iqra.haha.
Kehidupannya dengan aku sangat bahagia kerana aku curahkan segala kasih sayang aku kepadanya. Di Sarawak dulu kehidupan dia serba sederhana, sekolah pun smpai tingkatan tiga sahaja. Ya dia tidak pandai seperti isteri orang lain yang ada Master, Degree, tapi dia isteri yang taat dan pandai dalam membuat kerja rumah. Kasih sayang seorang lelaki pun dia tidak dapat kerana penceraian ayah dan maknya sejak dia kecil. Aku berjanji untuk menjaga dan membimbing dia sampai ke akhir hayat aku.
Dia juga tidak bekerja, jadi aku hadiahkan dia sebuah Oven baru sebagai hantaran perkahwinan kami kataku kepadanya. Dia terima dengan hati yang sangat gembira. Dia menjual Kek Batiknya ke jiran-jiran kami dan kadang-kadang aku menjualnya di pasar tani dengannya setiap hujung minggu. Alhamdulillah hasilnya mampu menampung kewangan kami.
Setelah dua-tiga bulan berkahwin, sekali pun mak aku tak pernah bertanyakan khabar aku. Panggilan juga tidak dijawab. Namun pada suatu hari sabtu, mak aku bertelefon aku dan bertanya khabar. Katanya mahu datang melawat aku dengan isteri di rumah aku. Katanya mahu datang bersama Mak Long aku. Aku dah tak sedap hati. Sebabnya aku tak suka Mak Long aku yang kuat ilmu mistiknya itu datang ke rumah aku.
Ketika itu aku dan Irene sedang berniaga di Pasar Tani berdekatan rumah kami. Aku bagitahu Irene yang mak nak datang tengok menantu dia. Tersengih dia masa tu, happy gamaknya bila nak jumpa mertua buat pertama kali. Terus Irene mengemas segala barang jualan kami dan tergesa-gesa mengajakku pulang kerana dia mahu memasak dan bersiap untuk mak mertuanya itu.
Jam 3.00 petang hari tu, mak aku dan maklong aku sampai dan menekan loceng rumah. Aku bangun dari sofa bergegas membuka pintu. Aku salam tangan mak aku dan peluk mak aku seraya meminta maaf kepadanya atas segala salah silap aku. Irene pun datang salam mak aku, tetapi mak aku taknak peluk dia dengan memberi alasan yang dia tak sihat takut berjangkit. Isteri aku tersipu-sipu malu kerana pelawaannya untuk memeluk mak aku ditolak dan mungkin sebab baru pertama kali berjumpa mak mertuanya.
Namun pada masa sama aku lihat mulut Maklong terkumat-kamit membacakan sesuatu. Mak aku duduk disofa sambil bersembang dengan aku dan berkias-kias marahkan aku kerana kahwin tanpa restunya. Aku selamba sahaja buat tak tahu sambil tukar topik pasal benda lain. Namun mak long, aku lihat dia mundar mandir dalam rumah aku, sekejap tengok ke bilik air, sekejap masuk dalam bilik. Aku dah tak sedap hati. Nak saja aku terajang dia, tapi nak buat macam mana kena hormat orang tua.
Mak Long: Besar juga ye apartment kau ni Daus eh..
Aku: Boleh la 1200 sqf mak long. Ingat macam teringin jugak nak beli lepas ni. Mak long kemana tu? Meh la duduk sembang sini.
Mak Long: Alaaa..ko nak beli apartment je Daus? Anak Mak Long semua beli landed. Naqib (anak maklong) sorang je beli condo. Mak Long tak suka sangat rumah takde tanah ni…
Mak: Hmm tulaa Daus ni.. Aku dah cakap kat dia aku tak suka duduk rumah sarang burung ni..aku gayat.. Tapi dia mana nak dengar cakap aku. Kahwin pun tak dengar cakap aku..
Aku: Bukan taknak beli rumah landed mak.. Kat KL ni semua mahal. Mana Daus mampu..
Mak: Sebab tu lah mak nak kau kahwin dengan anak orang senang..
Aku: Mak..dahdahla.. kenapa nak kena bercakap macam ni. Kang terasa Irene.
Mak: Huh..biarlah dia nak terasa…aku terasa kau tak peduli kan?Setelah selesai menghidang mee kolok masakan Irene. Irene menjemput mak aku dan maklong untuk makan. Tapi mak aku memberi alasan yang dia berpuasa. MakLong pun berpuasa hari tu katanya. Aku tahu diorang tipu. Tak semena-mena mak aku mengajak Mak Long aku balik tanpa menjamah masakan Irene. Irene kelihatan suram dan sugul. Aku senyum kepadanya dan memberi isyarat tangan ‘Rilek’…
Setelah mak aku pulang, Irene berlari menuju ke bilik dan menangis dia teresak-esak di penjuru katil. Dia dengar segala perli memerli mak aku dan maklong aku terhadap dia ketika dia di dapur tadi. Aku memujuknya dengan membawanya ke IOI City mall haritu. Fuhh lega.. Perempuan dengan shopping tak dapat dipisahkan, tak kisahlah berbangsa apa, agama apa, ataupun keturunan apa. hahah.
Namun keesokan harinya, hari Ahad. Kami hanya duduk dirumah menghabiskan masa bersama-sama. Time tu badan Irene panas dan sering keluar masuk tandas, muntah. Mesti korang boleh syak kan apa yang berlaku. Setelah beli pregnancy test di 7Eleven, Alhamdulillah keluar dua line. Alangkah bahagianya hidup aku waktu itu tahu yang aku bakal menjadi seorang bapa.
Kehidupan kami selepas itu berlalu seperti biasa. Aku sibuk dengan kerja aku, Irene sibuk dengan bisnes dia yang dah semakin maju. Sampai sudah mampu beli Perodua Viva sendiri untuk menghantar kek dia ke customer. Maju juga kau ye wahai isteri. Masuk sahaja kandungan berusia 6 bulan, Irene sudah nampak baby bump dia. Dan dia juga sering mengadu kat aku yang dia mimpi bukan bukan.
Setelah aku berkali-kali tanya dia mimpi apa. Dia tidak mahu menceritakan kepada aku tapi akhirnya tewas juga. Dia mimpi ada orang belah perutnya dan mengambil anak kami. Pada awalnya Irene tak mahu endahkan mimpi tersebut, tetapi mimpi tersebut makin kerap mengganggu tidur malamnya. Aku menjadi semakin runsing dan aku tak tinggalkan bacaan Al-Quran setiap hari di rumah.
Pada suatu hari, Irene ada bleeding. Jadi aku membawanya ke hospital dan doctor menasihatkan dia untuk tidak bekerja berat dan kuat. Jadi dia terpaksa untuk menghentikan perniagaan keknya sementara. Sejak dari pendarahan itu, aku lihat dia makin lemah dan cengkung. Tubuhnya yang sebelum ini agak chubby kerana preggy semakin kurus. Dan aku juga perasan yang isteri aku kerap terjaga tengah malam dan menangis.
Selepas ditanya banyak kali, baru dia bercerita yang dia selalu mimpi mak long aku mengugut mahu membunuh bayi dalam kandungannya. Pada awalnya aku hanya nasihat yang mimpi ni mainan syaitan. Jangan percaya. Tetapi melihat keadaan isteri aku yang tak terurus dan sering demam bila tibanya malam, aku menjadi sedikit ‘protective mode’.
Minggu tu aku mengambil keputusan untuk cuti satu minggu bagi menemani isteri aku yang tak sihat di rumah. Aku juga nekad untuk membawa isteri aku berjumpa Ustaz untuk ‘scan’ apa yang tak kena dengan isteri aku.
Sedang aku bertolak untuk ke Bangi untuk berjumpa dengan Ustaz yang aku sudah buat appointment jam 3 petang, dengan tiba-tiba tayar meletup ditengah jalan. Nasib baik aku mampu mengawal keadaan dan menghentikan kereta dibahu jalan. Aku sudah tahu, confirm ada yang tak suka aku nak bawak isteri aku berubat.
Aku call ustaz, nama dia Ustaz Norman (Semoga Allah merahmatimu) aku cerita apa yang jadi. Dia cakap dia sudah tahu. Dia petuakan aku membaca Al-Fatihah, 3 Qul, Ayatul Kursi, Serta memainkan CD Al-Quran di radio dan sentiasa berzikir ‘Allahu’ sepanjang masa sebelum keluar dari kereta untuk tukar tayar spare.
Aku buat semua yang dipesannya. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku lagi, aku segera menukar tayar kereta sambil diperhatikan isteri aku yang sedang sarat mengandung dari dalam kereta. Sesekali aku jeling kat dia sambil mengenyit-ngeyit mata. Dia membalas dengan senyuman dan ketawa kecil. Kasihan aku tengok keadaan dia yang lemah waktu itu.
Sesampainya dirumah Ustaz di Bangi, dengan tiada sebarang amaran, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, guruh berdentum kuat dengan kilat menyambar pokok berhampiran kereta aku. Irene yang ketakutan terus memegang erat lenganku. Keadaan hujan lebat ini seakan tidak membenarkan kami masuk kedalam rumah Ustaz tersebut. Tetapi syukur selang beberapa minit, kereta yang diparking di dalam porch rumah ustaz keluar dari porch, dan aku ternampak Ustaz Norman melambai-lambai suruh aku masuk parking kereta didalam porch rumahnya.
Kami berdua masuk ke dalam rumahnya dan menunggu di sofa untuk sesi rawatan. Ustaz menyiapkan segala barangan untuk sesi rawatan. Selepas itu Irene dan aku diminta untuk ke ruang tamu kedua rumah ustaz. Di situ ada isterinya juga yang membantu untuk proses perubatan ni.
Ustaz: Suruh isteri kamu duduk di atas sejadah ni ye. Kaki menjulur ke depan. Lepas tu balut isteri kamu dengan kain sejadah yang dilipat ditepi tu.
Aku: OK ustaz.
Ustaz kemudian memakai serban dia dan duduk bersila di sebelah isteri aku. Ustaz kemudian membaca beberapa surah dan doa kemudian dia angkat tangannya dan menghala ke arah Irene seperti mahu scan badan Irene.
Ustaz: Ada benda ni kat isteri awak. Dia dah bersarang
Aku: Benda apa Ustaz? Dari mana dia datang? Boleh tolong buang tak ustaz?
Ustaz: Ada orang hantar sihir ni. Orang ni berdengki, marah kat isteri kamu. Dia nak isteri kamu mati.
Aku: Astaghfirullahalazim…Siapa Ustaz??!!Kenapa dia buat macam tu? Ya ALLAH..
Ustaz: Siapa tu tak penting.. Ustaz cuba berubat dulu ye isteri awak.
Terngiang-ngiang kat kepala aku siapa yang sanggup buat kat isteri aku macam tu. Dia bukan selalu keluar rumah. Berkawan pun tak ramai. Semua aku kenal. Senang cakap tak ada musuh lah.
Selepas ustaz membaca-baca surah-surah Al-Quran dia arahkan Isteri aku untuk kebilik tamu dengan diiringi isteri ustaz dan aku. Ustaz stay baca-baca diruang tamu. Irene disuruh tanggalkan bajunya. Isteri Ustaz mengetuk-ngetuk belakang Irene dengan daun bidara. Terkejut aku dan Irene bila nampak serbuk kaca, miang buluh penuh atas kain putih di depan Irene yang keluar dari tubuhnya. Selepas itu isteri ustaz menyuruh Irene minum air penawar untuk membuang bisa sihir.
Setelah itu, kami dibekalkan dengan air penawar dari ustaz dan juga garam kasar. Ustaz menyuruh aku menabur garam kasar di setiap penjuru rumah dan pintu rumah. Kalau ada masa dia akan melawat rumah kami kerana dia kata ada benda yang dia kena buang dalam rumah kami barulah semua gangguan hilang. Tetapi yang ada dalam badan Irene sudah hilang.
Ustaz berkata yang dia hanya membantu, yang menyembuh tetap Allah dan dia juga mengingatkan kami untuk tidak meninggalkan solat fardhu dan kalau boleh rajinkan bertahajjud dan mengaji. Irene rasa badannya ringan dan tidak sakit-sakit lagi selepas berubat dengan Ustaz tersebut.
Setelah berubat barulah Irene bercerita kepadaku yang sepanjang masa aku tidak ada dirumah, sama ada outstation atau kerja, dia sering diganggu oleh jin dan syaitan. Dia sering ternampak makhluk hitam berbulu dan besar dudul berlegar-legar diruang tamu ketika dia sibuk di dapur. Ada juga dia terlihat kelibat mak long terapung-rapung di luar tingkap rumah kemudian merenung dia tajam dan menghilang.
Dia berasa tertekan kerana sering diganggu siang dan malam, cumanya dia tidak mahu menceritakan kepadaku perkara ini kerana takut dia aku tuduh dia nak melaga-lagakan aku dengan mak dan maklong aku. Ada suatu masa tu akibat sering diganggu, dia sudah tidak berani untuk duduk dalam rumah.
Sengaja dia tunggu didalam kereta sampai aku balik dari kerja. Dan ada kalanya dia mendengar bisikan halus agar dia terjun sahaja dari rumah ini supaya hilang semua masalah gangguan dan sakit yang dia alami ini. Namun dia teringat pesan aku kat dia, “Orang yang bunuh diri tak masuk syurga sayang”. Akibat terngiang-ngiang nasihat dan kata-kata aku ini, dia banyak menyebut nama Allah. Dan membatalkan niat bodohnya itu.
Sejak mendengar cerita Irene, hatiku berasa luluh dan perit. Baru aku teringat yang Mak Long dan mak ada datang ke rumah kami dulu. Dan selepas kehadiran diorang, Irene diganggu macam-macam namun yang peliknya aku sekali pun tidak diganggu. Jelas sihir ini ditujukan hanya untuk isteriku.
Ya Allah sedihnya bila terfikir sanggup mak sendiri ingin merentap kebahagiaan anaknya. Tapi aku tak salahkan mak aku totally, sebab aku tahu siapa Mak Long. Aku tahu mak long memang dengki dengan anak-anak mak aku dan mak aku sendiri. Sebab itu dia menghasut mak aku agar menyihir isteri aku dengan bantuannya agar kehidupan keluarga kami porak-peranda.
Lantas aku mencapai telefon dan menelefon Mak aku:
Aku: Assalamualaikum mak… Sihat ke?
Mak: Haa Daus. Waalaikumsalam. Sihat. Ada apa ni?
Aku: Mak, Daus dah jumpa Ustaz.. hmmm..sampai hati mak dengan mak Long.
Mak: sampai hati apa? Kau kenapa ni Daus?
Aku: Mak… ustaz dah bagitahu Daus.. (Aku tipu,padahal ustaz tak bagitau siapa yang buat).
Mak: Dah tau lah ni ye? Padan muka. Aku kalau aku tak suka, aku tak suka! Aku nak dia mati! Tutt..tut..tut..Panggilan aku dimatikan. Aku taktahu nak bagi reaksi macam mana. Mak aku sendiri mengaku dia sihirkan isteri aku, menantu dia. Mak aku dah termakan hasutan syaitan jin dan syaitan manusia (Mak Long). Aku sedih. Aku meraung sekuat-kuatnya. Air mata menitis tanpa aku sedari. Dengan tidak semena-mena, tangan aku
direntap lembut oleh Irene yang sudah siap bertelekung, mengajak aku untuk bersolat Jemaah.Aku pandang wajahnya yang pucat itu, aku meraung lagi, menangis mengenangkan nasib yang terpaksa ditanggung oleh isteri aku. Berkali-kali aku meminta maaf daripadanya kerana perlakuan orang tua ku. Kepala aku diusap lembut sedang aku meletakkan kepala di ribanya yang sarat mengandung.
Sejak dari hari itu aku sudah tidak menghubungi mak aku. Hanya ayahku sering aku jumpa di kedai makan dan mesej setiap hari. Aku tahu aku berdosa. Tetapi mengenangkan apa yang dibuatnya kepadaku. Aku lebih rela menjauhkan diri dari aku berasa benci kepada mak sendiri.
Masa sedang 9 bulan mengandung, Irene berasa terlalu rindukan mak dan ayahnya di Sarawak. Dia meminta kebenaran untuk bersalin dan berpantang di Sarawak. Aku bukan tak setuju. Cuma ketika itu dia sudah tidak boleh menaiki penerbangan kerana usia kandungan sudah 9 bulan ditambah keadaan kesihatannya yang sudah teruk. Irene hanya mampu terseyum lemah dan menangis perlahan.
Melihat mukanya yang pucat, aku rasa sangat sedih dengan keadaan itu dan berjanji dengan dia untuk bawa dia pulang ke Sarawak selepas dia bersalin nanti.
Selang beberapa hari, Irene dimasukkan ke ward Hospital kerana air ketuban sudah bocor dan dia ada bleeding yang banyak kat rumah. Aku jadi tak tentu arah memikirkan keadaan isteri aku. Dua minggu juga dia dimasukkan ke ward.
Dan dua minggu juga aku ulang alik dari tempat kerja ke hospital. Tak sempat untuk rehat di rumah. Balik di rumah pun sebelum subuh untuk mandi dan pakai baju kerja. Aku lebih rela stay di hospital kerana risaukan keadaan isteri aku yang sakit.
Ketika di hospital:
Irene: Bang, bukaan tak ada lagilah. Saya risau harini baby kurang bergerak.
Aku: Hello baby..letih kee (membisikkan di perut isteriku)
Irene: Bang, boleh tak bagitau doctor baby tak bergerak, saya tak sedap hati lah bang.
Aku: OK. Jap abang pergi jumpa nurse.
Setelah aku explain kat nurse, nurse pun memanggil doctor check isteri aku. Aku diminta keluar dari kubikel katil isteri aku untuk doctor check Irene. Usai memeriksa, doctor datang kearahku.
Doktor: Bayi awak lemah. Kena operate ASAP. Sebab tak ada bukaan langsung. Tapi 50-50 sebab isteri awak baru lepas pendarahan yang banyak. Hope you can understand
Ya Allah. Apa lagi dugaan yang aku dapat ni. Namun aku hanya berserah 100% kepada Allah. Aku menahan air mata dari keluar, aku masuk jumpa Irene.
Aku: Sayang..doktor nak kena operate..baby dah lemah..
Irene: Tahu abang, nurse dah bagitau. Nasib baik naluri Irene kuat kan abang..
Aku: Itulah. Kita serah semuanya kat Allah ye sayang
Irene: Ye abang. InsyaAllah tak da apa-apa Irene pecaya anak kita ni kuat macam mamanya.hehe
Aku hanya mampu tersenyum melihat wajah isteri aku yang pucat ketika itu. Di dalam fikiran aku risaukannya dan terngiang perkataan ’50-50’ yang doctor sebut tadi. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi.
Ustaz Norman: Assalamualaikum Daus, kamu kat mana?? (Ustaz agak cemas)
Aku: Waalaikumsalam Ustaz, ada di hospital, ada apa ustaz?
Ustaz Norman: Tak ada apa.. Isteri kamu macam mana??
Aku: Isteri saya nak kena operate dua jam lagi ustaz..bayinya dah lemah
Ustaz Norman: Astagfirullahhalazim.. Daus aku ada mimpi.. ada orang buat lagi isteri kau agar tak buka jalannya
daus.. Aku dah cuba halang dari jauh daus. Tapi orang tu still menyerang lagi.. Kamu buka loudspeaker.. Letak handphone berdekatan isteri kau.
Aku: Ya Allah.. baik ustaz. Setelah Ustaz Norman membaca-baca ayat Al-Quran aku lihat cermin tingkap belakang katil isteri aku bergoyang-goyang dan seperti dilanggar sesuatu. Habis sahaja ustaz membaca doa, ustaz arahkan aku membaza beberapa potong ayat dari Surah Al-Baqarah, Tiga Qul, Ayatul Kursi serta beberapa ayat lain yang aku
sudah lupa dan tiupkan di ubun-ubun kepala isteri aku.Aku catat segala ayat yang aku kena baca tu, kemudian aku keluarkan Al-Quran dan baca kemudian aku tiupkan ke ubun-ubun isteri aku. Selepas saja aku buat macam tu. Terus bergolek-golek baby dalam perut Irene. Seperti terlepas dari ikatan. Terus happy dibuatnya Irene bermain-main dengan baby kami. Alhamdulillah.
Dua jam selepas itu, nurse datang untuk menyiapkan Irene sebelum dibedah. Dia ditolak masuk ke wad bedah. Aku hanya dibenarkan menunggu diluar pintu bilik. Dengan perasaan resah bercampur marah dek kerana memikirkan si syaitan manusia itu mahu menyakiti isteri ku lagi. Aku menelefon Ustaz Norman kembali.
Aku: Assalamualaikum Ustaz..boleh cakap sebentar?
Ustaz: Waalaikumsalam. Boleh daus. Kau dah buat ke apa yang aku suruh tadi?
Aku: Dah ustaz. Dah ok. Anak terus bergerak-gerak.Alhamdulillah. Tapi nak tanya, orang yang sama ke hantar Ustaz?
Ustaz: Alhamdulillah. Ye orang yang sama Daus. Tapi jangan risau ustaz dah halang dari jauh..
Aku: Ustaz, tak boleh ke hantar balik benda tu kat dia? Bagi dia kena balik apa yang dia hantar kat orang? (Tanyaku yang dikuasai perasaan marah).
Ustaz: Astaghfirullahalazim Daus.. Tak eloklah macam tu. Kamu berdoa lah agar orang yang buat ni insaf dan doalah agar Allah melindungi kamu dan keluarga kamu. Tak elok jahat dibalas jahat.
Aku: Hmmm.. minta maaf ustaz..Mungkin saya dikuasai Syaitan tadi.haha
Ustaz: Kalau ada apa-apa kamu call sahaja Ustaz ye. AssalamualaikumSetelah beberapa lama aku menunggu di luar bilik bedah, aku dah inform ayah Irene yang Irene nak bersalin dan bagitahu ayah aku juga. Mak aku ada menelefon aku, tapi aku tak angkat sebab aku takut dia datang ke sini, macam-macam pula jadi nanti. Selang beberapa minit aku lihat beberapa orang nurse keluar dari bilik bedah dan seorang nurse datang kepadaku mengucapkan tahniah kepadaku kerana dapat baby girl.
Tapi anak aku belum boleh aku lawat sebab ada sedikit masalah pernafasan dan diletakkan di incubator (kalau tak silap la apa nama benda tu) untuk diberi bantuan pernafasan. Nurse tu kemudian mengarahkan aku masuk melawat isteri aku. Aku lihat nurse tu bercakap macam nak tak nak je dengan aku. Sombong kot. Tak apa aku biarkan…
Perasaan aku ketika itu Ya Allah syukurnya anak aku selamat dilahirkan. Aku tak sempat pun fikirkan keadaan isteri aku. Sedang aku menapak ke arah bilik bedah itu dan pakai baju ala-ala doctor dan mask tu, seorang doctor lelaki menarik aku ke tepi.
Doktor: Encik ni suami Puan Irene ke?
Aku: Ya saya.Kenapa doctor?
Doktor: Hmmm.. macam mana nak cakap eh.. Isteri awak bleeding banyak.. kita dah cuba stop bleeding dia semua. Tapi encik ingatlah ye. Ajal dan maut di tangan Allah. Saya harap Encik bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi.
Aku:….. A..a..a..Allah….
Terduduk aku dekat depan doctor tu. Doctor tu cuba papah aku. Dunia aku kelam masa itu. Aku mula faham apa maksud doctor tu. Aku jeling ke arah isteri aku yang paling aku cintai, lemah, senyap, ditutup dengan selimut. Aku tak pernah rasa macam tu. Seperti jantung aku direntap dengan kuat selaju-lajunya..
Aku tak bersuara, hanya air mata ,menitik-nitik turun membasahi pipi.
Aku melangkah perlahan-lahan kearah isteri aku..Aku rasa macam isteri aku hidup lagi. Ini semua lakonan..Semua teori gila aku keluar dalam fikiran aku menidakkan pemergian insan tercinta yang hilang sekelip mata dalam hidup aku. Baru tadi aku bersembang dengan dia.. Aku tak mampu membuka selimut yang menyelubungi isteri aku, Irene. Sebab dalam hati aku, masih kuat mengatakan isteri aku masih hidup dan dibawah selimut ni orang lain.
Tapi hampa, dugaan Allah yang Maha Besar ini aku rasa sangat kuat untuk hamba sekerdil aku ini. Separuh nyawaku pergi. Terbit kembali segala memori-memori aku dengan Irene. Pertama kali aku berjumpa dengan dia di medan selera, memori kami berhujan di pasar tani, memori kami shopping baju anak kami yang masih dalam perut. Sedih.. pedih.. namun aku lalui dengan penuh rasa redha.
Aku tahu Allah lebih sayangkan Irene.. Tiga tahun lebih usia perkenalan kami, dan dua tahun lebih usia perkahwinan kami. Tetapi ianya tidak tamat disini. Tunggu abang disyurga sayang.. Abang tahu sayang syahid, dan dijemput Allah dalam keadaan mulia. Dalam nikmat iman dan hidayah dariNya.
Jangan risau, abang akan jaga anak kita dengan elok semampu yang abang boleh lakukan. Tidak sekali abang akan duakan cinta abang kepada sayang kerana ‘KASIH KEPADAMU TAK BERBELAH BAGI’.
———————————————————————————————————————————–
Tamatlah kisah yang diceritakan Daus kepada aku dalam Whatsapp. Memang panjang lebar dia tulis, Cuma aku sampaikan dan susun cerita agar mudah difahami semua. Aku Danial, tak menokok tambah langsung cerita yang dia cerita kat aku. Dan aku mendapat kebenarannya untuk share kisahnya ini. Tak kisahla dimana dia kata. Untuk pengajaran..Sedihnya tuhan sahaja yang tahu. Ya Allah.
Aku dengar sekarang Daus dah berpindah dari KL dengan anaknya yang baru berusia tiga bulan (saat aku menulis cerita ini). Aku dengar dia pindah ke Sarawak, jauh dari Mak, jauh dari Mak Long nya. Dia juga dibantu oleh ayah Irene untuk menjaga anaknya.Dia juga ingin memulakan perniagaan sendiri disana..
Good luck aku ucapkan kat kau bro. Aku tau kau tabah. Sedih aku baca ayat last whatsapp kau kat aku.
“Dan, aku tak kuat Dan, aku nampak ja kuat.haha. Aku kesian kat anak aku, tak sempat jumpa mak dia”
“ Dan, aku nak namakan anak aku sempena nama isteri aku la, Nur Irene Dalishah”
“Sebab muka dia macam muka arwah, YA ALLAH RINDUNYAA… doakan aku Dan..my bro”
Sesungguhya Allah lebih berkuasa dari sekalian makhluk
Sentiasalah berdoa agar keluarga kita terlindung dari ancaman sesama makhluk.
Ingatlah, cintai isteri anda, kerana dia adalah penemanmu di dunia, dan diakhirat.
Wallahualam
Sumber : Danial
kredit : ohbuian

KISAH SEDIH SUAMI KANSER TULANG, NAK KAHWINKAN ISTERINYA DGN ADIK YG PUTUS TUNANG, RESPON SI ISTERI MENGEJUTKAN !!!

0
COM
Hari ni din nak sembang luahkan perasaan. Bergenang airmata din hari ni. Terkenang kisah adik no 3. Dia pernah bertunang. Tunang dia cantik kerja bagus orang n9.

Dalam masa kejar duit hantaran. Achik di uji dengan sikap sebenar family tunang. Family dia selalu tegur achik sebab tak bagi duit belanja kat tunang. Katanya dah bertunang haruslah sara duit makeup sebagainya. Achik kadang turut kadang tak. Tengok pada baki duit simpanan.
Kalau gaduh mesti bapak si tunang achik maki hamun achik sebab buat anak dia menangis wahal belum jadi suami. Achik tetap sabar. Sehingga berita saya dapat canser tulang, diorang datang putuskan hubungan. Mak terkedu bila depan kami semua dia cakap kami penipu dan mereka tak nak ada keturunan canser masuk family dia.
Saya tanya achik, adakah dia sedih sebab saya dia putus tunang. Tapi achik jawab, dah lama dia tawar hati dan nak putus tunang sebab tak tahan dengan sikap tunang dan family. Tuhan permudahkan dengan niat mereka sendiri yang minta di putuskan.
Aku tahu hati adik aku sunyi dan sedih. Aku dengar mak tanya..,,”cik cincin ni kita jual je la. Mak sakit mata tengok cincin ni.” tapi achik jawab, “simpan je mak, nanti kita cari mana yang layak. Lagipun achik dah buat keputusan nak jaga anak along bila along tak ada.”. Air mata aku tak tertahan masa tu. Isteri aku peluk aku tanpa suara.
Malam tu aku cakap kat achik. “Sampai masa nanti, bagi cincin tu kat kak long( bini aku). Sekurangnya dia boleh jaga achik macam mana dia jaga abang, Jaga mak. Achik pun boleh terima anak along. Nenek atok anak along pun berubah.” berat rasa aku nak habiskan ayat tu.
Amat berat seakan batu menghempap dada aku. Achik jawab.” kalau tak nak cincin tu ada di jari kak long, usaha untuk sihat. Tinggalkan hal duniawi. Duit yang achik dah kumpul tu dari achik fikir, baik along pergi singapore. Jangan sesekali bagitahu apa jadi kat along kat sana nanti. Kami hanya nak tahu along balik dengan sihat.” masa tu achik peluk aku kuat sangat. Aku dapat rasa dia bergegar seakan tahan perasaan menangis.
Bini aku terdengar perbualan kami. Dia kata,apa sahaja permintaan aku dia ikut..cuma tolong pertahankan dia sebagai isteri dengan terus sihat. Dia janji tak akan call sms walau sekali dan sanggup tunggu aku balik. Mak pula, siap bagitahu.” kami bahagia kat sini. Kalau nak mak masak sedap, nak dengar mak membebel, nak tengok mak sakat anak2. Balik dengan sihat.” abah pula,” din.. Kau tak nak tengok anak kau main badminton ke din.
Abah dulu suka tengok kau main badminton. Tapi mak kau masak sedap. Mengah abah main badminton dengan kau long. Balik dengan sihat tau. Abah dah keluarkan asb. Jangan fikir banyak. Nanti kita sama2 tengok anak kau main badmintan.” air mata aku tak dapat di tahan lagi.
Minggu depan aku ke singapore. Rasa sedih sangat aku terkenangkan achik. Kecik dulu dia la paling teruk. Kaki report. Kaki mengampu, kedekut. Tapi bila besar, dia lain. Anggah pula dah pergi singapore dulu. Dia cari hospital terbaik dan rumah sepupu belah isteri dia kat sana. Hanya anggah yang akan datang melawat aku nanti. Minggu depan, aku tak dapat dah peluk anak aku. Bini aku..mak aku. Achik..along minta maaf.. Kalau along tak dapat harungi, tolong terima dan jaga kak long. Jaga anak along. Jaga mak. Along tak dapat nak msg kau pun achik. Berat untuk berdepan, bersuara dgn kau chik. Along tak paksa kau chik, tapi tolong ye jaga anak along.
Sumber : KRT
Kredit : malaysiakinii

HASRAT MEMBELI MOTORSIKAL TAK DILAYAN OLEH JURUJUAL KERANA PAKAIAN LUSUH. APA YANG LELAKI INI LAKUKAN BUAT JURUJUAL TERDIAM !!!!

0
COM
Sejak kecil kita dididik oleh ibu bapa dan para guru supaya tidak memandang rendah dan menilai seseorang itu dari luarannya semata-mata. Namun, perkara ini sudah biasa terjadi jika kita masuk ke dalam kedai yang berjenama dan mahal. Dari penampilan kita akan menentukan samada kita akan dilayan ataupun tidak.
Pepatah menyebutkan “jangan menilai buku hanya daripada kulitnya” semestinya kita membaca dulu isinya. itulah yang terjadi kepada seorang lelaki warga emas di Thailand yang pastinya memberikan pengajaran kepada jurujual yang telah gagal membaca isi poket lelaki ini.
Menurut lobak merah.com Lelaki itu telah pergi ke beberapa pengedar motosikal namun tidak dilayan kerana memakai t-shirt labuh yang lusuh, seluar berwarna kelabu yang agak kotor serta berselipar. Rupanya yang seperti tidak terurus itu membuatkan jurujual menganggap bahawa lelaki itu tidak mampu untuk membeli motorsikal berkuasa tinggi.
Selepas meninjau dari satu kedai ke kedai yang lain, lelaki tersebut akhirnya dilayan dengan baik oleh jurujual di sebuah kedai motorsikal. Dalam masa 10 minit sahaja, dia membuat pilihan motorsikal yang mahu dibelinya.
Saya mahu beli yang itu!” katanya.
Sebaik memberitahu jurujual, dia terus menyeluk tangannya ke dalam poket seluar sebelum mengeluarkan wang tunai sebanyak 600,000 Baht (RM75,147) dan terus membayar motorsikal jenama Harley Davidson itu.
Kisah tersebut menjadi viral selepas kakak sulungnya memuat naik status dan gambarnya di media sosial. Lelaki itu bernama Lung Decha, seorang mekanik yang bekerja keras dan kini separa bersara.
Dia tidak merokok, dia tidak minum (arak) atau berjudi,” katanya melalui status itu.
Menurutnya lagi, abangnya itu bukanlah seorang yang kaya tetapi sudah memasang impian untuk memiliki motorsikal tersebut. Jadi, kini dia sudah boleh enjoy selepas mengumpul wang bertahun lamanya.
Sikap pakcik ini menabung demi mendapatkan keinginannya memang patut dicontohi.
Sumber Asal : Lobakmerah
Sumber: amanzingnara

Safawi Rasid Dedahkan Pemain Import Baru JDT

0
COM


Mohammed Ghaddar Bakal Dilamar Oleh Pasukan JDT FC

MENJADI isu perbualan peminat setia bolasepak Malaysia tentang penyerang sensasi iaitu Mohammed Ghaddar, dari pasukan Kelantan yang dikatakan bakal dilamar oleh satu kelab liga tempatan dengan gaji 6 angka. Tetapi, persoalannya manakah pasukan yang cuba memancing Mohammed Ghaddar yang kini masih menjadi penjaring terbanyak liga dengan 16 gol yang berjaya dihasilkan? Adakah pasukan itu datangnya dari selatan?



Adakah Menuju Ke Selatan

Persoalan ini terus menghantui dengan dikaitkan tersebarnya Instagram Story milik pemain JDT FC, Safawi Rashid. Terdapat sebuah gambaran formasi melibatkan pemain JDT. Dalam formasi tersebut, terdapat nama pemain JDT seperti Hazwan Bakri, Safiq Rahim, Marcos Antonio dan juga Nazmi Faiz.


Samada adakah ia benar atau tidak? Sama-sama kita saksikan...

Sumber : http://penggaliilmudunia.blogspot.my