Pengakuan Berani Mati Seorang Pelajar Perempuan, Nak Taubat, Tapi Pasti Sesuatu Akan Berlaku Padanya...

0
COM
Pengakuan Berani Mati Seorang Pelajar Perempuan, Nak Taubat, Tapi Pasti Sesuatu Akan Berlaku Padanya...

Pengakuan Berani Mati Seorang Pelajar Perempuan, Nak Taubat, Tapi Pasti Sesuatu Akan Berlaku Padanya...

Pengakuan Berani Mati Seorang Pelajar Perempuan, Nak Taubat, Tapi Pasti Sesuatu Akan Berlaku Padanya...


Firstly, aku bukan budak iium.
Secondly, aku perempuan.

Benda yang aku nak cerita ni , sepanjang aku hidup 20 tahun, aku tak pernah bagitahu dekat sesiapa langsung. Allah je tahu. Tapi aku decide nak cerita kat korang sebab aku rasa ramai kat luar sana alami benda yang sama dengan aku tapi tak jumpa jalan penyelesaian & aku harap kisah ni dapat buka hati sesiapa yang bacanya. 

Aku budak cemerlang kat sekolah , UPSR 5A, PMR 8A, SPM 9A, First year degree aku dapat dean list. Aku ada family yang sangat bahagia, yang kiranya mampu. Aku jenis manja dengan parents aku, aku selalu tolong parents aku, adik beradik aku. Aku tak ramai kawan tapi kawan aku semua stay dengan aku. Apa yg aku nak cakap, orang luar semua cakap aku baik, aku perfect etc. Tapi AKU HIPOKRIT. 

AKU TENGOK VIDEO LUCAH, AKU BUAT SEKS, AKU MASTURBATE. 

Aku mula tgk video lucah waktu aku darjah 6. Time tu aku taktahu apa lagi, aku tak ingat macam mana aku boleh terjebak. Aku tgk dkt Youtube. Bukan ada apa pun but it's new to me. Aku tak akil baligh lagi time tu.
Bila aku masuk asrama, aku jarang balik rumah so takde computer lah nak tgk. Tapi aku cari cara lain nak puaskan diri aku. Aku mula guna apa apa cara yang boleh buat aku orgasm. Aku taktahu pun apa orgasm time tu, yang aku tahu setiap kali aku buat tu aku rasa puas. 

Benda ni berterusan. Then aku mula couple kat sekolah, mula2 sentuh tangan jelah, lama lama bila aku dah form 4 form 5 , aku dah mula hanyut dalam maksiat. Aku terlanjur dgn ex boyfriend aku. Habis semua benda dah pernah pegang, semua benda nak buat. Kalau aku mati time tu, memang neraka tempat aku. 

Bila habis SPM, sementara tunggu masuk Uni, aku tak ingat berapa bnyk kali aku masturbate kat rumah. Berapa banyak video lucah aku dah tengok, even bulan puasa pun aku buat benda keji ni. Tapi time ni aku dah break dengan ex aku, tapi aku still hanyut lagi. Tapi sepanjang aku buat benda keji ni, sekali pun aku TAK PERNAH KANTOI. Allah tunggu je aku untuk berubah, dia bagi aku peluang . Dia tutup semua aib aku. 

Bila aku dah masuk Uni, aku rasa dekat situ mulanya aku sedar. Aku mula perlahan lahan nak try berubah. Tapi setiap kali aku tu lah jugak aku jatuh balik. Aku buat balik. Then aku insaf balik, then aku buat balik. Benda ni berterusan dalam 2 tahun. Setiap kali nak berubah, dosa yang aku pernah buat dulu macam playback dalam otak aku. Apa perasaan kau, bila kau asyik jatuh dkt tempat yang sama je ? Dalam hati kau, kau nak berubah, tapi kau kalah dengan nafsu kau. Sampai aku rasa, betul ke aku taubat ni, kenapa aku asyik ulang balik je. 

Aku mula penat. Setiap kali lepas aku buat, aku menangis sebab aku sedar aku kalah lagi dgn nafsu aku. Aku solat taubat. Aku menangis dkt Allah, aku cakap ' Bawaklah aku keluar dari lembah ni, aku dah tak larat. Aku nak berubah' tapi semua tu sekejap je. Aku masih dengan perangai aku. Benda ni ketagih. 

Sampai lah satu hari dlm 2-3 bulan lepas, aku betul betul penat. Aku penat dengan diri aku yang hipokrit. Aku cari Allah bila aku nak exam je, bila aku susah tapi bila aku senang aku buat maksiat. Aku solat taubat time tu, aku menangis teresak esak. Aku takut, takut Allah tak ampunkan dosa aku selama ni sebab aku asyik ulang dosa yang sama. Allah bagi semua yang aku nak, result exam aku semua bagus, keluarga aku bahagia, aku ada duit, ada kawan. tapi aku balas dgn buat maksiat. 

Selama ni , aku baca Al-quran at least 1 page a day. Tapi baca jelah, aku tak rasa apa, aku tak faham. Aku jaga solat 5 waktu aku. Tapi semua tu aku just buat je sebab aku dah biasa buat. Tapi satu haritu, tiba tiba bila aku solat, aku baca Al-fatihah, aku menangis, aku faham maksud surah tu. Aku tak dapat teruskan solat aku. Even aku baca bismillah pun aku menangis sbb aku selalu rasa Allah tak maafkan aku, tapi bila aku baca bismillah ' Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang' . Aku sedar, Allah sygkan aku. Sebab tu aku dapat wake up call. 

Sejak haritu, setiap kali aku baca Quran, aku try baca terjemahan nak faham apa yang Allah nak sampaikan. Yang buat aku lagi sayangkan Allah, bila aku rasa nafsu aku mula kuasai diri aku, bila aku rasa iman aku lemah, aku bukak Al-quran, tepat2 ayat yang aku baca tu kena dekat aku. Allah pujuk aku balik.

Aku jaga solat aku. Aku mula sedar, tiada siapa dpt tolong kita nak berubah kecuali diri kita. Battle with our innerself is 100 times harder than pergi medan perang. 

Bila aku mula rasa macam nak buat benda lama, dalam otak aku macam berlawan lawan yang jahat dengan yang baik. Yang jahat ckp ' takpelah, dah lama tak buat, sekali je pun lepas ni taubat lah' Yang baik pulak ' Allah tgk kot, kau dah berapa bnyk kali taubat, takkan nak buat lagi. Azab Allah kat akhirat nnt lagi perit, Kau tahan la kejap, in sha Allah aku akan balas balik kt akhirat nnt" . Aku rasa macam nak pecah kepala. Tapi benda yang buat aku gembira, bila aku berjaya kalahkan nafsu aku sbb aku takut sangat dgn azab Allah. 

Nak berubah tu senang, tapi nak mujahadah dalam perubahan kau benda yang balik payah sekali. Sebab tu ramai yang dulu lain sekarang lain. Aku dah tak ingat berapa banyak kali aku try berubah tapi jatuh balik kat lembah maksiat. Sekejap baik sekejap setan balik. Tapi aku selalu pujuk diri aku, rahmat Allah tu besar, jangan mengalah untuk berubah. Aku bangkit balik. 

Aku tak pernah salahkan parents aku sebab dorang tak pernah salah didik aku. Aku sendiri yang jebakkan diri aku. Ada sebab kenapa Allah cakap jangan dekati zina. Percayalah. Sekali kau terjebak, bukan senang kau nak keluar. Dulu ramai je nasihat, jangan couple apa semua, tapi kau ingat aku peduli apa. time kau bercinta , kau 100% buta i told you. Semua benda kau nak halalkan asalkan kau ada pakwe kau. Semua tarbiah sentap aku nak deny . Kalau kita buat dosa, kita takkan pernah senang dengan benda yang kita nk buat tu

Untuk rakan rakan yang kat luar yang alami benda yang sama dengan aku, korang nak stop tapi korang tak boleh. Yelah, takkan tiba2 korang nak break dgn pakwe korang sebab nak bertaubat kan ? Nanti orang cakap poyo gila kan. takkan tetiba korang nak pergi masjid tetiap hari padahal sebelum ni tak solat pun kan ? nanti orang cakap apa pula kan. PERCAYALAH, ORANG YANG CAKAP PASAL KORANG TU TAK DAPAT BAWAK KORANG MASUK SYURGA PUN !

Ni tips aku untuk korang berubah perlahan lahan , jangan buat dgn drastik TAPI BENDA NI SEMUA TAKKAN JADI KALAU KORANG TAKDE NIAT LANGSUNG NAK BERUBAH. 

1) Jaga solat. Aku tak tipu, jaga solat korang. Mula2 kalau korang dapat jaga solat 5 waktu pun dah kira bagus. Lama lama tu jaga solat awal waktu pulak then try solat sunat pulak. Buat perlahan lahan. Yang penting solat. 

2) Try to faham apa yang korang baca dalam solat tu. Even korang faham surah Al-fatihah pun okaylah. Bila kau faham , kau akan lebih khusyuk

3) Baca al-quran setiap hari. & baca terjemahan dia. Aku kenkadang pun tak faham terjemahan dia, sebab disetiap sebalik ayat tu ada cerita tersendiri kenapa Allah turunkan ayat tu. Kau kena rajin, google kisah kisah tu. 

4) Sebelum kau tidur, muhasabah. Benda ni orang ambil mudah sebenarnya even aku pun. Terus tidur malam2 tu. Tapi cuba fikir, apa kau rasa bila kau bangun esok nya kau dah dalam alam kubur. Kau dah tak sempat nak buat apa apa. Kau mula menyesal sebab kau tak bertaubat. So before tidur, fikir dulu dosa apa yang korang dah buat haritu & minta ampun kat Allah. Kita tak pernah tahu bila last kita hidup.

5) Kawan. orang selalu cakap , jauh kawan yg jahat, pergi cari kawan yang baik. tapi kau nak buat macam mana kalau kawan yang kau ada sekarang mmg perangai setan2 macam kau, takkan nak buang dorang tetiba macamtu je. Dorang dah bnyk tolong kau. Aku selalu fikir mcmtu dulu. Tapi bila kau ada niat nak berubah, Allah tolong kau jumpa orang yg baik baik. Bila aku masuk Uni , Allah temukan aku dgn kawan yg sgt innocent. Dorang taktahu pun maksud orgasm tu apa. Pure. Dari dorang aku baru belajar agama Allah. In sha Allah, Allah akan tolong kau.

6) Spend masa berdoa lepas solat. Orang selalu doa gegitu je pastu blah. Entah doa apa tah. Cuba kau duduk, doa dkt Allah. Minta Allah lembutkan hati kau, minta Allah ampunkan dosa kau. Cuba duduk berdoa.

7) Banyakkan dengar lagu islamik, video islamik, cerita islamik. Kau kena dekat diri kau dengan agama. Kalau kau malas, takde siapa boleh tolong kau. 

8) PERCAYA. Percaya dengan rahmat Allah. percaya yang Allah akan tolong kau kalau kau tolong diri kau. percaya yang Allah akan balas balik perkara baik yang kau buat kat dunia.Percayalah

9) Kalau korang rasa nak buat benda jahat, ingat lah neraka Allah macam mana. Kita selalu tak sedar sebab kita tak pernah rasa tapi ingatlah apa yang Allah cakap dalam Alquran tu semua janji Allah, Kau buat dosa kau tak taubat, neraka tempat kau. Kau buat baik, kau beriman, syurga tempat kau. Konsep dia senang je, tinggal kau je nak buat ke tak. 

10) Jangan terlalu sayang kan dunia. Fikir pasal akhirat kau. pengakhiran kau. kita hidup akhir zaman ni mmg banyak ujian. Dengan entertainment lagi, budaya barat, duit etc. Tapi semua tu akan berakhir, tinggal kau dengan amalan kau je akhir nanti. So do the best. Hidup ni exam jugak. 

LASTLY, JANGAN PUTUS ASA. BENDA NI MMG PENAT. TAPI INGATLAH ITS WORTH EVERY SACRIFICATION YOU MADE. ALLAH SAYANG KORANG SEMUA. INGAT TU. TAUBATLAH.

Saat aku tulis confession ni, aku bangga nak cakap yang aku dah lama tak buat benda keji tu. Aku harap korang doakan aku terus istiqamah dan aku doa korang pun terbukak hati dan diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah. Sama sama kita berubah kearah lebih baik.

– Ana

Sumber: IIUM Confession

Lepas 3 Tahun Ceraikan Isteri, Lelaki Ni Stalk Facebook Bekas Isterinya Akhirnya Dia Temui SESUATU !

6
COM
Lepas 3 Tahun Ceraikan Isteri, Lelaki Ni Stalk Facebook Bekas Isterinya Akhirnya Dia Temui SESUATU !
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku.
Tiba-Tiba??


Aku merupakan seorang lelaki yang sangat cliche, sangat typical. Lulusan universiti awam, bekerja sebagai seorang jurutera tempatan. Tiba umur aku 27 tahun aku tengok kiri kanan semua orang dah kahwin. Tapi aku ni kawan perempuan pun tak ada. Hati dah rasa macam nak kawin jugak, nak ada keluarga..mungkin sebab penat dedikasikan masa semata-mata untuk kerja. Jadi aku minta kawan-kawan aku kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sesuai la aku nak jadikan isteri.

Pendekkan cerita, aku dipertemukan dengan seorang gadis. Simple, tutup aurat, lemah lembut, cukup sifat bagi aku. dua tahun kami kenal, aku yakin memang dia lah jodoh aku. Sebab apa? Personaliti dia. Nature kerja aku ni memerlukan aku sentiasa on call,sentiasa sibuk. Tapi selama kami berkawan, dia tak pernah merungut walaupun keluar pun sebulan sekali je. Lepas tu, dia sangat independant, takde nak bergantung pada aku sangat. Seorang yang sangat bijak bagi aku, matang dan memang sempurna dan dari keluarga yang baik2. Aku luahkan niat aku untuk kahwini dia & dia setuju.

6 bulan kemudian kami menikah. 2-3 minggu berkahwin, aku rasa ada yang tak kena. Tapi aku abaikan saja biasalah baru lagi maybe belum biasa. Satu hari, aku tengok laptop dia. Ada satu emel menarik perhatian aku. Dia berbalas e-mail dengan Al-Baghdadi, satu tempat belajar Al-Quran. Bertanya kan yuran pendaftaran bagi orang dewasa. Aku belek2 tengok pendaftaran tu nama dia.

Tengah aku tengok tu, dia keluar dari bilik air & pandang aku. Aku tanya dia, awak nak belajar Quran ke? Dia terdiam tak jawab apa-apa, berjalan masuk dan duduk atas katil kami. Air mata dia mengalir laju, badan terhenjut-henjut menahan sedu tangis. Aku panik, dah kenapa isteri aku ni. Aku duduk sebelah, tanya dia kenapa. Dia buat pengakuan yang dia tak pandai mengaji dan sembahyang. Dia cuma hafal surah2 lazim sahaja tanpa tahu macam mana nak baca quran. Dia mohon maaf dari aku. Aku terkejut macam mana aku boleh tak perasan semua ni. Mugkin sebab sepanjang 3 minggu ni aku yang mengimamkan dia dan dia mengaji surah-surah yang dihafalnya. Zahirnya, dia nampak seperti muslimah sejati. Tudung labuh, berstokin, baju longgar, malah muka dia berseri walaupun kulit tak cerah mana. Aku tak tahu sekarang macam mana. Dia aku kahwini sebab aku fikir dia cukup didikan agama. Katanya, perkara ini mak ayahnya pun tak tahu. Ego aku tercabar, aku kecewa bila tahu perkara ini. Malam tu aku tidur luar. Tak tidur pun sebenarnya, aku berfikir sepanjang malam.

Esok paginya, kami solat subuh seperti biasa. Tapi tangan yang dia hulurkan untuk menyalami aku, aku biarkan tak bersambut. Aku terus bangun bersiap nak ke pejabat. Aku dapat lihat dia mengesat air mata, tapi aku biarkan. Hati masih sakit, masih kecewa. Terasa macam kena tipu, walaupun dia tak pernah cakap pun yang dia lancar mengaji, pandai sembahyang sebelum ini.

Beberapa minggu berlalu, aku memang diam saja tak bercakap dengan dia. Hari ini aku nekad, aku ingat aku dah fikir masak-masak. Aku panggil nama dia. Terkejut dia mendengar mungkin sebab dah lama kami tak bercakap. Muka dia seperti redha dengan apa saja yang bakal aku cakapkan. Aku luahkan kekecewaan aku padanya. Aku nak berpisah. Dia kata pada aku, berikanlah dia peluang. Dia sedang belajar sembahyang, belajar mengaji. Aku taknak dengar lagi penjelasan dia. Aku lafazkan talak malam itu jugak. Sepanjang tempoh eiddah, dia jaga makan minum aku seperti biasa. Waktu tempoh itu hampir tamat, dia datang pada aku dan bertanya..adakah aku masih tidak sudi menjaga dan mendidik dia. Aku tak boleh terima yang dia, selama 25 tahun hidup, tidak pernah sembahyang atau mengaji, umur 25 baru nak belajar.

Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar bodoh nya aku meninggalkan dia, wanita yang sedang mencari semula agamanya. Waktu itu jugalah aku cuba hubungi dia tapi tak berjaya. Dia dah berhenti kerja tempat lama, dah pindah dari rumah sewanya. Tak cukup kekuatan aku untuk pergi ke rumah bekas mentua, sebab aku tahu macam mana aku layan anak perempuan mereka selepas gadis itu mereka amanahkan pada aku. tak apalah, mungkin memang jodoh kami sampai hari tu je.

Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku. Aku dah gila talak ke..


– Faizin Islam

Besar Harapan Saya – Surat Terbuka PU Rahmat Kepada Mira Filzah Yang Menonjol Di ABPBH 29

0
COM


Ahad lalu telah berlangsungnya majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-29. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Artis baru yang sedang meningkat naik, Mira Filzah juga telah memenangi kategori Artis Baru Wanita Popular mengalahkan top 5 yang lain.
Dah lah cantik molek orangnya, berbakat pula tu. Tapi, kenapa pula PU Rahmat menulis surat terbuka kepada Mira Filzah? Ada yang tak kena ke?

Kemenangan awak sebagai Artis Baru Popular pastinya satu pengalaman manis.

Surat buat Mira Filzah
Assalamualaikum Mira Filzah , kenalkan saya PU Rahmat ,
Tahniah atas kemenangan pelakon baru wanita popular.. Eh skema nya aku.. Huuhu
Hukhuk (batuk betulkan suara)
Kita ni sebaya tau mira Filzah , saja bagitau kita sebaya pada awak (ehh..suka hati je aku panggil awak.. Haha)
Baik , straight to the point…
Saya kompem untuk awak yang berusia 23 tahun mencapai artis baru popular merupakan satu pengalaman manis .. Mabruk ..

Saya pun ada pengalaman manis melihat sepasang mata bercahaya dan senyuman milik seorang anak Syiria.

Saya pun ada pengalaman manis nak dikongsi , awak baca ea.. (Fuh ..Debarnya)
Tahun ini saya menjumpai sepasang mata yang bercahaya dan sebuah senyuman yang sangat manis
Mata dan senyuman itu milik seorang anak syuria(syiria).. Saya berpeluang ke Kem Pelarian Mangsa perang syiria,
Disana kan mira , kami Buat BBQ dan agihkan quran buat mereka, ada yang menangis melihat Al Quran kerana sudah lama tidak melihatnya, kami pun turut sebak kerana kami yang melihat quran depan mata tapi gagal berdamping dengan Al Quran.

Mereka sangat gembira, kami melihat senyuman yang mendamaikan jiwa.

Malam musim sejuk tu , kami buat BBQ dan mereka punya excited sampai mengelilingi kami berjam jam ,
Awatnya berjam jam? Silap kami la buat BBQ musim sejuk, api tak naik naik.. Haha nilah padah tak pernah hidupkan api musim sejuk.. Yola malaysia mana ada salji..
Malam tu kami nampak senyuman yang mendamaikan jiwa dari anak anak syuria , mereka gembira kerana sudah berbulan bulan tak makan Ayam apatah lagi daging.
Kami pun jadi gembira !! Bahagia itu hadir apabila membahagiakan orang lain.

Mira, masih ramai yang belum cakna kesengsaraan muslim lain.

Mira, masih ramai lagi Orang Malaysia yang belum cakna kesengsaraan manusia khususnya Muslim yang lain..
Rohingya, Kashmir, Afrika, Syuria, Palestin apatah lagi di dalam Malaysia.
So panjang panjang cerita ni tema besarnya ialah sebuah harapan ^^
Harapannya untuk mira terima saya.. Ehhh bukan bukan(saja buat saspen supaya korang baca).

Besar harapan saya artis muda seperti Mira Filzah memanfaatkan populariti untuk kebajikan dan kemanusiaan.

Harapannya buat semua artis muda khususnya Mira Filzah untuk sama sama memanfaatkan populariti bagi sebuah gelombang kebajikan dan kemanusiaan.
Jika umur mira panjang, awak akan terus mendaki kepuncak tetapi ada satu fakta bahawa sebelum awak kepuncak, ada ramai artis sudah berada dipuncak hari ni.. dan mereka sudah memulakan gelombang kebajikan dan kemanusiaan.
Contohnya : angelina jolie, abg noh hujan, abg faizal tahir dan kak miss nina.. ramai lagi senarai..

Semoga Mira termasuk dalam salah seorang yang membawa gelombang kebajikan dan kemanusiaan.

Persoalannya? Adakah mira dan saya yang berusia muda sempat berada di puncak seperti mereka? Entah entah meninggal dunia pada usia muda… Fuhh sorry ya awak bawak cerita mati ..
Jadi kita kena pecut seratus meter laju2 dalam amal kebaikan.. Gogogo
Moga Mira termasuk salah seorang yang membawa gelombang kebajikan dan kemanusiaan
Pecah kaca pecah peti Ais
Lepas baca share ya gaiss
Sudah 400 ribu kematian sepanjang perang Syuria
Moga Surat ini sampai kepada rakyat malaysia dan turut bersama menjadi gelombang Kebajikan dan kemanusiaan
Assalamualaikum Dunia
Marilah semua
Tabung Syiria
www.tabungsyiria.com
MAYBANK -DANA MAPIM
558220605312
Alhamdulilah, semoga surat terbuka dari PU Rahmat ini dapat membuka mata kita semua akan kesengsaraan Muslim lain diseluruh dunia. Jom tambah saham akhirat!
sumber: Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan & Oh Bulan

Setelah Berang Dituduh Filem Munafik Ada Ayat Seru Syaitan Akhirnya Syamsul Yusof Buka Mulut Dedahkan Perkara Yang Sebenar

1
COM


"PERGILAH SAYANG... MAMA HALALKAN SUSU MAMA. TERIMA KASIH ALLAH PINJAMKAN RAYYAN SELAMA 15 HARI"

0
COM
Mama halalkan susu mama. Terima kasih Allah pinjamkan Rayyan selama 15 hari"

Berlinang airmata jernih ini kerana membaca Nurkilan insan yang bergelar ibu... Perginya insan mulia ini adalah ketentuanNya.Tetapi punca pemergiannya hanyalah penyebab sahaja...

Siapa yang tidak sayangkan anak??? tambah-tambah lagi apabila zuriat sulung yang diharapkan bakal menceriakan kehidupan alam rumah tangga...
Namun, ajal dan maut itu terletak pada kuasa Ilahi. Kisah sebak yang dikongsi oleh Siti Naqiah Fahmi ini mungkin akan membuatkan anda lebih berhati-hati apabila mahu melawat bayi yang baru dilahirkan...
Coretan kisahku (Siti Naqiah) dan suami...
23 November 2015 (Isnin)
“shah ar rayyan” inilah nama anak kami.. bayi yg comel seberat 2.65kg hasil perkongsian hidup aku dan suamiku.. x dapat aku bayangkan betapa gembira nya hatiku di saat melihat kehadiran bayi sulung ini di dalam diriku selama sembilan bulan.Mana taknya stiap kali scan, muka die sentiasa berpaling atau tutup muka.Betul la orang cakap kalo tengok muka baby,hilang sakit beranak.camtula perasaan aku ,rasa teruja melihat rayyan di sisiku.Bermulalah sesi berpantang di rumah mak ayahku di seremban.Mak dan ayah antara orang yg paling hepi melihat cucu mereka.Stiap kali mak balik keja,ade je barang dibelikan utk rayyan.Rayyan jarang menangis,stiap kali nak susu die akan memuncungkan mulutnya. Tidoku pun cukup sebab die jarang meragam.Baik anak mama....#$
4 Disember (jumaat)
Malam tu Rayyan batuk2 kerap dan nafas die laju.Aku x sedap hati lalu pergi ke KPJ. Sampai KPJ,doc ckp oksigen Rayyan lemah dan disebabkan KPJ tiada NiCU untuk kanak2,Rayyan terus dihantar ke hospital Tuanku Jaafar dengan ambulans.Pertama kali aku naik ambulans sambil memeluk rayyan.Luluh hati bila lihat rayyan bernafas dengan bantuan oksigen.Terasa dunia gelap gelita...#$
5 Disember (Sabtu)
-Rayyan dimasukkan NiCU untuk kanak2.Pagi2 lagi Aku dan suami pergi melihat rayyan di dalam incubator. Doktor benarkan kami memegang rayyan.Aku peluk,usap rambut dia,pegang tangan dan kaki dia. Menurut doktor anakku kena radang paru2.Setelah puas melihat dia dan memberikan dia susu,aku balik rumah sekejap untuk berehat.petang tu juga doktor call suamiku memberitahu rayyan dimasukkan ICU kerana kekurangan oksigen yg truk.Allah je yang tahu betapa sedihnya aku dan suamiku....#$
6-7 Disember (Ahad-Isnin)
-Doc memberitahu Rayyan semakin kritikal.Air tulang belakang rayyan diambil dan dihantar ke Sungai Buloh. X sanggup aku lihat tangan rayyan lebam2 kena cucuk.stiap kali aku panggel namanya,matanya memberi respon.”Rayyan,mama ngan papa dtg ne sayang”.air mata rayyan keluar bila melihat aku dan suami”.....#$
8 Disember (Selasa)
-Doc bertanya kepadaku sepanjang aku berpantang ada tak orang yg datang melawat demam,batuk2.Aku sendiri tidak pasti sebab ramai yang datang lihat rayyan. Doc cakap kemungkinan rayyan kena virus dari orang yg sakit melawat dia.Imun rayyan tidak kuat,dan dia semakin tenat sebab kurang oksigen.......#$
Kami redha dan pasrah.Malam tu aku dan suami berpeluang melihat dan bercakap dgn rayyan. Sambil usap kepalanya aku cakap “Rayyan sayang pergi ok.Allah da tunggu.Tunggu mama dan papa kat syurga tau.Mama x sanggup tgk rayyan camne lagi.mama tau rayyan kuat.cukupla sayang.Mama halalkan air susu mama”.Rayyan seakan mengerti memandang aku dan suami sambil menangis.die cuba mengeluarkan suara walaupun tesekat2.Aku cakap kat doktor “doc,thanks jaga rayyan,saya ade request,lepas ni kalo call suami saya,tolong jangan cakap datang segera lagi,just bagitau je Rayyan dah tak de.Kami ok.thanks suma jaga Rayyan dgn baik”....#$
Tak sampai 30 minit kat rumah,suamiku dpt call dari hospital mengatakan Rayyan dah kembali kepada Allah.Maafkan mama kerana selalu menangis sepanjang Rayyan kat hospital. Pergila sayang,tunggu mama dan papa.Rayyan slamat di kebumikan esoknya.Alhamdulillah rumah Rayyan dekat sangat dengan rumah atuk. Senang mama nak tengok Rayyan.Abah simpan semua barang Rayyan sebab taknak aku still teringat.pertama kali dalam hidupku melihat abahku menangis semasa Rayyan pergi.Abah cakap dekat kawanku “Rumah ne baru nak ceria tapi sunyi balik. Takpela pakcik redha.Allah sayang dia”.Malam tu aku tido bertemankan baju rayyan.Setiap pukul 2 pagi aku slalu terbangun sebab tu time Rayyan nak susu. Abah selalu nasihatku supaya kuat dan sabar.Masa mula2 Rayyan pergi,hidupku terasa kosong dan slalu termenung.Sedihnya berpantang tanpa Rayyan walaupun aku tau Rayyan dah hepi sekarang ne. Berkat sokongan dr mak,abah,family,kazen dan yg paling penting suamiku sendri,alhamdulillah aku pulih semangat selepas sebulan....#$
5 Februari 2016 (Jumaat)
-Hari yang paling kutunggu iaitu appointment dgn Dr Juliana,pakar kanak2.Menurutnya,Rayyan meninggal sebab virus adeno.Salah satu cara Virus Adeno terjadi daripada orang luar yg sakit2 semasa melawat dia.
Sebab tu kita tak digalakkan melawat baby bila tidak sihat (demam,selsema).Imun baby tidak sama macam orang dewasa. so,lepas ne kalo siapa2 sakit,tunggu sihat dulu baru pergi melawat. Tak pun tunggu abes pantang baru pegi melawat. Menurut doc lagi, elakkan dari kerap mencium baby sebab kita tak tau diri kita ade virus ke tak......@$
Kami redha dengan ketentuan Allah.Ajal dan maut di tangan-Nya.Rayyan insan terpilih..Sakit nie hanya penyebab saja sebab da tiba masa anak mama dan papa ne pergi.Pergilah sayang.Mama halalkan susu mama.Terima kasih Allah pinjamkan Rayyan slama 15 hari.Rumah Rayyan dekat je dengan rumah atuk tau.Senang mama dan papa nak tengok.Ketahuila sayang,stiap saat mama dan papa bernafas,mama x kan lupakan Rayyan yg pena hadir dalam perut mama dan juga dunia....@$
--Shah Ar Rayyan Bin Shah Affandi--

Sumber : http://gosipduniakini.blogspot.my/

Dahsyat! 5 Perkara pelik berlaku di pentas ABPBH 29 yang ramai penonton tak perasaan malam tadi. Seronok sangat kot tengok.

0
COM
1.) ABPBH2015 Trending seluruh dunia
2.) Sharnaaz tidak dapat hadir kerana mengacara Gempak Superstar walaupon menang 2 trofi
3.) Reaksi mengejutkan Zizan apabila Emma Maembong menang trofi
4.) Gandingan Nana & Ziana Zain kurang menjadi
5.) Pemenang anugerah bintang popular Neelofa hanya dirai dengan sederhana


DARI kiri, Pelakon, Erra Fazira Neelofa dan Didie Alias pada malam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

PUTRAJAYA: Lensa fesyen sekali lagi tertumpu kepada segmen karpet merah Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29) di sini, malam tadi apabila artis melaram mengikut tema 'Black Tie dan Glam'.

Berlangsung meriah, artis menerapkan unsur tema #RESPEK dalam busana digayakan.

Rata-rata artis memilih rona terang dan berani seperti Awie, Idris Khan, Abam Bocey, Sufi, Faizal AF dan Khai. Tidak ketinggalan melaram dua hos ABPBH 29 iaitu Zizan Razak dan AG.


Pemenang trofi Bintang Paling Popular ABPBH 29, Neelofa yang sinonim dengan busana rekaan Fizi Woo, mempunyai tafsiran sendiri terhadap persalinan digayakan.

"Persalinan saya ini seperti jubah tetapi pada bahagian dalam direka baju dan seluar.

"Jadi tafsiran tema #RESPEK lebih kepada fesyen muslimah yang semakin berkembang ketika ini. Warna yang tidak terlalu daring dan garang bagi saya menunjukkan aspek kebersihan yang diutamakan semua wanita," katanya.

Seorang lagi artis yang mencuri tumpuan adalah Ziana Zain yang tampil dengan persalinan rekaan Rizman Ruzaini.

Menjelaskan busana itu, Rizman memberitahu:

"Ziana boleh dianggap sebagai penyanyi yang masih utuh dan dihormati. Tidak sarat perincian, gaya polos ini memberi justifikasi kepada kembara seni Ziana yang lancar tanpa kontroversi," katanya.

Sementara itu, finalis kategori Artis Baharu Wanita Popular, Falisha Crossley memilih motif Pua Kumbu yang cukup ikonik di negeri kelahirannya, Sarawak.

"Rekaan baju dan solekan adalah dari teman senegeri. Busana saya dicipta Lentera Astana. Busana ini melambangkan rasa hormat dan sayang kepada Sarawak," katanya.

Sementara itu, Siti Saleha menggayakan rekaan gaun merah jambu daripada Elliestone.KL

"Warna merah jambu sinonim dengan wanita. Jadi, saya lihat mengangkat wanita kepada tahap lain. Rekaannya tak sarat dan saya tidak mahu keterlaluan kali ini," katanya.

Sumber: Berita Harian


REAKSI Farah Fauzana dan Neelofa ketika melalui karpet merah Anugerah Bintang Popular BH 29 di PICC,Putrajaya. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

SUBHANALLAH Bayi Terperangkap Di Saluran Paip Berjaya Diselamatkan MACAM MANA BAYI BOLEH TERJATUH KAT DALAM LUBANG PAIP TU INI KISAHNYA AMAT MENGERIKAN

0
COM

SUBHANALLAH Bayi Terperangkap Di Saluran Paip Berjaya Diselamatkan MACAM MANA BAYI BOLEH TERJATUH KAT DALAM LUBANG PAIP TU INI KISAHNYA AMAT MENGERIKAN

SUBHANALLAH Bayi Terperangkap Di Saluran Paip Berjaya Diselamatkan MACAM MANA BAYI BOLEH TERJATUH KAT DALAM LUBANG PAIP TU INI KISAHNYA AMAT MENGERIKAN

SUBHANALLAH Bayi Terperangkap Di Saluran Paip Berjaya Diselamatkan MACAM MANA BAYI BOLEH TERJATUH KAT DALAM LUBANG PAIP TU INI KISAHNYA AMAT MENGERIKAN

CHINA Hasrat seorang pelajar sebuah universiti untuk menyembunyikan kelahiran bayi perempuannya tidak kesampaian apabila bayi tersebut yang dibuang dalam lubang tandas berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.


Pelajar perempuan itu membuang bayinya ke dalam lubang itu selepas melahirkan anaknya, sebelum dia membersihkan diri dan kemudian kembali ke bilik asramanya dan meneruskan ulang kaji, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Bagaimanapun tangisan bayi yang tersekat di lubang tandas selebar tujuh inci itu berjaya mengejutkan pelajar-pelajar yang menggunakan tandas tersebut.

Pelajar terbabit kemudiannya menghubungi pihak berkuasa.

Bomba yang tiba di tempat kejadian kemudiannya berjaya memotong saluran paip itu dan suara tangisan bayi berkenaan membolehkan mereka mengagak kedudukan di mana dia tersangkut.

Ia memang sukar untuk menarik bayi itu dari bahagian atas lubang tandas kerana dia sudah terjatuh ke dalam saluran paip di tingkat tiga dan empat bangunan berkenaan.

Kami terpaksa memotong saluran paip di tingkat tiga untuk supaya bayi itu dapat ditolak naik ke tingkat empat dan disambut oleh anggota bomba yang berada di situ, kata jurucakap bomba.

Pihak polis berjaya menemui ibu bayi malang itu dan dia merupakan pelajar yang menetap di bangunan di dalam kampus.

Dia dibawa segera ke hospital untuk rawatan dan kini pihak berkuasa sedang menanti untuk mengambil keterangan terhadapnya.

Sumber: sajaviral

5 Gambar PALING NGERI Ditangkap Kamera Sebelum Meninggal Dunia !!

0
COM


Foto-foto yang bakal paparkan dalam artikel ini disusun berdasarkan ironi kejadian yang mengiringi selepas pengambilan foto-foto tersebut. Walaupun sekilas tampak seperti gambar biasa, namun tragedi yang berlaku selepas pasti membuat anda seram. Berikut senarai 5 foto tragis yang mampu menangkap kematian.

1. foto mangsa bunuh