KUALA LUMPUR, 19 Feb ― Walaupun bukan kali pertama mengarahkan filem seram, Syamsul Yusof tetap merasakan debaran apabila mengalami saat-saat pelik ketika penggambaran Munafik.
Pernah kameranya tidak berfungsi dalam satu insiden aneh sehingga memaksanya memanggil seorang ustaz berdoa untuk melancarkan penggambaran.
Syamsul, 31, berkata Munafik lebih mencabar berbanding Khurafat kerana penggambaran kali ini melibatkan tanah perkuburan, bilik mayat hospital dan banglo usang. Filemnya pada 2011 hanya menampilkan babak mayat digali semula dari lubang kubur.
“Terus terang sewaktu penggambaran [rasa] seram, tetapi tidak cakap ‘seram’. Semua senyap saja buat penggambaran,” katanya di sidang media majlis pratonton filem terbarunya malam tadi.
“Ada satu babak rumah usang di Puchong dan banyak cerita yang saya dengar tentang rumah itu. Saya tidak peduli, saya hendak juga buat penggambaran.
“Ada satu babak yang lebih 10 kali kamera fokus [tetapi] tidak dapat, kami pun pelik. Kita panggil ustaz berdoa selepas itu baru berjalan lancar.”
Filem ke-39 Skop Productions, yang diasaskan bapanya Datuk Yusof Haslam, akan ditayangkan Khamis ini.
Ia menampilkan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, Pekin Ibrahim, Sabrina Ali dan Syamsul sendiri.
Watak Maria, dibawa Nabila, meninggalkan kesan mendalam kepada penonton apabila jeritannya dirasuk ditambah dengan kesan bunyi mendebarkan.
Nabila, 31, juga mencabar dirinya apabila berani untuk berada dalam peti bilik mayat bagi menjayakan watak seorang wanita yang tertekan diganggu makhluk halus.
Ditanya pengalamannya melakonkan babak itu, anak sulung Amy Search berkata seseorang pelakon itu harus serius memberikan komitmen menjayakan watak yang diberikan.
“Saya memang rasa seram tetapi kerja hendak diteruskan juga. Tidak boleh cakap tidak mahu, saya cuma jalankan tugas saya. Bila pengarah kata, saya ikut.
“Saya tengok sendiri filem ini, saya tidak sangka saya boleh buat macam itu. Saya tengok pun saya penat.
“Saya rasa ini filem terbaik sepanjang saya berada dalam industri. Saya bersyukur Syamsul beri kepercayaan untuk saya.
“Sekurang-kurangnya saya ada sesuatu yang orang boleh tengok bakat saya,” katanya kepada media.
Syamsul berkata filem yang menelan belanja RM1.7 juta itu cerita biasa masyarakat Melayu terutamanya mereka yang pernah berdepan dengan sihir.
“Saya boleh letak di poster Munafik diilhamkan daripada kisah benar tetapi saya tidak mahu melakukan filem letak benda itu. Saya rasa tidak perlu tulis pun. Sesiapa yang pernah berpengalaman disihir, akan tahu benda itu.
“Saya ada tiga cerita yang berlainan sebenarnya. Oleh kerana saya mahu penonton menikmati cerita ini, tiga cerita itu saya gabung menjadi satu. Jadi lebih kuat ceritanya dan plot yang lebih mantap,” katanya.
Pengarah terbaik Festival Filem Malaysia pada 2010 dan 2011 berkata tiada harapan luar biasa disandarkan pada Munafik kerana selera penonton filem negara ini sukar diramalkan.
“Saya reda sekiranya filem ini kurang mendapat sambutan. Mungkin terlalu berat naskhah filem ini,” katanya.
Jika penonton gembira menonton filem itu, ia menjadi hadiah terbesar baginya sebagai mengubat kelukaan hatinya apabila KL Gangster 2 bocor di Internet.
Sekarang aiskrim sumi viral di media sosial terutamanya Facebook. Baca sampai habis ye, selepas itu kongsikanlah dengan kawan-kawan untuk kebaikan bersama.
Sejak kebelakangan ini nampaknya 'trend' ais krim Malaysia yang merupakan makanan kanak-kanak pada zaman dahulu sudah kembali diperkatakan apabila pelbagai resepi yang lebih sedap mula dikongsikan.
Bermula daripada seorang wanita yang berkongsikan resepi berkenaan di dalam sebuah group masakan di facebook dan kini menjadi ikutan dan kegilaan ramai orang dimana ternyata ramai yang mencuba dan berkongsikan kenakannya dimakan terutama pada waktu tengahhari yang panas.
Tetapi tahukah anda bahawa ais krim koktail campuran susu dan sumi ini mendatangkan keburukan kepada admin dan orang lain?
Jom kita tengok apa keburukannya.
Santan di kedai semua habis termasuk santan serbuk dan buah kelapa tua (untuk resepi yang guna santan)
Plastik aiskrim di pasar raya habis licin dibeli termasuklah saya
Susu pekat pun habis dibeli termasuklah saya
Lembu nak keluar susu pun menangis sebab tak sempat nak rehat
Sumi habis, budak-budak nak makan sumi pun yellek di kedai
Aiskrim sudah dibuat, tak sempat nak mengeras dah kena bedal dengan anak-anak sebab terlalu sedap
Diet saya pun kelaut gara-gara aiskrim sumi
Kilang-kilang aiskrim terpaksa tutup kedai sebab orang dah tak beli produk mereka lagi kerana tidak dapat menandingi kesedapan aiskrim sumi ini.
Betul atau tidak ia merupakan keburukan kepada kita? jangan marah yer...saja nak gurau-gurau dengan sahabat-sahabat SK.
Kalau ada yang terasa SK mintak maaf, kalau ada yang nak maki, istighfar banyak :)
Seseorang seringkali bermimpi ketika mereka sedang tertidur lena, namun ada sebahagian dari orang-orang telah bermimpi bertemu dengan orang-orang terdekat mereka yang telah meninggal dunia dan ternyata ada makna mimpi bertemu orang yang sudah meninggal dunia.
Mengapa kita boleh bermimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal? Dan apakah makna disebalik mimpi itu?
Mimpi Bertemu Orang yang Sudah Meninggal, Mungkinkah ada maksud tertentu?
Ramai orang yang menganggap mimpi hanyalah mainan tidur semata sehingga tidak ada maksud di dalamnya, namun ada sebahagian orang yang percaya bahwa setiap mimpi memiliki maksud dan malah sebagai pertanda adanya hal baik atau buruk. Salah satu mimpi yang dipercaya memiliki maksud tertentu adalah mimpi bertemu dengan orang yang telah meninggal dunia.
Berikut adalah maksudnya:
1. Sebagai pertanda kerinduan
Erti mimpi bertemu orang yang sudah meninggal adalah sebagai pertanda bahawa orang itu sangat merindukan orang yang telah meninggal tersebut seperti orang tua, saudara, dan teman. Setelah bermimpi maka tidak perlu difikirkan sangat dan sebaiknya segera mendoakan orang yang telah meninggal dalam mimpi tersebut agar mendapat ketenangan dan jangan lupa sekali-kali mengunjungi kubur mereka.
2. Pertanda adanya pesan dari arwah
Ada beberapa orang yang berpendapat bahwa bermimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal berarti bahwa arwah ingin menyampaikan pesan kepadanya kerana semasa hidupnya masih ada urusan yang belum terselesaikan.
3. Pertanda akan mendapat pertolongan
Pendapat lainnya mengatakan bahawa bermimpi bertemu dengan orang telah meninggal dunia adalah pertanda akan mendapat pertolongan dari seseorang yang akan menyelesaikan masalah yang dihadapi orang tersebut.
Namun, ketiga maksud tersebut belum dapat dibuktikan kebenarannya dan hanya berkembang sebagai mitos yang dipercayai oleh ramai orang.
Selain mimpi bertemu dengan orang yang telah meninggal, malah ada pula mimpi becakap dengan orang meninggal. Mimpi itu juga sebenarnya mempunyai makna yang tersembunyi di dalamnya iaitu sebagai pertanda bahawa semua yang diusahakan oleh orang tersebut akan sia-sia dan tidak berhasil.
Namun sebagai makhluk yang beriman, sebaiknya tidak langsung percaya dengan pertanda tersebut kerana makna yang terkandung dalam mimpi tersebut merupakan penafsiran dari manusia saja dan belum terbukti kebenarannya.
Mimpi tersebut dapat mendekati nilai kebenaran jika orang yang bermimpi berperilaku baik dan jujur dalam kehidupannya dan sebelum tidur selalu membersihkan diri terlebih dahulu dan mengambil air wuduk.
Selanjutnya adalah mimpi tentang anggota keluarga yang telah meninggal seperti datuk-nenek, ayah-ibu, dan adik-kakak. Menurut penelitian spiritual yang telah dilakukan, ternyata banyak orang yang memimpikan anggota keluarganya yang telah meninggal oleh kerana alasan psikologi seperti kerisauan terhadap kehidupan arwah di akhirat dan rasa bersalah yang ditimbulkan oleh kurangnya waktu bersama dengan arwah sewaktu masih hidup. Ada beberapa maksud tentang mimpi bertemu dengan anggota keluarga yang sudah meninggal, diantaranya adalah:
1. Merindukan arwah
Anggota keluarga seperti datuk-nenek, ayah-ibu, dan adik-kakak merupakan orang-orang yang sangat dekat dengan kehidupan seseorang, sehingga wajar bila orang yang telah ditinggal mati oleh keluarganya masih sangat merindukan orang tersebut. Rasa rindu yang besar dapat memicu seseorang untuk memimpikan orang-orang yang telah meninggal tersebut sebagai ubat kerinduan mereka.
2. Arwah mengharapkan kiriman doa
Maksud lain adalah arwah mengirimkan pesan kepada anggota keluarganya yang masih hidup untuk mengirimi mereka doa agar mendapat ketenangan di akhirat. Sehingga sebaiknya setelah bermimpi hal tersebut langsung mendoakan arwah yang telah dimimpikan.
Itulah beberapa maksud mimpi bertemu orang yang sudah meninggal yang dipercayai oleh sebahagian besar orang dan telah tersebar dalam masyarakat.
Semalam Cahaya Malaika anak kepada Mawi (Asmawi Ani) dan Ekin (Norashikin Rahmat) telah menyambut hari lahirnya yang ke-4.
Majlis bertemakan ‘My Little Pony’ yang diadakan di kediaman Mawi di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor itu telah dihadiri oleh ahli keluarga, teman rapat serta rakan-rakan artis.
Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga Cahaya menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Amin.
Anak bongsu kepada Datuk Yusof Haslam iaitu pengarah filem, Syafiq Yusof dan isterinya, Aeisha Zainal semalam telah mengadakan majlis akikah buat anak perempuan mereka yang bernama Nuur Jannah.
Majlis yang dilakukan secara sederhana itu telah dihadiri oleh rakan dan keluarga terdekat.
Untuk makluman, anak sulung mereka ini di lahirkan pada tahun baru iaitu 1 Januari 2016.
Ibu Campak Bayi Dari Tingkat 18 Flat Danau Kota Dikenal Pasti| Kejadian yang terjadi pagi tadi Mayat bayi itu ditemui pada 8.30 pagi oleh seorang seorang lelaki yang segera menghubungi pihak polis.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif mengatakan bayi perempuan itu dijumpai bersama uri dan mengalami cedera parah di bahagian kepala.
Hasil siasatan mendapati, bayi itu adalah anak kedua suspek dan dicampak dari balkoni rumahnya di tingkat 18. Suspek yang juga ejen hartanah ditahan dirumahnya yang dihuni bersama anak perempuannya berusia 5 tahun, katanya.
Suspek telah dikejarkan dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan.