Pelawa 3 Kanak-Kanak ‘Berkaki Ayam’ Makan Di Sebuah Restoran. Tiba² Salah Seorang Berhenti Makan Dan Berkata…..

27
COM

Pelawa 3 Kanak-Kanak ‘Berkaki Ayam’ Makan Di Sebuah Restoran. Tiba² Salah Seorang Berhenti Makan Dan Berkata…..



Jom Share...
Seperti biasa sepasang kekasih sedang menjamu selera di sebuah restoran makanan segera, sehingga mereka menyaksikan sesuatu yang sangat istimewa.
Apa yang disaksikan oleh pasangan ini adalah seorang lelaki yang telah mempelawa sekumpulan anak-anak muda jalanan untuk makan. Tetapi, apa yang membuatkannya sedih ialah perbualan di antara lelaki dan salah seorang budak tersebut.
Patrisha Capillan bersama dengan teman lelakinya berada di sebuah restoran Jollibee di Filipina, dia telah ternampak tiga anak jalanan yang berkaki ayam di luar restoran itu.
Pada mulanya dia melihat seorang lelaki membeli begitu banyak makanan, mungkin lebih banyak daripada apa yang seseorang boleh makan. Setelah memesan makanan itu, lelaki itu memanggil anak-anak jalanan, dan mereka duduk di atas meja untuk makan bersama.
Selepas menyaksikan tindakan mulia lelaki ini, Capillan memutuskan untuk merakamkan perbuatan mulia lelaki tersebut dan memuat naiknya ke Facebook, di mana ia telah dtonton lebih daripada 1.7 juta kali.


Dalam video itu, Capillan merakam lelaki itu makan bersama tiga anak itu. Dia berasa tersentuh ketika dia memerhatikan mereka. Tetapi yang paling menyentuh adalah apabila salah seorang daripada kanak-kanak tersebut yang memakai pakaian warna hijau berhenti makan, dan lelaki itu bertanya mengapa.

Kanak-kanak itu menjawab bahawa dia mahu membawa makanan pulang kepada ibunya supaya ibunya juga dapat menikmati makanan itu. Perbualan mereka begitu menyentuh perasaan membuatkan Capillan menangis.
Apabila mendengar jawapan anak itu, lelaki tersebut telah pergi untuk memesan makanan lain untuk dinikmati oleh anak itu. Walaupun Capillan memulakan rakaman selepas perkara ini berlaku, adegan dalam klip video pendek ini tetap sangat menarik.
Selepas video itu dimuat naik ke Facebook, ramai netizen telah memuji lelaki itu, dan juga mengucapkan terima kasih kepadanya kerana memberi inspirasi kepada mereka.
Beberapa orang netizen berkata: “Saya sangat berbangga dengan anda.” Netizens lain juga menyatakan penghargaan mereka dengan berkata, “Tuhan memberkati, dan memberi rahmat kepada lelaki itu di atas kebaikannya.”
Tonton video yang sangat menyentuh hati di bawah:

Kredit : erabaru



ZALIM ! Hakim Terduduk Dengar Pengakuan 4 Pelajar Perempuan Yg Cabul Rakan Perempuan Mereka ! Rupanya Lebih EXTREME !

15
COM

 


Kejadian berlaku di Ayer Keroh. Empat pelajar perempuan yang kini menuntut di sekolah pemulihan akhlak telah dihadapkan ke mahkamah seksyen pada hari ni kerana tuduhan memasukkan botol deodoran ke dalam kemaluan rakan perempuan mereka sendiri pada awal bulan ini.

Walaubagaimanapun, mereka berempat yang kini berumur antara 18 dan 19 tahun telah membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapan mereka di hadapan Hakim bernama Ahmad Sazali Omar.

Menurut pertuduhan yang telah di buat, keempat-empat tertuduh telah didakwa melakukan penderaan seksual dengan cara yang ekstrim iaitu dengan memasukkan botol dedoran ke dalam lubang kemaluan seorang rakan perempuan mereka yang berusia 16 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik di sekolah di berkenaan, kira-kira jam 5 petang, pada 9 April lalu.

Kesemua tertuduh telah didakwa atas seksyen 377CA kanun keseksaan dan juga seksyen 34 kanun sama yang boleh di kenakan hukuman yang berat iaitu penjara maksimum 30 tahun dan juga sebatan dika mereka bersalah.

Selain itu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi tidak membenarkan jaminan atas faktor semua tertuduh hampir tamat tempoh perintah di sekolah itu dalam tempoh terdekat dan mencadangkan jaminan RM30,000 bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan dikenakan jika mahkamah menggunakan budi bicara.

Bagaimanapun, semua tertuduh dalam rayuan menerusi peguambela Andrew Lourdes memohon jaminan RM5,000 setiap seorang dengan alasan dari keluarga berpendapatan rendah.

Ahmad Sazali kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di sekolah terbabit hingga kes selesai, jika jaminan dibayar.

Mahkamah menetapkan 17 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan mangsa. 

Inilah Sebab Kenapa JDT Tidak Mahu Menghantar 2 Pemain Mereka Ke Skuad Malaysia U22

6
COM


Kejayaan kelayakan Piala AFC U23, pandangan saya:
1. Yang Berjaya pasukan Malaysia, yang jadi separuh gila fans yang di FB daripada fans beberapa negeri.
2. JDT sendiri ada player yang dilepaskan dan ada player yang tidak dilepaskan. Seorang player yan
g x dilepaskan tu dijangka masuk ke pasukan senior. Pasal seorang ni pun fans negeri lain yang maki. Kalau player ni masuk nak masuk dua-dua yang senior dan yang U23, nak bagi player ni mati agaknya. (JDT tidak menghantar Haziq Nazli kerana Farizal digantung AFC)
3. TMJ sendiri sudah bermesyuarat dengan semua ahli gabungan yang menjadi wakil kelab untuk melepaskan player, tetapi tidak paksa mereka…, jadi janganlah salahkan kelab yang tidak mahu lepaskan player. Benda simple macam ni pun bergaduh…
4. Pasukan U23 ni yang hantar atas nama FAM, presidennya pun TMJ. Perbelanjaan tambang dan penginapan termasuk jurulatih semuanya dalam tanggungan FAM. X kan kita nak nafikan sumbangan FAM. Kalau fan rasa x boleh bagi kredit, esok hantar wakil sendiri jangan lalui ikut FAM. 
5. Pada saya dengan tempoh perlantikan baru dan pelbagai rancangan TMJ untuk memperkukuhkan pelbagai peringkat pasukan bola termasuk perlantikan OKS sebagai jurulatih pasukan ini dan pasukan SEA, sememangnya kredit boleh diberikan kepada FAM. 
6. Tahniah untuk FAM, TMJ, dan semua kelab yang memberi perlepasan kepada player atas kejayaan ini.


Sumber : Naxto Insa

(Video) Aksi Pemain Muda Kedah Akhyar Rashid Ayam-Ayamkan Pemain Thailand Kini Viral

1
COM






SETAHUN LEBIH SIMPAN DUIT ROKOK LELAKI INI DEDAH HASIL TABUNGAN ROKOK YANG BUAT RAMAI TERPANA

6
COM
 on Setahun Lebih Simpan Duit Rokok Lelaki Ini DEDAH Hasil Tabungan Rokok Yang Buat Ramai TERPANA
Semua orang tahu merokok boleh merbahayakan kesihatan namun statistik penghisap rokok semakin meningkat dari tahun ke tahun. Lebih menghairankan lagi, ramai yang sedar kebanyakan penyakit berkaitan merokok adalah pembunuh nombor satu di negara ini yang menyebabkan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dianggarkan 100,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun di sebabkan penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
Bercerita mengenai rokok, kisah menarik ini mungkin boleh dijadikan teladan dan inspirasi buat semua perokok yang ingin berhenti merokok. Seorang wanita Indonesia, Dita Sari Wootekh telah mendapat perhatian ramai netizen di negara jiran selepas dia memuatnaik gambar yang menunjukkan sejumlah wang terkumpul hasil duit rokok suaminya.
 
Difahamkan, suaminya mula berhenti merokok sejak November 2015 lalu. Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli produk tembakau itu telah disimpan setiap hari membolehkan selepas setahun enam bulan mereka telah berjaya membeli sebuah motosikal baru secara tunai.
Sejujurnya saya ketika itu juga tidak yakin dia mampu berbuat demikian, namun tetap memberi sokongan.
Dia memilih sendiri berbuat demikian, bukan kerana dipaksa atau dilarang sesiapa. Alasannya kerana mahu hidup sihat.
Untuk menunjukkan komitmennya, suami saya mengubah bekas akuarium di rumah kami untuk menjadi tabung yang dilabel Power of 20 rb.
Setiap hari dia memasukkan 20 rb Rupiah (RM6.40) iaitu jumlah sepatutnya dibayar untuk rokok dan selepas setahun setengah, dia melihat isi tabung itu tidak perlu dinyatakan jumlah dikumpulkan, tetapi cukuplah untuk membeli sebuah motosikal, katanya.
Sumber : eksidenz
Jesteru, di bulan Ramadan yang mulia ini marilah menanam azam baru untuk katakan tidak kepada merokok. Kumpul duit dan lihat berapakah hasil wang tabung rokok yang anda akan dapat dalam masa setahun dari sekarang. Apa tunggu lagi!

PUKUL 2 PAGI JE SESUATU SELALU TERJADI TINDAKAN SUAMI TU BUAT AKU NEKAD UNTUK

11
COM
 
GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN
Salam admin mohon hide profile yer Nama sy AIn. Tahun nie 10 tahun dah kami mendirikan rumah tangga. Alhamdullillah sy bersyukur ada suami yg baik, rajin & penyanyang.cuma ada 1 perkara jer kadang2 sy tak tahan n hilang sabar ngan suami.
Dia memang loving kalau tidur memanjang nak suruh sy tidur kat lengan diasaya pun sukatapikadang2 tengah tidurterkejut saya Selalu berlaku dalam pukul 2 pagi. Ditendang kakidi tumbuk..di tolak Memula kawen sy menangis kene tendang.sekarang saya balas balik jer
Alasan dia dia mengigau ada org culik saya laada orang nak rampas saya laada org nak amik sy la..dia belawan dengan org jahat la konon2.memula rasa wahhhhsayangnya lakiku dekat akusampai terbawa2 dlm mimpitp kalau dah kerap sgt..lama2 naik gerambaru2 niesedap2 dibuai mimpi 
Muka saya dpt habuanpeeleeepeekk dapat tengah mukasy geram bangun2 dlm keadaan sakit la gak sy bagi balik kat muka dia.terbangun terus dia tanya apa halsy pun jawab..mcm biasa la..ada org nk culik sy..abang belasah org tue..sy pun melawan sama nak selamat kan diri n abang terkena muka abang plak..
Alhamdullillah bang sama2 dah bangun.kesan pukulan x la sakit sampai lebam tp cukup la tuk mengganggu tidur lena..sepanjang kawen ada la 10-12 kali kene.tp kami jarang terbawa2 sampai pagi bergaduh tuecukup sekadar merungut dlm gelap n sambung tidurx tahu la sampai bila la suami sy asyik nk mengigau org nk culik saya tue..
Sumber: KRT via jommelancong
Ada cadangan yg bernas x mcm mana nk mengelakmane tahu ada org yg alami masalah sama TQ ADMIN
 

Like this Article? Share it!


Punca Sebenar Dollah Salleh Digantung 18 bulan Dan Denda RM30,000 Oleh FAM

1
COM


KUALA LUMPUR: Kelantangan pengendali Pahang, Dollah Salleh, mengkritik mutu pengadilan membawa padah apabila digantung 18 bulan dan didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Hukuman berkuat kuasa mulai semalam, selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM menerusi mesyuarat kelmarin.
Keputusan itu diumumkan menerusi kenyataan media di laman rasmi badan induk itu, sebentar tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, berkata Dollah didapati melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM.
Katanya, tindakan Dollah membuat kenyataan di ruangan media berhubung isu membabitkan FAM tanpa kebenaran badan induk itu, secara terus boleh memberi impak negatif ke atas nama baik serta reputasi FAM.
Bekas pengendali skuad kebangsaan itu turut dihukum kerana mengecam urusan pentadbiran hal-ehwal FAM membabitkan pengadilan Liga Malaysia (Liga M) selepas perlawanan Pahang bertemu FELDA United, pada 1 Julai lalu.
Pahang tewas 1-2 kepada FELDA United pada perlawanan itu.
"Jawatankuasa memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM yang mana defendan dikenakan penggantungan sembilan bulan pertama (dari 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018) manakala baki sembilan kedua (21 April 2018 hingga 20 Januari 2019) ditangguh.
"Ia tertakluk kepada kepada kelakuan baik defendan dan jika kesalahan sama berulang dalam tempoh 12 bulan selepas penggantungan pertama, hukuman penggantungan sembilan bulan kedua akan dikuatkuasakan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Baljit mengesahkan hukuman itu boleh dirayu.

Sumber Berita Harian



PELIK WALAUPUN GAJI TAK CUKUP TP SUAMI SELALU PENUHI KEHENDAK AKU SUATU HARI AKU NAMPAK TIN DALAM KERETA

0
COM


on PELIK Walaupun Gaji Tak Cukup Tp Suami Selalu Penuhi Kehendak Aku Suatu Hari Aku Nampak Tin Dalam Kereta
Saya dan suami berkenalan dari zaman sekolah lagi sekarang dah 10 thun kenal dia dan kami telah berkahwin hampir 2 tahun. Di sini saya ingin bercerita tentang kesusahan yang kami harungi sebagai suami isteri. Pada awalnya kami masing bekerja. Hanya kerja biasa, kalau disatukan gaji kami berdua tak smpai 3K pun. Duit itu lah kami beli segala keperluan kami. Segala bill akan dibayar dahulu dan selebihnya dihulurkan untuk orang tua kami.. tinggallah beberapa ratus untuk keperluan makan kami berdua.
2 bulan kami berkahwin masih lagi tiada tanda saya mengandung, orang pun dah mula tanya. saya fikir mungkin belum tiba masanya lagi untuk saya mengandung dengan ekonomi kami yang tidak seberapa. Tapi suami selalu pesan Percaya pada rezeki Allah.
Dan saya terus diuji dengan kehilangan orang tua yang saya cintai. Saya tidak ada sesiapa lagi selain suami. Dialah tempat bermanja, dialah tempat mengadu. Alhamdulillah, Setahun lebih kami berkahwin saya disahkan mengandung dengan kebenaran suami saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana mengalami alahan yang teruk.
Bermulalah episod dimana kami terpaksa menyekat segala keperluan dan kehendak kami untuk cukupkan sampai ke akhir bulan. Lepas bayar segala bill, duit yang ada dalam tangan kami hanya tiggal dalam 3-4 ratus shja. itu lah duit untuk isi minyak kereta, itu lah duit untuk makan kami smpai hujung bulan. Tentang nafkah seorang isteri, saya tak ambil kira itu semua yang penting kami sama dapat makan. Dapat survive sampai hujung bulan pun dah memadai.

Kalau masak, saya akan catu lauk supaya tak terbazir. Kalau beli ayam seekor, saya mintak potong 20. Satu hari masak 4 ketul sahaja boleh tahan sampai 4-5 hari untuk seekor ayam. Suami saya sangat penyabar. dia selalu tolong saya buat kerja rumah, basuh baju, sapu lantai, sebelum keluar kerja dia akan masakkan dulu untuk saya.
Setelah 4 bulan mengandung, saya mula mendapat kekuatan untuk menjalankan tugas harian di rumah dengan ekonomi kami yang tak berapa elok, saya ambil upah buat macam2 kerja untuk bantu suami dan tunaikan keinginan saya yang mula mengidam tapi tak lama sebab saya mengalami alahan semula, segala tulang dan sendi mula sakit.. mula tak larat macam mula mengandung dulu.
Suami saya kata tak apa, abang akan usaha untuk tunaikan permintaan sayang kalau sayang teringin nak makan apa.. tapi saya cuba pendam, saya tak beritahu dia pun kalau saya teringin nak makan apa cuma kadang je mulut ni lincah sangat terlepas juga lah. Saya cakap, kalau abang tak ada duit tak apa. Sayang ok boleh tahan keinginan ni walaupun sebenarnya tak tertahan pun. wanita mengandung yang mengidam je akan tahu perasaan macam ni.
Walaupun lambat, suami akan usaha juga tunaikan permintaan saya walaupun dia sendiri pun ada keinginan dia akan dahulukan permintaan saya berbanding dirinya. kadang di tempat kerja dia langsung tak makan sebab nak berjimat..kadang dia beli kuih dan cucur je sebagai makan tengah hari. Start tahu macam tu, saya mula bekalkan makanan untuk suami. Walaupun hanya nasi kosong, kadang saya buat nasi goreng kalau tak ada lauk. Asalkan suami tak kelaparan di tempat kerja..
Kadang suami bawak balik makanan sedap time dah hujung bulan.. saya pelik, suami cakap duit dah nak habis. tinggal beberapa puluh je untuk duit minyak kereta. Tiba dia bawa balik makanan yang saya hajatkan.. bila saya tanya mana dapat duit, dia cuma jawab abang buat partime.. jadi saya tahu lahh suami taknak bercerita dengan lebih lanjut tentang mana dia dapat duit lebih.
Sehinggalah saya terperasan dalam kereta ade beberapa tin minuman kosong dalam plastik di kerusi belakang. bila saya tanya dia jawab saje kumpul.. lama kelamaan baru saya tahu rupa-rupanya suami kumpul tin kosong dan kotak terpakai untuk dijual.. duit hasil jualan itu lah dia simpan untuk tunaikan keinginan saya..
Saya rasa bersalah.. saya rasa terharu.. saya menangis mengenangkan usaha suami untuk saya.. suami cakap itu tanggungjawab dia.. jangan rasa bersalah.. untuk sayang dan anak kita yang selama ini kita tunggu abang akan buat apa je..
Lagi beberapa bulan dah nak bersalin, segala keperluan untuk menyambut kelahiran anak kami beli sikit.. bulan ini baju dua helai..bulan depan 2 helai lagi.. Kadang bila tengok tv sama, suami akan renung saya tiba.. bila saya tanye kenapa dia hanya tersenyumlepastu dia cakap terima kasih sayang dah hidup dengan abang, maaf kalau sayang susah hidup dengan abang.. haaa mula lahh suami isteri ni berdrama kan.. lagi isterinya ni kalau tak mengalirkn air mata memang tak sah..
Sumber:- eksidenz
Dia selalu yakinkan saya, rezeki Allah tu ada di mana.. cepat atau lambat pasti akan ada.. Allah dah rancang segalanya.. Kami tak dapat hidup senang macam orang lain.. tapi insyaAllah mungkin suatu hari nanti kami diberi rezeki yang tak terduga oleh Allah..
Minta doa kalian supaya kami dilimpahkan rezeki untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung kami ini dan doakan saya supaya dilancarkan urusan bersalin nanti ya. Amin.. Maaf kalau penceritaan dan ayat saya tunggang langgang dan susah untuk difahami.

ABG MASUK TAHFIZ TAPI BLK RUMAH TIBA2 DIA JENTIK LENGAN AKU TAK SANGKA RUPA2NYA

1
COM
 on Abg Masuk Tahfiz Tapi Blk Rumah Tiba2 Dia JENTIK Lengan Aku Tak Sangka Rupa2nya
GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN
Abang. Abang kat sini bg perempuan ada byk maksud. Abg kandung, abg panggilan utk suami atau abg utk panggilan buayafren. Abang dlm cerita aku ni adalah abang kandung. My only brother.
Nama aku Fatin. Tak ada adik, tak ada kakak. Hanya ada abg. Dua beradik je. Sejak kecil aku rapat dgn abg. Pernah gelar aku tomboy sebab perangai macam lelaki. Panjat pokok, main layang2 tanpa memakai baju (ikut abg), main basikal kat lereng bukit dan byk lagi. Semua aku ikut abg aku. Abg aku baik sgt, selalu layan aku yg mengada2 ni.
Aku ingat lagi masa kecil, sama2 tgk kartun doremon pukul 7 mlm. Selalunya bila dah maghrib mak suruh solat dulu, tak bagi tgk kartun. Aku dgn abg aku berlumba utk solat. Masalahnya kitaorang berlumba siapa paling cepat habis solat. Pernah abg sembahyang salah kiblat. Janji solat. Aku gelak2 je sambil jerit Makkkk!!!! abg sembahyang tak ikut kiblat!!. Lepas abg solat kena ketuk kepala dgn abg. Lepas tu bergaduh. Tp end up tgk kartun sama2 jgk.  
 
Sumber: jommelancong

Setelah Tidak Menghadirkan Diri Ke Kem Skuad Malaysia U22 Inilah Nasib Yang Bakal Diterima 6 Pemain Tersebut

0
COM


Enam pemain yang sepatutnya melaporkan diri dalam skuad Malaysia U22 untuk menghadapi saingan kelayakan AFC U22 dan temasya sukan SEA kini digugurkan dalam senarai pemain yang akan berangkat ke Bangkok hari ini.
Jurulatih skuad Malaysia U22, Datuk Ong Kim Swee nyata kecewa dan terpaksa mengugurkan 6 pemain itu dan beliau hanya membawa 22 orang pemain ke saingan kelayakan AFC U23. Enam pemain yang dimaksudkan ialah Matthew Davies (Pahang), Azam Azih (Pahang), Safawi Rashid (JDT), Haziq Naqli (JDT),  S. Kumaaharan (Penang) serta Syamer Kutty Abba (Penang).
“Ketika ini saya tidak ada banyak pilihan dan pemain-pemain yang berlatih di sini (wisma FAM) akan disenaraikan termasuk seorang lagi pemain dari Sarawak, Nur Shamie Iszuan bagi melengkapkan senarai 22 pemain,” katanya.
“Nur Shamie akan melaporkan diri hari ini sebelum kami berlepas ke Bangkok petang ini dengan enam pemain yang enggan lapor diri saya anggap mereka tidak akan datang,”
Pada saingan kelayakan AFC U22, Malaysia diundi dalam kumpulan H bersama Thailand, Indonesia dan Mongolia dan mempunyai peluang yang cerah untuk layak ke pusingan akhir di China tahun depan.
Selain tugasan di Bangkok, skuad Malaysia u22 juga akan bertanding dalam acara bolasepak Sukan SEA yang akan bermula pada 19 Ogos hingga 30 Ogos ini. FAM menetapkan sasaran pingat emas untuk skuad negara.
Datuk Ong Kim Swee kemungkinan tidak akan menyenaraikan semula 6 pemain yang digugurkan untuk tugasan Sukan SEA dan akan mengekalkan pemain sedia ada.
sumber: Harian Metro

Inilah 10 Pemain Termahal Dalam Liga Malaysia Hanya Seorang Pemain Tempatan Tersenarai

0
COM



3 Pemain JDT Yang Mempunyai Nilai Perpindahan Semasa Tertinggi

Menurut laman web Transfermarkt.com yang berpengkalan di United Kingdom, kami dapati 3 pemain JDT tersenarai dalam 10 pemain yang mempunyai nilai perpindahan semasa tertinggi dalam Liga Malaysia. 3 pemain tersebut adalah seperti berikut:

1- NATXO INSA

Pemain yang menggemparkan peminat bola sepak di Malaysia melalui keputusan beliau meninggalkan Levante yang berjaya naik ke saingan La Liga Sepanyol untuk musim 2017-2018.
Walaupun beliau mempunyai baki kontrak selama setahun bersama Levante beliau nekad membuat keputusan untuk berpindah ke JDT dengan kontrak selama 2 tahun. Nilai perpindahan sebenar tidak dinyatakan oleh kedua-dua pihak namun menurut sumber dari El Desmarque nilai perpindahan beliau kira-kira setengah juta euro.
Walaubgaimanapun menurut Transfermarkt.com nilai sebenar pemain ini mencecah €800,000 (RM 3,918,908.94) Nilai ini meletakkan Natxo Insa sebagai pemain yang mempunyai nilai perpindahan tertinggi di Liga Malaysia.

2- GONZALO CABRERRA

kelantan 2 JDT 3 gonzalo cabrera
Gonzalo Cabrerra yang berasal dari Argentina memulakan kerjaya bola sepak bermula di Akademi Boca Junior. Beliau di bawa masuk ke JDT daripada kelab Al-Faisaly yang bermain di liga Arab Saudi.
Menurut Transfermarkt.com nilai terkini Gonzalo Cabrerra ialah €750,000 (RM 3,673,977.13) yang meletakkan beliau di tempat ke 4 senarai pemain dengan nilai pasaran tertinggi dalam Liga Malaysia. Selepas separuh musim bersama JDT Cabrerra menunjukkan kualiti permainan setanding dengan nilainya.

3- SAFIQ RAHIM

lagenda JDT safiq rahim pemain bernilai piala AFC 2015
Kapten yang mula bersama JDT di awal penubuhan kelab merupakan pemain tempatan yang mempunyai nilai pasaran tertinggi mengikut Transfermarkt.com. Nilai terkini beliau menurut laman web tersebut ialah €400,000 (1,959,454.47) yang menduduki tangga ke 9 dalam senarai tersebut.
Nilai ini setanding dengan anugerah-anugerah yang pernah beliau miliki terutamanya anugerah “Most Valuable Player (MVP)” dalam Piala AFC 2015.

Top 10: Nilai permindahan semasa tertinggi untuk Liga Malaysia

Top 10 market transfer
Sumber  : http://semuanyajdt.com

INILAH RAHSIA DI BILIK HOTEL YG PEKERJA HOTEL TAK AKAN BERITAHU ANDA. JANGAN TERKEJUT

0
COM
Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini kami ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu.
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.
Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka.
Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland.
Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.
Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat.
Sumber : eksidenz