Semalam Cahaya Malaika anak kepada Mawi (Asmawi Ani) dan Ekin (Norashikin Rahmat) telah menyambut hari lahirnya yang ke-4.
Majlis bertemakan ‘My Little Pony’ yang diadakan di kediaman Mawi di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor itu telah dihadiri oleh ahli keluarga, teman rapat serta rakan-rakan artis.
Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga Cahaya menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Amin.
Anak bongsu kepada Datuk Yusof Haslam iaitu pengarah filem, Syafiq Yusof dan isterinya, Aeisha Zainal semalam telah mengadakan majlis akikah buat anak perempuan mereka yang bernama Nuur Jannah.
Majlis yang dilakukan secara sederhana itu telah dihadiri oleh rakan dan keluarga terdekat.
Untuk makluman, anak sulung mereka ini di lahirkan pada tahun baru iaitu 1 Januari 2016.
Ibu Campak Bayi Dari Tingkat 18 Flat Danau Kota Dikenal Pasti| Kejadian yang terjadi pagi tadi Mayat bayi itu ditemui pada 8.30 pagi oleh seorang seorang lelaki yang segera menghubungi pihak polis.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif mengatakan bayi perempuan itu dijumpai bersama uri dan mengalami cedera parah di bahagian kepala.
Hasil siasatan mendapati, bayi itu adalah anak kedua suspek dan dicampak dari balkoni rumahnya di tingkat 18. Suspek yang juga ejen hartanah ditahan dirumahnya yang dihuni bersama anak perempuannya berusia 5 tahun, katanya.
Suspek telah dikejarkan dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan.
Berikut adalah 12 selebriti malaysia yang berpendidikan tinggi. Bijak-bijak juga artis kita!!
Najwa Muhyiddin
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu “Got to Go” ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.
Lisa Surihani
Pelakon “Istanbul, Aku Datang” ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.
Yuna
Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti ‘pemuzik jalanan’, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).
Daphne Iking
Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.
Ahmad Idham
Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah “Remp-It” yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan – cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.
Sudirman Hj Arshad
Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.
Datuk Aznil Hj Nawawi
Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.
Fazley Yaakob
Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.
Jason Lo
Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.
Kaer Azami
Selepas bekas peserta “Akademi Fantasi Musim 2″ ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.
Aishah
Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.
Azhar Sulaiman
Pelakon “Keluarga Iskandar” ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.
Amir rajalawak tidak diketahui keputusan peperiksaannya.. admin pasti beliau juga mempunyai keputusan yang cemerlang ketika di bangku sekolah dulu! kipidap AMIR!!
PETALING JAYA – Kecewa kerana Kelantan masih gagal mengutip tiga mata penuh, penaja utamanya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan membawa semua pemain dan ketua jurulatih, K. Devan untuk ‘mandi bunga’ sebelum dua kali bertemu Kedah pada aksi Liga Super dan Piala FA, minggu ini.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, inisiatif itu diambil bagi membangkit aura positif di kalangan pemain dan K. Devan untuk menamatkan kemarau kemenangan.
“Saya akan belanja mereka semua mandi mandi. Saya tengok semua pemain macam tak bersemangat, ada peluang untuk jaringkan gol tetapi benteng pertahanan pula buat kesilapan.
“Tempoh hari Traore yang ada masalah, tapi kali ini barisan pertahanan pula. Saya fikir dengan cara ini akan membantu memberikan aura positif yang dapat memulihkan semangat skuad Kijang dan juga Devan,” kata Vida kepada mStar Online.
Vida yang juga Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkata, rawatan tersebut akan dilakukan di Kedah sebelum aksi sepak mula dengan skuad Helang Merah pada Selasa, manakala persaingan kedua pada Jumaat.
“Selok-eloknya ia dilakukan sebelum aksi sepak mula dengan pasukan tuan rumah. Kebetulan saya ada produk untuk rawatan tersebut dan pemain akan gunakannya nanti.
“Saya mahu aura juara bersama mereka dalam dua perlawanan penting itu. Diharap selepas ini, pemain dan jurulatih akan rasa lebih segar dan cergas serta bersemangat untuk menang,” katanya.
Sebelum ini, mStar Online melaporkan Vida pernah menyarankan agar penyerang import Kelantan, Dramane Traore berbuat demikian bagi membuang badi penyudah yang tumpul.
Saranan itu dibuat selepas kecewa dengan prestasi hambar Traore yang pernah diangkat sebagai penjaring terbanyak musim lalu kerana masih tercari-cari rentak bersama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).
Pada masa sama, jutawan kosmetik itu mahu Devan mencari jalan penyelesaian segera kepada masalah yang membelenggu pasukan tersebut sebelum keadaan menjadi lebih parah.
“Pada perlawanan dengan UKM FC tempoh hari, nampaknya masalah di bahagian serangan selain Traore gagal menemui penyudah berbisa.
“Ketika bertemu Sarawak malam Jumaat lalu, timbul pula masalah di bahagian pertahanan. Saya harap Devan kenal pasti masalah tersebut dan tanganinya dengan segera,” katanya.
Vida berkata, beliau menaruh harapan tinggi kepada pasukan Kelantan untuk merekodkan kemenangan di negeri Jelapang Padi itu setimpal dengan suntikan dana besar yang dilaburkan terhadap pasukan tersebut.
“Tolonglah bangkit, jadikanlah PQPTRW sebuah pasukan hebat dan digeruni lawan. Saya sanggup lakukan apa sahaja demi pasukan, jadi pemain perlu buktikan sesuatu, jangan kecewakan saya lagi,” katanya.
Terbaharu, Vida melaburkan kira-kira RM3.8 juta untuk slot siaran langsung pasukan Kelantan pada aksi Liga Super dan Piala FA di stesen televisyen TV3 dan TV9 pada musim ini.
Langkah itu diambil kerana prihatin dengan keluhan penyokong pasukan tersebut yang tidak dapat menyaksikan perlawanan secara langsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru, Kelantan.
Malah, Vida turut melaburkan RM16 juta untuk perjanjian penajaan terhadap pasukan itu selama dua musim. – mStar Online