Seorang lelaki ‘HISTERIA’ apabila membuka sebuah kotak yg terbiar 10 tahun tanpa terusik…apa yg lebih ‘menyeramkan’, tak siapa berani buka mahupun menyentuh kotak tersebut

0
COM
Seorang lelaki ‘HISTERIA’ apabila membuka sebuah kotak yg terbiar 10 tahun tanpa terusik…apa yg lebih ‘menyeramkan’, tak siapa berani buka mahupun menyentuh kotak tersebut sehinggalah suatu hari, lelaki ini terduduk tak terkata apabila dia membuka kotak dan menyedari isinya adalah ..

2017-03-28_1415.png


Sebuah perusahan ekspedisi barang dikejutkan oleh paket misterius.
Dilansir Viral4real seorang pembeli online membeli sebuah paket besar dan sudah dibayar.
Akhirnya mereka pun pergi mengantarkan paket tersebut, anehnya pembelinya tak pernah ada di rumah.
Paket ini akhirnya disimpan di ruang penyimpanan perusahaan tersebut selama 10 tahun.
Dari kotak luarnya sudah kelihatan merek sebuah motor balap.
Setelah 10 tahun berlalu dan tidak ada yang mengambil paket ini, akhirnya mereka membuka kotaknya untuk diperiksa.

lol.png
Walaupun sudah lewat 10 tahun dan kotaknya berdebu bahkan berjamur, tapi kondisi barang dalam kotak tersebut masih bagus.
Dalam kotak besar tersebut rupanya berisi sebuah motor sport berwarna merah.
Melihat pemandangan ini, semua pegawai langsung geger.
10 tahun lamanya motor ini ada di gudang mereka dan anehnya tidak ada yang mencoba membukanya.
Setelah mereka melaporkan pada pihak berwajib.
Akhirnya hakim memutuskan buat memberikan motor Ducati ini ke pegawai paling senior di perusahaan itu yang ternyata adalah seorang wanita tua!
Alasannya adalah karena selama 10 tahun wanita ini yang menjaga keberadaan motor.
sumber
Sumber: ntahapa2labu

Lepas Habis Urut, Saya Dan Suami Siap Untuk Pulang. Semasa Nak Pakai Selipar Aku Ternampak

0
COM

Lepas Habis Urut, Saya Dan Suami Siap Untuk Pulang. Semasa Nak Pakai Selipar Aku Ternampak |Bila dari hari Isnin hingga ke Jumaat kita penat bekerja, kita mesti ambil satu hari untuk manjakan diri. Antara aktiviti yang boleh hilangkan penat ialah baring sambil tengok movie kat bilik, tidur sehari tak payah keluar rumah langsung dan pergi mengurut. Fuhh mengurut tu feeling dia lain macam. Memang rasa fresh setiap kali lepas urut.. Tapi urut badan, kepala dan kaki ehh.. Bukan benda lain.





Cakap pasal mengurut, kami dapat kiriman emel dari seorang isteri menceritakan pengalaman sakit hati, tak dapat dilupakan bila dia pergi mengurut dengan suaminya di satu tempat urut bertemakan bali ni.. Alamak..

Ingin cerita pengalaman paling sakit hati berurut


Saya ingin berkongsi pengalaman saya berurut di salah sebuah pusat urut yang bertemakan konsep bali bersama suami saya. Tujuan saya berkongsi cerita adalah untuk mengingat dan menasihatkan kepada semua kaum wanita yg berstatus isteri, tunang, gf atau apa2 pun status anda. Untuk pengetahuan semua, suami saya adalah seorang ahli sukan. dia selalu minta saya urut malam2 sebelum tido. Tapi saya pun seorang isteri yang berkerja. So saya pun penat gak nak urut dia tiap2 malam. Sape cakap mengurut ni tak penat?? dengan badan suami yang berotot lagi (keras sebab bersukan). Penat weiiii.. Dia selalu mengadu dia sakit2 badan kebelakangan nie. Dia ajak saya mengurut di pusat urut. sebelum ni kami memang biasa mengurut di Ampang, area rumah mak mertua, sebab suami memang orang sana. yg mengurut suami pun lelaki la.




Biasanya suami je yang selalu mengurut badan, kalau saya teman pun urut kaki jela.. Sejak berpindah rumah sendiri ni kami pun tak tau tempat nak mengurut. Disebabkan kami selalu shopping barang dapur di tesco. Kami pun nampak lah satu pusat urut di dalam tu.. Malangnya pusat urut tersebut tidak lagi menerima pelanggan kerana time tu dah pukul 8.30 mlm. Katanya pelanggan yang booking dah penuh. Rasanya saya sudah pergi ke pusat urut tersebut sebanyak 3 kali (selalu pergi selepas shopping barang dapur) namun masih tidak pernah mendapat khidmat mereka kerana selalu full. Pusat urut ni ada mengurut lelaki mahupun perempuan. Perempuan yang urut perempuan la.. laki yang urutnya laki la. Sebabkn dah full saya pun suruhlah suami google pusat urut yang lain.. lepas dah goggle, jumpa lah satu pusat urut ni. Suami pun suruh saya call tempat tu.. Lepas dah tau lokasi saya dan suami pergi la kesana. Berapa minit je dengan pusat urut yang pertama tadi.

Kedai urut nampak lain macam..


Keluar je kereta saya tengok pusat urut tu.. macam scary je.. Pusat urut tu di tingkat dua bangunan kedai. Konsep pusat urut tu ala2 Bali. Kami pun masuklah. Kami berdua masing2 urut badan.. Dah bayar apa semua saya tanya la yang urut suami siapa? orang kaunter (perempuan) tu cakap perempuan. Saya pun tergaman sekejap.. Suami pun serba salah.. dah bayar kan.. Tp tak fikir negetif sebab pusat urut ni maybe yang jenis professional (dalam kepala otak pikir staff yang urut pakai uniform mcm maid2 org kaya dalam cerita2 tv tu kot, pakai sarung tangan plastik yang orang selalu jual makanan tu pakai dan bagi pelanggan pakai baju yang sepatutnya la time urut, sebab saya ni tak pernah urut badan dan tak pernah pergi tempat2 urut mcm nie) time tu rase saya ni kena open minded sikit la.. Saya berkali2 pesan kepada orang kaunter tu supaya bagi suami tukang urut yang jenis urut kuat (dalam hati supaya suami dapat yang makcik2 dan gempal2 sikit.. hehe) lagi pun suami memang selalu komplen yang saya urut tak rasa.ADS HERE
Sebab kan kami ni urut secara couple..

Lepas dah habis urut, pergi ke tempat suami pula lepas tu..


So orang kaunter tu ajak kami pergi ke tingkat 3.. dia tunjuk tempat urut kami.. Suami dan saya sebelah2 je.. yang pisahkan kami hanya lah langsir. nak cakap bilik pun tak jugak.. sebab dia macam pentas kayu, ada langsir, tilam single, bantal, kena bukak kasut dan towel je). Tingkat atas tu semua konsep urut dia mcm nie. lepas kami dah salin baju semua ade orang ketuk dari luar (bagi isyarat yang dia nak masuk la) sekali bila tukang urut tu masuk tengok2 memang bukan macam apa yang saya bayangkan.. Dia pakai seluar jeans pendek, baju kemeja lengan pendek yang had ketiak tu, muda dan putih.. bajet2 saya rumah tukang urut ni dalam lingkungan baya2 saya 25 tahun.. Saya diam lagi.. Dalam pikiran maybe suami dapat yang macam saya pikirkan tadi.. kami urut sejam.. tukang urut tu urut biasa2 je.. sempat la sembang dengan dia, ni keje full time dia ke? asal mana? dia dah kawin ke? suami mana? umur berapa? Dia cakap ni memang keje full time dia, asal Champa, ada anak 2 orang tapi takde suami (so korang boleh pikir kot mana dia dapat anak tu) umur dia 31 tahun.. Tapi kalau korang tengok pun tak macam 31 tahun weeeiiiii.. badan dia pun kecik molek je..




lepas dah habis urut, saya dengan suami pun siap2 la.. turun dari pentas kayu (tempat urut tu) nak pakai sliper saya tengok tempat urut suami ade kasut tumit tinggi warna hitam dalam size 4 kat luar. Dalam hati dah menggelegak dah, menyumpah2 dah.. jalan depan sikit nak ke pintu untuk turun ke bawah tengok ade tukang urut yang urut badan saya tadi dan sebelah dia seorang perempuan pakai dress hitam bapak pendek punya (kalau dia tonggeng kompem nampak seluar dalam dia) saya pun anggap perempuan tu yang urut suami.. Bab1 betul.. ini tukang urut yang dia bagi urut laki aku??? Aku rasa diorang nie memang ada buat extra service kalau mane2 jantan yang mintak tu.. Korang bayang kan la.. Kalau urut kat katil urut tu takpe lagi.. Ni urut kat atas tilam single atas pentas kayu takde katil.. Kompem2 la kena panjat badan bile nak urut bagai.. korang pun boleh fikir kan.. shit betul.. aku dah tarik muka dah dengan suami.. tukang urut tu dua2 senyum kat kami time nak turun tu.. otw balik memang tukar silent mode dengan suami..

Memang tak la lepas ni nak urut mana-mana main terjah je



Memang hati mengelegak betul..Suami tanya2 gak kenape aku senyap.. Aku tau dia tau kenape aku tarik muka.. Tapi saje je buat2 tanya lagi.. Muka suami dah serba salah.. kalau aku bukak mulut kompem2 perang besar.. baik aku diam dulu.. Tak pasal2 aku tido dalam hati yang sakit amat2 bagai di hiris2 je.. Tapi bila pikir balik bukan la salah laki ak 100% pun.. aku yang bajet2 nak open minded sangat.. hamik kau.. Memang tak la lepas ni nak urut mane2 main terjah je.. So, kesimpulan nya kepada kaum hawa semua.. Kalau2 cik abg uolls tu nk gi urut elok dan lebih afdal sekiranya korang tau kat mana, dengan siapa, dan tau mcm mana servis tempat urut tu.. Ngarut je urut2 babi nie.. Eh urut bali ni.. Tersasul pulak.. hehe..




Tapi sebaik2 alam semesta kalau korang pergi teman sekali. Tak la aku cakap semua pusat urut tu tipu.. tapi eloknya kalau korang pikir sempit sikit mcm aku. Sempit tak sempit.. Kalau aku tau laki aku pergi tempat2 macam tu lagi memang aku terajang dia dengan tukang2 urut dia sekali.. kalau pergi dengan kawan pun dengan kawan2 dia aku terajang.. so kena extra careful lepas ni sebab aku rasa memang bersepah je pusat urut yang mcm nie kt KL nie.. Jangan cepat sangat percaya kan laki2 anda.. hahaha.. cukup la kami dah terkena sekali.. kalau korang nak rasa pedih dansakit yang aku rasa sekarang nie boleh la try even laki aku tak bersalah dalam cerita ni.. sakit bebbbb.

Sumber:infoviralterbaru

Sumber: jubahsemalam
Share :

Mimpi Didatangi Ibu Bapa Telah Meninggal Dunia..Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu !!!

0
COM

 


Mimpi Didatangi Ibu Bapa Telah Meninggal Dunia..Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu !!! Kehilangan ibu dan ayah tercinta merupakan antara kehilangan yang tiada galang gantinya. Ustaz Khailil Razak ada berkongsikan petanda jika dapat mimpi didatangi ibu bapa yang telah meninggal dunia. Berikut merupakan antara kisah yang dikongsikannya:
123
 Sumber : http://kitaviral.com

PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…

0
COM

 

PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya… | Baru-baru ini seorang netizen di China membela anjing baka Golden Retriever yang diambil dari tempat perlindungan haiwan. Keluarganya juga sangat menyayangi anjing tersebut kerana ia begitu comel dan taat kepada mereka.
Bagaimanapun, ketika waktu malam anjing itu mula berkelakuan pelik. Menurut tuannya, anjing itu akan tunggu di luar bilik tidurnya setiap malam dan merenung sehingga tuannya tidur.
Pada mulanya, lelaki itu beranggapan anjing tersebut berkelakuan sedemikian kerana tidak biasa dengan persekitaran baru. Namun, selepas beberapa lama, kelakuan pelik anjing itu masih tidak berubah. Sehinggakan, lelaki itu dihantui dengan pergerakan anjingnya pada waktu malam.
Bagi memastikan anjingnya tidur pada waktu malam, lelaki itu bermain dengannya pada waktu siang untuk menghabiskan tenaga anjing tersebut. Tetapi, usahanya ternyata sia-sia kerana anjing itu tetap mempunyai tenaga yang cukup untuk menunggu di pintu bilik dan melihatnya tidur.
Risau akan keadaan anjingnya yang mungkin mempunyai masalah kesihatan, lelaki itu membawanya ke klinik haiwan untuk menjalani pemeriksaan. Doktor kemudian memaklumkan bahawa anjing itu dalam keadaan yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah.
Tekad untuk membongkar misteri, lelaki itu pergi semula ke tempat perlindungan haiwan di mana dia mengambil anjing itu untuk mendapatkan jawapan.
sehingga minggu lalu apabila ditanya kakaknya yang menyedari perubahan dirinya.
Selepas mengetahui tentang tabiat pelik anjing tersebut, pekerja di tempat perlindungan haiwan itu memberitahu lelaki berkenaan bahawa pemilik sebelum ini telah membawa anjing itu secara senyap dan menghantarnya ke tempat itu ketika ia sedang tidur.
Pemilik anjing itu sebelum ini terpaksa berbuat demikian kerana isterinya mengandung dan mereka tidak mampu untuk menjaganya lagi.
Bayangkan perasaan dia bangun tidur tiba-tiba ada dalam sangkar di tempat perlindungan haiwan…
Semenjak dibela, pemilik baru itu membuat spekulasi berdasarkan kisah lampaunya bahawa anjing itu tidak berani untuk tidur pada waktu malam kerana takut akan dihantar ke tempat lain seperti pemiliknya yang sebelum ini lakukan.Alahai kesiannya :'(
Lelaki itu tidak dapat menahan kesedihan dan menangis selepas mendengar cerita sedih di sebalik tabiat anjingnya itu.
Selepas pulang ke rumah, lelaki itu mengalihkan penghadang di pintu bilik tidurnya dan meletakkan katil anjing ke dalam biliknya supaya ia boleh tidur bersamanya pada waktu malam. Lelaki tersebut berharap dengan melakukan sebegitu, sekurang-kurangnya dia dapat memberi rasa selamat kepada anjing itu dan ia akan dapat tidur dengan nyenyak pada waktu malam.
Haiwan juga mempunyai perasaan. Janganlah kita melayan dengan teruk dan menganiaya haiwan.
Sumber : World Of Buzz

Tak Pernah Bagi Nafkah Pada Isteri Hanya Dengar Cakap Emak. Aku Menyesal Tapi Dia Dah Takda !!!

0
COM
Tak Pernah Bagi Nafkah Pada Isteri Hanya Dengar Cakap Emak. Aku Menyesal Tapi Dia Dah Takda !!!| Isteri dan anak adalah amanah daripada Allah buat seorang suami. Wajib bagi seorang suami untuk menjaga dan menghargai seorang isteri yang banyak berkorban untuk suami.
(Gambar Sekadar Hiasan)


Namun, bagi lelaki ini sudah terlambat buat dirinya ini untuk menyayangi dan menghargai isterinya. Apabila selama hayat isterinya, dia tak pernah peduli berkenaan nafkah apatah lagi untuk memberikan kasih sayang.

Dipukul, dimaki tapi isteri tetap sabar.

Tak hirau masalah isteri sampai dia takda.

“Abang harap sayang ampunkan abang”

Moga kisah ini menjadi teladan buat semua yang membaca. Hargailah seseorang sebelum Allah ambil daripada kita.





Yang Tidak Lulus BRIM Akibat Daftar SSM Jangan Risau Ikuti Langkah-Langkah Mudah Ini Untuk Perolihi Duit BRIM Anda

0
COM


Sy baru keluar dr LHDN cawangan.. info yg sy peroleh walaupun sy bkn penerima BRIM :
1. Yg tidak layak, x kirelah ape sebab boleh kemuka rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017
2. Knp pemohon yg memiliki SSM perlu kemuka dokument perniagaan? Kerana tujuan kerajaan beri BRIM adalah utk golongan pendapatan rendah, ade peniaga yg kaya raya dpt BRIM hanya kerana mereka tidak membuat potongan kwsp dan tidak membayar cukai, kerajaan tidak dpt kesan pendapatan mereka dan mereka masih terima BRIM. Pemilik SSM yg berniaga kecil2 boleh buat rayuan dgn kemukan dokumen berkaitan bermula tarikh spt diatas.
3. Mslh2 lain :
Cth 1 : perlu kemuka sijil pengesahan perkahwinan : ade kes pasangan sdh bercerai tp suami masih dpt BRIM RM1050, sepatutnye dpt RM450 shj, ini mengakibatkan bekas isteri gagal dpt BRIM kerana x update dlm sistem ( ini pembelaan kpd hak wanita ) dan kpd yg ade mslh ini boleh kemuka rayuan dan bukti di LHDN sprt tarikh di atas.
Cth 2 : tiada pengesahan berhenti belajar
Mahasiswa yg dpt baucer buku RM250 perlu kemuka dokument tamat belajar utk layak dpt Brim org bujang RM450 ( untung RM200 ), pergi ke LHDN bermula tarikh spt diatas.
Cth 3 : nama anda tersenarai dlm tanggungan pemohon lain
Yang ni semak sendiri, kalau ayh kite dpt, make sure dlm permohonan ayah kite, kite tiada dlm tanggungan jika kite bekerja sendiri.
Dokument2 yg berkaitan akan dimaklumkan oleh LHDN selepas mendapat taklimat dari MOF, dan bile dh jelas nnt LHDN akan maklum utk kemudahan pemohon.
Stakat ni dlu sy taip, lenguh pnjg2 dan sy rase korg x bace sgt pon. Hahaha.. yg pntg ingat fakta! Rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017 dan bawa dokument berkaitan!.. Bersabarlah semua, rezki rahsia Allah..
# Boleh Share Jika Perlu..

Sumber : Ayie Lantana

Terkejut Ibu Tetapkan Duit Hantaran RM30,000 Pada Bakal Suami

0
COM


Hai. Aku nak meluahkan perasaan dan pengalaman aku. Cerita ini aku karang seringkas mungkin untuk menyampaikan point aku saja. 

Aku perempuan, anak sulung, usia pertengahan 20'an. Semasa aku membuat keputusan untuk berkahwin, mak aku terus menetapkan duit hantaran RM30,000 kepada bakal suami. 

Aku terkejut dan rasa keputusan itu langsung tidak masuk akal. Aku terus membangkang dan mujur Opah aku juga bersetuju dengan aku. 

"Patutlah ramai anak muda lari kahwin di sempadan, sebab mak bapak macam inilah. Kamu pergilah kahwin di sana, sediakan RM3,000 je pakej lengkap siap ada photographer. Opah sokong kamu." 

Terbaiklah ayat Opah, direct cakap depan mak aku. 

Maka dengan itu, berkuranglah hantaran kepada beberapa ribu sahaja. Opah kata, majlis adalah tanggungjawab mak bapak, bukan bakal suami. Aku cadang nak buat kenduri biasa-biasa sahaja sebab keluarga aku ini sederhana. Tetapi keluarga aku semua setuju. Katanya kami wajib mengedarkan kad jemputan kepada 1,000 rakyat jelata dan menjangkakan tetamu yang akan datang sebanyak 2,000. 

Keluarga aku bukan macam Che Tatau, terkenal satu negara. Dari hujung kampung ke hujung kampung pun bukan tentu orang kenal. Jadi, apa hal nak jemput beribu-ribu orang? 

Mak bapak aku yang tertekan dengan pendapat orang kampung ini, akhirnya buat pinjaman peribadi. Tak pasti sama ada mereka memang sudah ada simpanan lain atau apa, tetapi katanya pinjaman ini untuk menanggung kos-kos tambahan sahaja. 

Mak pujuk aku untuk menyumbang separuh bayaran bulanan pada bank. Aku tak kisah sebab aku memang hulur duit setiap bulan. Terpulanglah pada mereka nak gunakan duit itu macam mana. 

Apa guna duit hantaran? Duit hantaran itu aku guna untuk barang hantaran, baju, kad doorgift, makeup, photographer dan kos-kos kecil lain. Selainnya, mak bapa aku (khemah, makanan, kerusi meja dan pelamin). 


Habis majlis, mak bapak terduduk sebab penat dan juga sebab keluar duit banyak untuk majlis besar-besar tetapi kesudahannya membazir saja. Kalau mampu lain cerita, ini siap terpaksa pinjam bank. 

SEKARANG

Benda ini terkesan pada aku sebab keadaan ekonomi semasa. Suami aku turut terkena kesan ekonomi sekarang. Mujur aku bekerja, jadi bolehlah survive lagi. Jadinya, aku pun beritahulah pada mak bapa yang aku selepas ini mungkin jarang balik kampung sebab keadaan ekonomi aku dan suami tidak berapa bagus. 

"Habis tu, duit bulan-bulan masih boleh bayar ke tak? Hutang bank ni," itu soalan pertama dari mulut mak aku. 

"Ye boleh, tak ada masalah sebab itu masih tanggungjawab kita," aku jawab. 

Tetapi bohonglah kalau aku tak terasa dengan soalan itu. Mak lebih risaukan hutang sendiri dari keadaan anak dia. 

"Berapa sebenarnya yang mak pinjam?" 

"Adalah sikit," jawab mak. 

Bila aku buat kiraan semula, duit yang mereka kena bayar setiap bulan dan tempoh bayaran balik, rupa-rupanya lebih dari RM10,000. 

Kesimpulannya, aku kecewa. Kenduri yang sepatutnya menjadi kenangan terindah dalam hidup tetapi bila teringat, rasa macam beban pula. 

Pakcik makcik di luar sana, kalau tidak mampu buatlah cara tidak mampu. Jangan nak eksyen leibh sampai membebankan anak-anak. Jangan terikut budaya orang kampung yang kuno, sebaliknya nilaikan kemampuan diri. 

Anak-anak pula, Opah aku pesan kalau tak mampu, pergilah berkahwin di sempadan sana. Macam-macam pakej ada dan pilihlah mengikut apa yang kau orang suka. Pakej bermula dar RM3,000. Opah katalah, aku 

Kisah Warden Wanita Yg Berseorangan Di Asrama. Setiap Malam Pasti Ada Sesuatu Yg … !!!

0
COM
Kisah Warden Wanita Yg Berseorangan Di Asrama. Setiap Malam Pasti Ada Sesuatu Yg … !!!| Minggu ni giliran rakan sebilik aku iaitu Ustazah Diya bertugas di bilik warden. Oleh itu, selama seminggu jugalah aku akan bersendirian di dalam bilik kecil di asrama dua tingkat ini dari jam 8 hingga 10 malam. Saat yang sangat mendebarkan bagi aku. Hampir dua bulan menjadi guru ganti di sekolah berasrama penuh di Balik Pulau, Pulau pinang ini, sudah pelbagai versi cerita seram yang aku dengar dari guru-guru lain tentang sekolah ini.
Aku membelek jam di telefon bimbitku. 7.45 malam. Sebentar lagi pasti Ustazah Diya akan keluar menuju ke bilik warden untuk menjalankan tugasnya. Usai solat maghrib dan bersiap, Ustazah Diya meninggalkan aku keseorangan di bilik ini. Seperti biasa aku akan manfaatkan waktu malam begini untuk menyemak buku-buku latihan pelajar. Sejam berlalu. Setelah penat menyemak, aku baring di atas katil sambil membelek telefon bimbit. Sedang aku leka bermain game Candycrush, aku terdengar bunyi pancuran air dari bilik mandi pelajar di tingkat atas asrama. Ish, siapa pula yang mandi kat atas ni? Makin lama makin kuat bunyinya. Aku mula rasa resah gelisah.
Untuk pengetahuan semua, setiap hari kesemua pelajar dikehendaki mengosongkan asrama pada jam 7.30 malam. Mereka dikehendaki berkumpul di surau sekolah dan mengerjakan solat maghrib secara berjemaah. Maka, warden akan memeriksa setiap tingkat dan bilik asrama pada masa tersebut bagi memastikan semua pelajar sudah keluar menuju ke surau. Pelajar hanya dibenarkan kembali semula ke asrama pada jam 10 malam selepas tamat waktu prep. Terdapat 3 orang warden ditempatkan di asrama 2 tingkat ini. Aku dan Ustazah Diya ditempatkan di tingkat bawah manakala Cikgu Laili pula ditempatkan di tingkat atas.
Minggu ni pula Cikgu Laili tiada di sekolah kerana membawa rombongan pasukan hoki sekolah ke Terengganu. Sebentar tadi memang aku dan Ustazah Diya sudah memeriksa tingkat atas dan bawah asrama. Setelah memastikan tiada pelajar lagi di kawasan asrama, kami mengunci grill pintu utama asrama. Tapi, siapa pula yang tengah mandi di tingkat atas ni? Lama juga bunyi pancuran air. Aku bangun dari katil dan mengintai di celah tingkap bilik. Dari celahan tingkap bilik aku melihat ke tingkat atas. Bunyi air masih ada namun aku gagal mengenalpasti sebarang kelibat manusia. Dalam fikiranku takkanlah ada pelajar yang terlupa nak tutup pili air sedangkan tadi tidak ada pun bunyi air. Nak naik atas dan periksa? Gila kau. Tak berani aku.
Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi. Tiada lagi bunyi air. Suasana sunyi membuatkan bulu tengkuk aku meremang. Lagi seram apabila memikirkan hanya aku seorang sahaja dalam asrama ini pada waktu sebegini. Aku belek telefon bimbitku. Baru jam 9.30 malam. Setengah jam lagi baru Ustazah Diya akan balik daripada bertugas. Dalam hati aku berdoa semoga masa berlalu dengan cepat.
Sedang aku ingin meneruskan kerja menyemak buku latihan pelajar, aku terdengar pula bunyi tapak kaki manusia berlari berkejar-kejaran di tingkat atas. Aduh, main kejar-kejar pula kali ni. Aku mula berpeluh dingin. Janganlah pula dia datang ketuk pintu bilik aku lepas ni. Lantas aku membuka alunan ayat-ayat suci dari telefon bimbitku. Buat seketika, bunyi tersebut pun beransur hilang. Aku menarik nafas lega apabila tidak lama kemudian Ustazah Diya kembali semula ke bilik. Aku pun ceritakan pengalaman seram sejuk aku tadi kepada Ustazah Diya.
Rupa-rupanya dia pun pernah mengalami gangguan yang sama pada minggu lepas semasa aku bertugas. Akhirnya, kami berdua berpandangan antara satu sama lain tanpa sepatah kata. Mujurlah kami berdua hanya sempat berkhidmat selama tiga bulan sahaja di sekolah ini.- Fiksyen Shasha.

'Mama tahu adik sakit, adik pergilah dik, adik jangan susah hati nak tinggalkan mama'

0
COM

Pilu hati seorang ibu mengungkap kata sedemikian pada anak kecilnya yang menderita dan menghidap tumor dalam kepala. 

Dialah yang menyaksikan sendiri bagaimana kuatnya arwah yang berusia setahun itu terus berjuang untuk terus hidup sehinggalah menghembus nafas terakhir pada 28 Januari 2017. Marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Nur Alisya Naufaleen.


Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan semua. Hari ini tanggal 28 Februari 2017, genaplah sebulan Nur Alisya Naufaleen telah pergi imeninggalkan saya dan kakak-kakaknya. 

Arwah anak saya merupakan seorang anak yang cukup kuat, cukup baik dan cukup segala-galanya. Saya telah menyedari kepala arwah agak besar berbanding kakak-kakaknya yang lain sejak umur arwah lima bulan. Saya ada bertanya pada keluarga, adakah anak saya kelihatan normal? Mereka mengatakan 'Ya' pada saya. Jadi saya tidak ambil apa-apa tindakan. Bahkan keputusan ukur lilit sewaktu arwah berusia 7 bulan masih berada dalam lingkungan normal. 

Anak saya tidak pernah mengalami demam yang lama dan sentiasa kelihatan sihat dan cerita. Sampailah anak saya berusia setahun, saya tertanya-tanya kenapa anak saya masih tidak boleh berjalan? Tetapi ahli keluarga tetap memberikan jawapan yang positif dengan mengatakan mungkin anak saya malas dan ada juga yang kata,

"Jangan risau, anak semua tak sama. Ada yang cepat dan ada yang lambat"

Mendengar kata-kata mereka itu, hati saya kembali tenang seketika. 



Bulan berganti bulan, sampailah ada suatu ketika di mana ayah saya telah kembali ke rahmatullah juga ialah pada 23 November 2016. Dan dua hari selepas pemergian ayahanda tercinta, arwah anak saya telah dimasukkan ke dalam wad kerana arwah ketika itu kelihatan amat tidak bermaya dan hanya terbaring sahaja. Dari situ, pihak hospital telah menjalankan beberapa ujian terhadap arwah anak dan suspek ada sesuatu di dalam kepala arwah. 



Akhirnya pada 3 Januari 2017, segala persoalan saya terjawab. Anak saya disahkan mempunyai cecair yang banyak dalam kepala. Pelbagai cara yang saya lakukan untuk merawat arwah. Dan setelah anak saya menjalani ujian MRI, barulah doktor pakar dari Hospital Tunku Abdul Rahman (HTAR) berkata pada saya bahawa arwah bukan sahaja mempunyai cecair dalam kepala, tetapi juga mempunyai tumor yang sangat besar. 

Pada waktu itu, saya terasa diri ini seperti dipanah petir. Lutut dan kaki tidak terasa lagi, lalu saya jatuh terjelepuk keseorangan dan menangis. Mata saya tetap melihat arwah. Saya bangkit semula dan dapatkan arwah, lalu memeluknya. Cukup kuat anak yang berusia setahun lebih menanggung tumor yang sangat besar. 

"Patutlah anak saya tak boleh berjalan," kata saya dalam hati. 

Arwah selamat menjalani pembedahan pertama iaitu VP Shunt. Bayangkan seorang anak kecil telah ditebuk di kepala, perut dan memakai tiub dari kepala sehingga ke perut. Arwah tetap kuat. Setelah menjalani pembedahan itu, tumor kelihatan lebih besar dari scan dan MRI sebelum ini. 6.5 cm x 4.3 tahap 4. 


Menurut doktor pakar bedah otak, arwah dikatakan harus menjalani pembedahan dengan segera. Saya cuba nak menyelamatkan arwah dengan menandatangani dokumen-dokumen untuk pembedahan besar itu. Lalu pada 23 Januari 2017, arwah telah ditolak masuk ke dalam dewan bedah dan menjalani pembedahan hampir 10 jam. 

Arwah dikatakan stabil walaupun koma, setelah tamat proses pembedahan itu. Namun dugaan saya tersilap apabila arwah terpaksa dibedah sekali lagi pada jam 3 pagi, 24 Januari dan arwah telah ditolak keluar dari dewan bedah pada jam 10 pagi dan dimasukkan ke ruang HDW. 

Doktor bedah juga telah berjumpa dengan saya dan keluarga. Beliau mengatakan bahawa arwah tidak mempunyai harapan lagi. Namun saya tidak pernah demu dalam mendoakan arwah. Malah ramai kawan-kawan mendoakan agar ada keajaiban. Subhanallah, banyak hikmah yang terjadi. 

Akhirnya pada 28 Januari 2017, arwah telahpun kembali ke rahmatullah dan berada di sisi Allah swt. Arwah seorang yang kuat dan saya sebagai ibunya telah menyaksikan sendiri bagaimana kuatnya arwah berjuang untuk terus berada di samping saya. Lalu saya berbisik kepadanya,

"Adik, mama akan kuat dik. Mama janji dik, mama kuat sama macam adik. Mama tahu adik sakit, adik pergilah dik. Bukan mama tak sayang adik. Mama sayang. Sebab mama sayang adiklah mama minta adik pergilah dik. Mama halalkan susu mama dan mama janji mama akan jaga kakak-kakak adik dengan baik.

"Adik jangan susah hati nak tinggalkan mama. Mama tahu adik sayang mama sangat sebab itu adik susah nak tinggalkan mama, kan? Adik, pergilah dik. Adik janji tau, adik kena tunggu mama di syurga," 

Khalimah syahadah saya bisikan sebanyak tiga kali dan akhirnya setelah penat berjuang selama lima hari untuk bangkit dari koma, arwah telahpun menghembuskan nafasnya buat kali terakhir pada 11.14 pagi. Sayalah yang memangku arwah, memeluknya ketika arwah sedang nazak. Dengan kuasa Allah, arwah membuka matanya sedikit dan terasa seperti tangan saya digenggam olehnya. Saat arwah hendak pergi, mungkin itulah pandangan terakhir dari arwah untuk mengingati wajah saya sebagai ibunya. 



Buat kawan-kawan semua, maaf saya banyak menyepikan diri setelah kehilangan arwah. Saya cuma rasa tak kuat nak buka Facebook ini sebab terlalu banyak kenangan tentang arwah. Hari ini tak tahulah dari mana datangnya kekuatan ini. Saya amat berharap pada kawan-kawan semua, ambil perkarai ni dengna serius dan jadikan sebagai pengajaran. Kalau ada rasa tak sedap hati, cepat-cepat bawa anak pergi buat pemeriksaan. Jangan dengar kata orang dan percaya pada naluri seorang ibu. Saya sudah cuba yang terbaik, namun Allah lebih menyayangi Nur Alisya Naufaleen. Marilah kita sama-sama sedekahkan yasin dan Al-Fatihah buat arwah puteri kesayangan saya, Nur Alisya Naufaleen. Al-Fatihah.